Pesakit Positif Covid-19 Ini Dedah Punca Terkena Dan Tanda Dialaminya
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto latar : unsplash

Please jangan panik!” Pesan lelaki ini, Hamdan Hashmuddin yang disahkan positif Covid-19 dan ketika ini sedang menjalani rawatan di dalam hospital.

Katanya lagi, bukan semua demam selesema mahupun batuk itu adalah Covid-19. Sebagaimana simptom yang dialami dirinya, berbeza dengan simptom ibu ayah yang turut disahkan positf Covid-19.

Hamdan berkongsi kisah di dalam laman sosial facebook miliknya, bagaimana dia boleh mendapat jangkitan ini dan tanda-tanda yang dialami.

Kongsinya,

Lupa mentioned pulak duk dalam hospital lama-lama sebab apa tadi.. Ya saya salah seorang yang terkena jangkitan Covid-19.

Ditempatkan di satu wad khas yang biliknya juga asing dari yang lainnya. Wad sama untuk pesakit TB.

Bagaimana saya boleh terkena jangkitan ini?

Saya terkena jangkitan dari ayah saya yang mendapat jangkitan dari satu mesyuarat bersama glc.
Kedua ibu dan ayah saya juga telah dijangkiti covid-19. Namun mereka tidak mempunyai simptom sakit Covid-19. Berbeza pula untuk saya, saya mengalami semua simptom yang berkaitan.

IKLAN

Please jangan panik bukan semua demam selesema or batuk tu Covid-19.

Ini pengalaman saya sendiri..
Bila tarik nafas rasa tak boleh tarik dalam dan akan mula terbatuk. Ya means that paru-paru dah kena jangkitan. Batuk juga kering tidak berkahak.

Saya demam teruk semasa menunggu keputusan swab tekak dan hidung.. apabila mendapat keputusan yang saya positif saya terus dibawa dengan ambulans ke hospital dan dirawat sehingga ke hari ini.

Sehingga hari ini parents saya masih positif namun tiada apa-apa sakit. So one might get infected or positive Covid-19 but takde sakit apa-apa pun.. While ada yang kena lalui seperti saya.. shortness of breath and batuk yang sangat perit.

To all of my friends do take care of your family member.
Keep yourself sanitize and stay indoors preferably at this moment.

IKLAN

 

Ambil Langkah Pencegahan Covid-19 Ini

Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh, Dr Suresh Kumar Chidambaram memberikan pesanan kepada orang ramai agar tidak seharusnya berasa panik, sebaliknya mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

Antaranya,

  • Jadikan amalan mencuci tangan dengan lebih kerap.
  • Jangan menggosok muka atau mata tanpa terlebih dahulu mencuci tangan

Kongsinya, disebabkan panik hinggakan ada yang meminta menjalani ujian saringan kesihatan di bahagian kecemasan walaupun tiada sebarang gejala jangkitan Covid-19.

IKLAN

Malah, ada yang pernah datang dalam bilangan yang ramai (satu bas) kerana dihantar majikan ke hospital untuk pemeriksaan.

Termasuklah mereka yang tak pernah berhubung dengan mana-mana kontak rapat, tetapi didorong kebimbangan kerana demam dan batuk.

Baca sini : Kerana Covid-19, ke tandas pun tiada masa, apa lagi makan dan rehat.

 

Pesakit Positif Covid-19 Ini Dedah Punca Terkena Dan Tanda Dialaminya
Kredit foto : infosihat.gov.my

 

MW : Semoga mak ayah semakin cakna, sentiasalah membasuh tangan dengan sabun. Sebaik-baiknya selama 20 saat. Dan fahamkan langkah pencegahan virus Covid-19 yang dikongsikan ini.

Sumber/Foto : Hamdan Hashmuddin , Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI