Trend sekarang, semua nak deko rumah dengan pokok hidup. Malah ramai yang gemar letak pokok dalam toilet. Trend ini kurang disenangi oleh segelintir pihak yang mendakwa pokok hidup tak sesuai diletak dalam toilet sebab ia berzikir dan tempat ini kotor.
Hadam penjelasan PU Azman mengenai isu ini. Berikut soal jawab penulis bersama PU Azman atau mesra dengan sapaan Cik Man. Semoga lepas ini segala keraguan terjawab.
Tidak Ada Dalil Melarang Letak Pokok Hidup Dalam Toilet
Benarkah pokok hidup tidak boleh diletakkan di dalam toilet kerana pokok berzikir dan tempat ini tak sesuai?
Tidak ada dalil yang melarang untuk tanam atau meletakkan pokok hidup dalam toilet. Kalau ada yang kata tak boleh sebab pada dasarnya pokok berzikir dan tak boleh berzikir dalam toilet. Yang pertamanya yang dilarang tu untuk mukallaf.Manusia dilarang berzikir dalam toilet. Sedangkan pokok itu bukan mukallaf yang dibebankan hukum. Bukan pokok je berzikir tapi binatang dan segala yang ada di bumi dan di langit berzikir.
NOTA: Menurut Wikipedia, mukallaf bermaksud orang yang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal (akil baligh) serta sampai seruan agama ( syariat Islam) kepadanya.
Ads
Trend deko pokok hidup dalam rumah jadi kegilaan masyarakat.
Bukan Budaya Barat
Trend sekarang, ramai yang hias rumah dengan meletakkan tanaman hidup dalam toilet. Ada yang cakap ini trend Barat sebab nak rumah tampak segar. Pandangan Cik Man…
Tak ada masalah, bagi Cik Man ini bukan trend Barat. Ini trend bab keduniaan tak ada masalah nak ikut Barat. Dulu Barat pakai baju kot kemudian ada tie, akhirnya dah jadi budaya satu dunia. Kita tak dianggap meniru budaya Barat atau budaya kafir. Termasuk juga menghias rumah dengan pokok-pokok yang segar. Itu bukan merujuk kepada budaya agama tapi kemanusiaan yang menjadi trend satu dunia.
Semoga penjelasan ini menjadi panduan kepada kita untuk menghias rumah. Tidak ada salahnya deko toilet dengan tanaman hidup. Jadi jangan rasa was-was lagi ye.
Dilahirkan normal, kemudian disahkan hidap kanser hingga buta.” Wanita ini hilang punca bila dikutuk dan dihina atas kekurangan dirinya.
Syukur kini rezeki Anisa seorang wanita cacat penglihatan bertambah selepas berjinak dengan aplikasi TikTok dalam menjalankan bisnes untuk dirinya dan keluarga meneruskan hidup.
Wanita Ini Hilang Punca Bila DiKutuk
Kekurangan diri sama sekali tidak pernah menghalang wanita hebat yang bernama Khairul Anissa Mat Samsuddin ini untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain.
Menurut Anisa, dirinya dilahirkan dengan masalah penglihatan sejak kecil, tetapi wanita yang kini berusia 32 tahun ini seboleh bolehnya mahu membuktikan di sebalik kekurangan diri, dia tetap berusaha mahu mencari rezeki halal seperti orang lain.
Mesra disapa Anisa, ibu kepada dua cahaya mata ini terarah ke dunia niaga dan aktif menjadi pengedar pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan hinggalah regim kecantikan.
Terbaru, wanita berasal dari Klang, Selangor namun menyewa di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur ini tular dan mencuri perhatian di aplikasi TikTok selepas berjinak jinak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.
“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.
“Namun lumrah di sebalik kekurangan diri itu saya juga
terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.
“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.
Dilahirkan Normal, Kemudian DiSahkan Kanser Hingga Buta
Ternyata ujian ini bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Sebagai manusia yang asalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu diserang kanser mata hingga hilang penglihatan, Anisa ada ketikanya bagai hilang punca dihukum dan dikutuk.
“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata kata sinis. Tentunya, lagi pedih rasa hati ini. Tapi sungguh, sama saya tak minta lahir sebegini.
“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya)… bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.
“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya.
Sesungguhnya, cabaran dan dugaan besar Anisa tidak pernah terhenti. Hingga saat dia berkahwin dengan pilihan hatinya, Muhamad Mazwan Shakir, wanita itu terus diuji.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun.
“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertulis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.
“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.
“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” katanya.
Kekurangan diri sama sekali tidak pernah menghalang wanita hebat yang bernama Khairul Anissa Mat Samsuddin ini untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain.
Berjinak Dalam Perniagaan
Ketika hidupnya hampir gelap, timbul cahaya di hujung terowong, penyertaannya sebagai pengedar Nurraysa tanpa diduga membuka pintu rezeki.
“Saya sebenarnya selalu melihat iklan produk Nurraysa mengajak ramai menjadi pengedar. Tetapi ia berlalu begitu saja. Saya pun tak pernah didedahkan dengan jenama itu. Dipendekkan cerita, teman saya mengajak menjadi pengedar jenama itu.
“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.
Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.
“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain. Mingguan Wanita : Semoga Anisa terus berjaya dan dimurahkan rezeki. Insyallah.
Sempena anniversary yang ke-9 bersama isterinya, ini pesan Ustaz Don, “Sentiasa Ada Ruang Perbaiki Kesilapan.”
Ustaz Don sentiasa mencuri perhatian apabila setiap kali tibanya hari istimewa, pasti saja ada titipan atau kata-kata indah buat isteri tercinta.
Selain menghargai kasih sayang isteri tercinta, dalam masa yang sama Ustaz Don turut berkongsi tip dan doa kepada semua pengikutnya di akaun instagramnya. Kongsinya:
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Doa Ustaz Don Untuk Semua
Ini doa yang saya teringin hendak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah ampunilah andai aku mengguris hati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan mereka ke atas ku.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Mingguan Wanita : Happy anniversary Ustaz Don dan isteri, semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Sampai ke hari ini, kita masih terkesan dengan kisah 6 penyelam bomba yang syahid dalam misi mencari remaja lemas di lombong Taman Putra Perdana. Membuka mata orang ramai betapa mencabarnya kerjaya wira tak didendang ini.
Membaca luahan hati penuh sayu seorang isteri pegawai bomba, Qushraini Qush ini terkesan sampai ke dasar hati. Betapa saban hari, isteri perlu tabah dan akur dengan pilihan kerjaya suami.
Walau dalam keadaan nasi mahu dijamah ke dalam mulut, apabila loceng kecemasan dibunyikan, mereka terus berkejar.. berlari ke trak bomba menuju ke lokasi kejadian.
Bertarung nyawa demi menyelamatkan nyawa orang lain. Bergelut dalam api marak, menahan bahang kepanasan asal tiada jiwa yang terkorban dalam kebakaran.
Namun, sayunya hati apabila ada manusia-manusia dangkal yang mempertikaikan, yang tidak memahami susah payah orang lain.
Bila Loceng Kecemasan Berbunyi, Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut
“Saya seorang isteri bomba. Setiap kali suami bertugas pada siang hari, saya akan sedia makanan untuk beliau.”
“Dan hantar ke balai.”
“Pernah beberapa kali melihat sedang mereka baru nak menyuap makanan ke dalam mulut. Tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi.”
“Terus berlari meninggalkan makanan yang masih belum sempat masuk ke mulut. Demi untuk menyelamatkan orang lain.”
Bayangkan, anggota bomba ini sanggup meninggalkan makanan. Walau saat itu mereka dalam keadaan lapar.
Allah Nampakkan Susah Suami Depan Mata Isteri
“Pernah sekali, Allah mungkin ingin menunjukkan pada saya dan anak. Ketika itu, anak berumur 3 tahun. Kami lalui di satu kawasan kebakaran.”
“Saya dan anak melihat depan mata, suami bergelut untuk memadam kebakaran kedai yang banyak tong gas di dalamnya.”
Anaknya yang ketika itu melihat kejadian itu menjerit, “Ummi! Ayah ummi.. nanti ayah kena api macam mana?”
Air mata isteri ini tiba-tiba berguguran, di dalam kesesakan orang ramai yang melihat kebakaran itu. Namun, ada suara-suara sumbang yang tidak enak di pendengarannya.
“Apalah bomba lambat. Dah nak hangus baru sampai.”
Alangkah sedihnya isteri ini sewaktu mendengar kata-kata itu.
“Sedangkan yang sedang bertarung nyawa itu, suami saya. Kamu hanya melihat sahaja. Tak tahu betapa susah mereka cuba sebaik mungkin.”
“Untuk memadamkan kebakaran itu. Sebab itu, kita jangan tahu bersungut. Pelbagai rintangan perlu mereka harungi.”
“Demi menyelamatkan kita semua.”
Isteri bomba ini turut meluah rasa.
Respons Netizen Tentang Luahan Hatinya Itu
Balas Qushraini, “Aminn.. akak hanya meluahkan apa yang akak rasa dan akak alami. Sejak kes 6 sekawan tu lagi akak rasa sedih sangat. Moga kita semua dalam limdungan Allah SWT.”
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...