Semangat yang ditunjukkan Cikgu Nancy Thomas ini boleh jadi inspirasi untuk tenaga pengajar yang lain. Tetap bersemangat mengajar pelajar dengan penampilan menarik, pakai sari biarpun kelas cuma dilakukan secara online saja.
Cikgu Nancy yang cantik berbusana sari rona ungu-emas, ini bukannya ke mana-mana pun. Cuma mahu mengajar depan pelajar-pelajarnya seramai 40 orang itu.
Video guru 8 minit ini akan buat anda kagum
Daripada 40 orang pelajarnya, seorang saja yang meyambut hari Deepavali. Bagi meraikan pelajarnya itu, Cikgu Nancy tak kekok mengenakan sari ketika mengajar online untuk kelas Bahasa Melayu STPM, Semester satu selama 2 jam.
Kongsi cikgu.
“SELAMAT PAGI CIKGU
Walaupun ada seorang sahaja pelajar saya yang meraikannya, semangat menyambut Deepavali tu tetap ada.
Google Meet hari ni kita rayakan Deepavali. Kita kan 1Malaysia.
Kelas saya 7.00-11.00 pagi ni. Sem 1 tadi (7.00am-9.00am) 100% kehadiran 40/40. Terharu sangat-sangat dengan komitmen pelajar. Semoga KECEMERLANGAN menjadi milik kalian. Hanya itu yang mampu cikgu doakan
.”Nancy Thomas, dari Dewi Remaja Sarawak 1997, ke dunia fittness
Rata-rata netizen yang membaca perkongsiannya memuji usaha yang Cikgu Nancy lakukan. Tak kurang juga yang memuji akan kecantikan Cikgu Nancy.
Rupanya Cikgu Nancy ini merupakan bekas finalis Dewi Remaja tahun 89/99. Beliau juga merupakan Guru Akademik Tingkatan Enam, merangkap Ketua Panitia Bahasa Melayu STPM di SMK Merbau, Miri, Sarawak.
Cikgu Nancy bukan saja cantik malah rajin berkongsi tip cantik di laman sosialnya. Aktif pula dengan dunia fitness malah mengumpul medal yang banyak untuk sukan marathon.
Tahniah! Cikgu Nancy.
MW : Semoga jadi contoh kepada para pendidik yang lain. Biar pun berjauhan dari pelajar-pelajar, tetap hargai mereka. Bila guru ikhlas mengajar, anak-anak murid pun sama rasa. Dan jadi sayang nak tinggal kelas, walaupun sesi kelas online.
Sumber/Foto : Nancy Maria