Dalam sehari, agak-agak berapa kali mak-mak menyapu sampah dalam rumah untuk kurangkan habuk yang ada dalam rumah dan ini belum lagi bila anak-anak menyepahkan barang-barang mainan. Sambil membebel, mak-mak kenalah sapu, kalau tak ‘sakit mata’ dibuatnya.

Kalau boleh rumah naklah bersih, tak ada habuk yang boleh membawa masalah kesihatan pula. Jadi, mak-mak yang sangat mementingkan kebersihan, bolehlah berjinak-jinak dengan menanam pokok hidup ini.

Ini antara perkongsian oleh Huda Zainal tentang pokok hidup Snake Plant nie.

“Snake Plant antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksid dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah.

Yang paling best semenjak ada Snake Plant atas rak. Rak dah kurang berhabuk. Kalau tak dulu setiap hari nak kena lap habuk.

Kurangkan Habuk, Cuba Tanam Pokok Ini

Snake Plant juga antara pokok yang disebut “Hard To Kill”. Sesuai sangatlah untuk yang baru nak berjinak deco rumah dengan pokok hidup. Yang terasa diri tangan panas atau black hand pun boleh cuba tanam Snake Plant.

‘Snake Plant’ Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA LagiKalau tak tau mana nak dapat, pergilah singgah nursery pokok. Sepasu snake plant RM15 dah boleh dapat..

IKLAN

‘Snake Plant’ Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA LagiMana bahagian akar terkeluar potong je .

‘Snake Plant’ Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA Lagi
‘Snake Plant’ Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA LagiBahagian bawah potong menyerong.Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam..

‘Snake Plant’ Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA LagiJenis pasu berlubang.

‘Snake Plant’ Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA LagiTutup lubang dengan surat khabar..

IKLAN

‘Snake Plant’ Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA LagiMasukkan tanah 3/4 penuh.

‘Snake Plant’ Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA LagiDaun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah.

‘Snake Plant’ Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA LagiDah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu.

IKLAN

Ikutlah kreativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.

Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi.

Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.

Selamat mencuba.

MW: Lepas nie, mak-mak yang rasa ‘tangan panas’ tak perlu risau sebab boleh tanam pokok hidup nie.

Sumber: Huda Zainal

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI