Apabila terlalu banyak viral permintaan agar isytiharkan lockdown di negara ini, pembelian panik berlaku secara tiba-tiba pada hari ini, 16 Mac 2020. Orang ramai mula memenuhi sesetengah pasaraya untuk membuat belian stok bahan mentah untuk bekalan sekurang-kurangnya 2 minggu.
Bagaimana pun, pembelian panik dan promosi lockdown ini memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat. Malah mengundang suasana huru-hara. Baca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, kerana tindakan sedemikian sebenarnya lebih mengundang keburukan daripada kebaikan.
Jangan Buat Pembelian Panik, Jangan Promosikan Lockdown
Tolong hentikan promosi kononnya Malaysia akan lockdown. Ia hanya menimbulkan huru hara dan pembelian panik di kalangan masyarakat kita.
Ads
Ia sangat tidak bagus untuk situasi terkini bila ramai-ramai mula keluar untuk membeli dan menyimpan stok barangan dapur.
Lockdown bukan benda kecil untuk kita kempen sesuka hati.
Benarlah kita semua berharap wabak ini segera berlalu pergi, namun dengan berkempen dan menyebarkan berita palsu kononnya sedikit masa lagi Malaysia akan isytihar lockdown, ia mempengaruhi semua orang.
Majlis Keselamatan Negara memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu dan membuat kempen hingga masyarakat panik.
Belian Panik Merugikan Banyak Pihak
Pembelian panik akan merugikan banyak pihak. Pekedai mula menyimpan stok, orang berduit boleh borong banyak-banyak, dan orang yang benar-benar perlukan makanan asasi tak boleh beli apa-apa kerana stok semuanya habis.
Ads
Stok makanan yang asalnya CUKUP UNTUK SEMUA ORANG akan menjadi susut dengan cepat akibat pembelian panik dan pekedai/pemborong menyimpan barang.
Dan tidak mustahil boleh berlaku rusuhan bahkan rompakan ke kedai/gedung makanan akan berlaku.
Isu ketiadaan makanan bukan isu kecil. Stok makanan negara cukup untuk semua orang. Sepatutnya akan cukup jika tiada yang memborong berkodi-kodi konon untuk berjaga-jaga jika lockdown berlaku.
Tolong jangan hebahkan kempen lockdown ini. Ia memberi mudharat besar pada negara.
Ads
Dan tolong hentikan pembelian panik. Beli sekadar yang perlu seperti biasa sahaja, nescaya stok barangan di pasaran akan kekal seperti biasa.
Tunggu pengumuman rasmi dari kerajaan dan hanya sebarkan berita yang sahih sahaja.
Sehingga itu, kita masing-masing jaga diri dan keluarga. Amalkan langkah kebersihan dan pencegahan seperti yang disyorkan. Usah berkunjung ke tempat ramai orang dan berisiko tinggi.
Dan jangan lupa berdoa agar wabak bahaya ini berlalu segera.
#MFS – Hentikan kempen membuat orang panik –
MW :Bertenanglah, amalkan langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 dalam keluarga anda dan berdoalah semoga virus Covid-19 ini cepat hilang dari bumi Malaysia tercinta.
Ustaz Haris nasihat semua lelaki yang berkahwin wajib jaga nafkah pada isteri. Sebelum ini telah tular sebuah video podcast isteri kepada Ustaz Haris, Neelofa menjelaskan dirinya tidak pernah membayar segala bil air, elektrik, sewa serta barang keperluan rumah sejak berkahwin dengan Haris.
Sewaktu ditemubual Ustaz Haris yang mendirikan rumah tangga bersama Neelofa pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1 berkata semua lelaki yang sudah berkahwin wajib memberi nafkah kepada isteri.
Ustaz Haris Nasihat Semua Lelaki Wajib Jaga Nafkah
“Semua lelaki yang sudah berkahwin kena jaga nafkah yang perlu kita bagi (kepada isteri). Itu adalah wajib,” kongsi Haris seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Ustaz Haris mengulas video tular isterinya, Neelofa, yang mendedahkan tidak pernah membayar semua bil dan perbelanjaan sejak berkahwin.
Tanggungjawab Semua Lelaki
Mengulas mengenai hal tersebut, Haris akui tanggungjawab membayar adalah tanggungjawab semua lelaki.
“Perkara itu adalah sebahagian daripada tuntutan nafkah yang wajib diberikan kepada isteri.
“Secara mudahnya, itu (bayar bil dan perbelanjaan rumah) adalah tanggungjawab semua lelaki dan suami, bukannya saya seorang sahaja,” ujarnya.
Tiada Yang Perlu Dibanggakan
Ustaz Haris turut menerangkan tidak ada apa yang perlu dibanggakan dek kerana sememangnya memberi nafkah merupakan tanggungjawab suami.
“Sama seperti solat. Mungkin akan ada isteri yang berkata suaminya solat lima waktu.
” Bagi saya, perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana semua umat Islam wajib solat,” ulasnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meskipun usia masih muda, namun pasangan remaja ini mempunyai alasan yang tersendiri, memohon pendaftaran perkahwinan. Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.
Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini. Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.
Usia Minimum Berkahwin
Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.
“Pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini (semalam) terpaksa dibatalkan.
“Tapi jangan risau mereka tetap boleh berkahwin.
“Mengikut peraturan, 10 hari selepas membuat permohonan kepada pejabat agama barulah mereka boleh bernikah.
“Ini baru masuk hari kelima. Diminta bakal suami bersabar ya,” kata jurucakap Jabatan Agama Bantaeng, Mahdi Bakri semalam.
Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.
Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Masih dirawat di MAEPS, Maria Tunku Sabri mohon maaf, minta halalkan makan minum. Begitulah yang diluahkan oleh pengacara terkenal Maria Tunku Sabri yang kini menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Masih Dirawat Di MAEPS, Maria Tunku Sabri Mohon Maaf
Terdahulu, Maria dikejarkan ke MAEPS susulan gejala bacaan darah tinggi rendah, jantung berdegup laju dan demam. Ketika itu, Maria sedang menjalani rawatan kendiri di rumah yang masih berbaki tiga hari.
Terbaru seperti mana yang dikongsi Maria juga turut minta dihalalkan makan minum dan segala kesilapannya.
“Saya Maria Tunku Sabri mohon maaf jika saya ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja halalkan makan minum saya selama ini ya. Baiklah saya nak berehat ya semua sejujurnya saya rasa dah letih dan penat sangat,” tulisnya.
Perlukan Rehat Benar-Benar Letih
Menerusi perkongsian yang sama juga, Maria ada menghantar sebuah video menerusi akaun Instagramnya dan berkongsi keadaan terkininya dan keadaan semasa di MAEPS.
“Saya perlukan rehat betul-betul kerana saya letih. Saya tak larat sangat. Saya perlu rehat yang banyak untuk memulihkan diri saya.
“Tekanan darah tinggi dan paras oksigen pada paras baik. Bagaimanapun, keputusan ujian darah tidak begitu baik kerana ada jangkitan kuman.
“Kuman makin meningkat, menyerang paru-paru saya. Saya minta semua orang doakan saya supaya saya dapat kembali pulih dan pulang ke rumah.
“Saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap kepada anda semua, ahli keluarga, kawan-kawan.
“Kalau ada salah, maafkan saya.
“Kalau saya ada termakan dan terminum, halalkan.
“Saya maafkan semua orang dan saya halalkan semua makan minum semua sahabat handai, suami dan anak-anak. Sampai kita jumpa lagi,” katanya sebak sambil mengalirkan air mata.
Maria juga menerangkan ketika ini di MAEPS yang tidak kosong seperti yang dikatakan pelbagai pihak. Katanya, yang berkurangan mungkin di bahagian pemerhatian dan rawatan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...