Sharon beri bayangan bakal berpisah. Tiada angin tiada ribut terbaru pasangan selebriti Sharon Paul dan suaminya Rusdi Ramli memberi bayangan seakan rumah tangga mereka sedang bermasalah.
Ibu kepada dua cahaya mata, Sharon menyatakan dirinya bertahan dalam keluarga dek kerana anak-anaknya, Reo Ridza, 14, dan Ryan Ridza, 11.
Sharon Beri Bayangan Bakal Berpisah
Untuk rekod pasangan selebriti ini berkahwin pada 2008. Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza.
Sharon menyatakan dia masih bergelar isteri kepada Rusdi dan masih tinggal bersama.
“Anak-anak sentiasa menjadi keutamaan saya. Anak bongsu, Ryan mahu kami terus menjadi keluarga.
“Jadi, saya bertahan sahajalah. Bagi saya, setiap rumah tangga ada pasang surut, tapi bukanlah bermakna kami bergaduh.
“Tapi, kami beri ruang antara satu sama lain dan menantikan lampu hijau daripadanya,” ungkapnya seperti mana ditemubual menerusi rancangan hiburan Melodi.
Ads
Rusdi Nampak Tak Bersemangat
Tambahnya lagi, Sharon melihat Rusdi seakan tidak bersemangat kerana tawaran kerja yang berkurangan.
“Suami masih berlakon dan mengarah, tetapi saya tak tahu apa yang berlaku.
“Ini kerana dia nampak seperti tak bersemangat, mungkin kerana tawaran kerja berkurangan menyebabkannya jadi begitu.
“Kalau saya, akan cuba teroka sesuatu baru. Kalau tak boleh ini, cuba pula yang lain.
“Saya tengok suami macam sendu dan tak bersemangat. Tapi, saya tak masuk campur sebab tahu sahajalah perangai orang lelaki, tak boleh didesak.
Ads
“Jadi, saya berikan masa dan ruang. Kita tengok macam mana nanti.
“Mungkin, saya hanya tunggu anak-anak. Seperti saya katakan tadi, anak-anak adalah keutamaan saya.
“Suatu ketika bila sudah habis sekolah dan dewasa, mereka tak perlukan saya. Atau mereka tak kisah jika kami tak bersama lagi.
“Cuma kebaikan yang saya nampak sekarang, Rusdi selalu ada di rumah. Secara kebetulan, saya selalu habis kerja lambat jadi tak perlu risau kerana suami boleh hantar dan ambil anak,” sambungnya.
Pelakon yang popular dengan drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi dimasukkan ke hospital hari ini kerana batuk berdarah dan berkahak selain demam dan cirit-birit.
Menerusi akaun media sosial Instagram miliknya, Abby berkongsi gambar anak-anaknya dan Memey serta Norman yang datang menziarahinya yang mana pada mulanya dia telah mendapatkan rawatan awal namun tak berkesan.
“Mama pun Alhamdullillah ❤️
ALLAH bagi rehat jap ( tapi buat kerja online juga). ALLAH izinkan check in hospital pagi ni setelah sebulan batuk berkahak/darah, demam on off, darah tinggi + cirit birit lagi. Memula ingat boleh baik sendiri, makan ubat Batuk dah 2 botol dah tak hilang-hilang juga batuk ni. Pastu datang pulak penyakit lain lagi.”
Dalam gambar yang dikongsi, bekas penyanyi kumpulan Elite ini mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang berjaya memujuknya ke hospital dan meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“TQ suami berjaya bawa saya masuk wad. Kerja elok-elok ye. Lebiuuu.
Doakan ye Sahabat agar saya dapat jaga diri, jaga badan, jaga makan lepas ni.. degil yebby yabadi ni.”
Nota:
Sebulan sakit on off, 10 hari dah ‘berry-berry’, berat turun 1kg je.. cissss!
Malahan dia juga meluahkan rasa cukup gembira dengan kehadiran Memey dan Norman yang datang ke hospital.
“TQ Memey, Oman sudi dtg lepak + bawak pizza haha.. Tadi suami pun pun beli dunkin donut dah, tambah lagi dari Oman & Memey, banyak makanan kita.”
Bangga Dengan Kejayaan Anak-anak
Apa yang lebih menarik, Abby turut memuat naikkan gambar anak-anaknya yang sekarang sedang menuntut ilmu di sekolah masing-masing.
Melihat situasi ini, ternyata Abby Abadi bahagia dengan perjalanan hidupnya dan berjaya mendidik anak-anaknya dengan aura positif dengan menuntut lebih jauh tentang ilmu Allah SWT.
Alhamdullillah ❤️
Anak-anak sedang meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Abang Danish di Mekke Kuran Kursu, Isparta Turkey, Adik Dania di Darul Quran Wal Hadith As Sofa Seremban, Baby Danisha di Sekolah Rendah ISLAM Musab b Umair.
Doa Abby Abadi Buat Anak-anak
Semoga ALLAH redha untuk kami terus berada di atas jalan ISLAM. “Ampuni dosa kami ya ALLAH, doa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa adik beradik kami, dosa saudara mara kami, dosa sahabat-sahabat kami dan semua umat ISLAM di dunia ini ya ALLAH. Berikanlah hidayah petunjuk kepada kami dan mereka yang memerlukan.
Bantu kami dalam setiap nafas kami Ya ALLAH. Jangan KAU tinggalkan kami hingga ke akhir nyawa kami. Semoga kami terus kuat dijalanMU…. Amin!
Itulah doa yang saya ulang setiap hari.
Akhirinya, sebenarnya panjang lagi doanya tapi cukuplah kongsi setakat ini dulu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini berita gembira untuk diraikan oleh petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila setelah berhempas pulas selama lima bulan tanpa cuti rehat, akhirnya mereka diberikan cuti rehat dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi secara bergiliran.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menjelaskan, frontliners KKM ini juga akan menerima khidmat kaunseling bagi memulihkan kembali semangat pada petugas ini.
Lima Bulan Bekerja Tanpa Cuti Rehat
Para petugas ini mempertaruhkan segalanya. Sehingga ada yang tidak pulang ke rumah bertemu anak isteri mahupun suami. Dan bermacam kisah terjadi dalam perjalanan mereka ‘berperang’ dengan wabak Covid-19.
“Lima bulan bekerja siang malam, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.” Itulah gambaran tentang mereka.
Dan hasil pengorbanan mereka menampakkan keputusan penurunan kes. Yang mana, penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) pun semakin berkurang.
Keadaan ini membolehkan, warga kerja KKM ini diberi cuti rehat seminggu dua secara bergilir-gilir.
Kemungkinan Peningkatan Kes, Frontliners Persiapkan Diri
Khidmat kaunseling ini juga turut diberikan, bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes. Jadi, dapatlah petugas KKM bersiap sedia dengan ketahanan diri untuk menghadapinya.
Dalam tempoh seminggu dua ini juga, KKM bakal menyusun semula strategi dari segi tenaga kerja, peralatan, hospital, makmal dan kesihatan awam.
Katanya lagi, “inilah pertahanan terakhir kami untuk mengelakkan daripada bencana yang besar berlaku kepada Malaysia.”
Sehingga Selasa 12 tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan 30 kes positif baru dengan jumlah kes Covid-19 sebanyak 6,386 kes di negara ini.
MW :Biar pun PKP sudah diberikan sedikit kelonggaran, tidak bermakna Malaysia sudah menang. Ingat! untuk ambil langkah keselamatan, kebersihan dan sentiasa berjaga-jaga bila berada di tempat awam.
Masih tidak terlewat untuk memasang azam tahun baru dan merancang semula kewangan sebelum terlewat.Jika selama ini, gaji/untung bersih yang diperolehi hanya cukup-cukup makan atau tidak mencukupi, penting agihkan semula sumber kewangan kita kedalam 6 tabung ini.Menurut perkongsian oleh Siti Hawa Izzah, tips ini diperolehi daripada Perunding Motivasi Perniagaan terkenal, Azizan Osman.
Berikut antara perkongsian tip yang dikongsikan oleh Azizan Osman;
Merancang kewangan kita sebelum terlewat.Semua untung bersih @ gaji bersih mesti diagihkan ke dalam 6 TABUNG.
1. Tabung NEC 55%
Singkatan kepada neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, bayar sewa, kereta, bil.,diambil dari tabung NEC ini.
2. Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Simpanan tetap kita. Jangan guna langsung untuk tempoh yang panjang.Contohnya dalam tempoh 10 tahun.
Pilihan simpanan untuk FFA –
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dalam tabung di rumah.
Yang penting kita dah start create passive income untuk masa depan kita.
3. Tabung LTSS 10%
Simpanan Jangka Panjang untuk dibelanjakan.
Contoh, kumpul untuk beli hand phone, deposit kereta, melancong, deposit rumah dan sebagainya.
4. Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dari tabung ni baru boleh guna unutk joli, belanja makan, reward diri sendiri.
5. Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Untuk diri sendiri macam pergi motivasi, kelas agama, kelas bisnes,kelas keibubapaan dan sebagainya.
Sebab yang nak kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna untuk pergi seminar, beli buku dan lain-lain.
Lepas ni tiada alasan tak ada duit untuk tambah ilmu. Korban skit untuk dapat yang lebih besar.
Anak akan ada bahagian dia bila kita dah berjaya nanti.
Kita slalu pikir anak je tapi tak pernah fikir nak majukan diri sendiri dulu.
6. Tabung CHARITY 5%
Yang ni yang paling penting. Gunakan untuk sedekah dan derma.
Wajib ada Tabung kebajikan.
Tabung tu kita guna untuk bantu orang lain.
INGAT!
Kita jangan jadi perompak kepada bisnes kita sendiri!
Besarkan kapasiti tabung anda, supaya kita boleh masukkan lebih banyak rezeki.
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang.
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET. Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat.
Banyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan.
Kebocoran berlaku sebab duit tu bukan hak kita sebenarnya. Banyak faktor yang jadi penyebabnya.Ada duit je adalah masalah datang, kereta rosak, anak sakit dan lain-lain.
Bermakna duit kurang berkat,selalu berlaku pada ramai orang.
Selepas ni check balik diri kita.
Hubungan dengan manusia, ibubapa, suami, isteri, anak-anak.
Ada dendam sesiapa.
Ada tak maafkan orang.
Ada sakitkan hati orang.
Fikir semula.
Mohon maaf dan memaafkan orang adalah perkara yang terbaik.
Waktu Pagi:
Jangan Withdraw Duit Dari Atm
Jangan Bayar Loan
Jangan Bayar Hutang
Pagi adalah Untuk Kita:
Sedeqah
Jemput Rezeki Melalui Dhuha.
Berzikir Dan Selawat
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi amalan dalam merancang kewangan kita agar menjadi lebih baik.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.