Kedua bayi kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya ini iras arwah ibu mereka, Allahyarham Siti Nur Nasuha, 23 yang meninggal dunia pada 14 April lalu. Kebesaran anugerah Ilahi ini, dirasai oleh ayah mereka, Syazwan Najmi Zulkarni, 23.
Maklumnya, kedua kembar perempuannya membesar dengan baik. Malah, mereka ada iras wajah isterinya. Biarpun keduanya dilahirkan pra-matang pada penghujung Mac lalu, kedua-duanya semakin montel.
Diam tak diam, sudah dua bulan rupanya arwah isteri Syazwan meninggalkannya dan bayi mereka. Allahyarham meninggal dunia selepas mengalami komplikasi selepas melahirkan cahaya mata sulungnya itu.
Dalam tempoh dua bulan itulah, bayi kembar ini menerima kasih sayang daripada ayah dan kedua nenek mereka yang tinggal saling berdekatan.
Suami ini tak pernah sedikit pun melupakan pengorbanan isteri. “Pengorbanan arwah isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah. Dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami.”
Sungguh setiap momen bersama anak kembarnya akan diabadikan di laman facebook miliknya. Pasangan kembar ini pun dah ada peminatnya yang tersendiri.
IKLAN
Akui bapa ini lagi, gelaran bapa memberinya satu perasaan yang cukup istimewa. “Saya tak sabar menunggu kembar ini boleh bercakap. Mahu dengar dia ucapkan Hari Bapa kepada saya.”
Anak Kembar Iras Arwah Isteri Dijaga Secara Bergilir
Selepas pemergian isteri tercinta, kedua anak kembarnya di bawah jagaan Syazwan dengan dibantu secara bergilir oleh ibu dan ibu mentuanya.
IKLAN
“Buat masa sekarang kedua anak ini dalam jagaan keluarga saya dan mentua secara bergilir kerana rumah mereka tak jauh antara satu sama lain.”
Memandangkan dia bekerja bersama ibu dan ayah di kantin hospital dekat Tumpat, anak-anaknya itu lebih kerap ada di rumah mentuanya.
Malah, ibu mentuanya, Maharani Abdul Rahman, 43 pun tak keberatan menjaga cucu-cucu mereka. Menatap wajah cucu-cucunya itu membuatkan rindunya pada arwah semakin terubat.
IKLAN
Kedua kembar ini ibarat anugerah yang tak ternilai, yang tuhan berikan selepas pemergian anak keduanya itu.
“Pemergian (arwah) Nasuha agak mengejutkan. Tapi kami redha kerana itu adalah asbab kematiannya. Dia tinggalkan dua cahaya mata yang comel ini sebagai amanah untuk kami. Dan kami takkan sia-siakannya.”
Malah, ada juga yang menyatakan keinginan mahu mengambil si kembar ini menjadi anak angkat.
Betapa gembira dan syukurnya bila pertama kali diberi tawaran tunaikan haji. Saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam untuk menjejak kaki ke tanah suci dan menunaikan rukun Islam ke 5.
Tak mustahil juga ada yang sudah berkali-kali jejak kaki ke tanah suci. Baik tunaikan haji atau melakukan umrah. Tapi kemuncakya tentulah untuk menunaikan haji dan mendapat haji yang mabrur. Bayangkan bagi mereka terutamanya warga tunggu yang menungggu saban tahun untuk menunaikan haji, tapi tidak berpeluang.
Semua itu adalah rezeki. Tak kira kanak-kanak, orang muda atau tua, kalau sudah rezekinya pasti akan ke sana juga.
Perkongsian daripada Noraini Ismail yang baru saja menolak tawaran panggilan haji. Bukan melepaskan peluang keemasan tapi untuk memberi peluang kepada orang lain, memandangkan dia pernah tunaikan haji sebelum ini.
Saya dapat panggilan haji, tetapi saya tolak. Kenapa tolak? Tanya saya.
Sebenarnya sebelum saya tolak, saya terlebih dahulu buat solat istikharah. Saya juga mendapat nasihat daripada kakak supaya melepaskan peluang itu.
Kenapa? Orang lain ada yang merayu kerana nak pergi sangat tunai haji, tetapi awak tiba-tiba melepaskan peluang keemasan itu.
Sebenarnya ini panggilan haji kedua saya. Saya dah tunai haji pertama beberapa tahun lalu. Saya pun baru je balik daripada menunaikan umrah.
Saya tolak bukan kerana tambang haji kedua cecah RM38, 000. Dari segi kewangan saya tak ada masalah. Saya mampu membayarnya.
Saya tolak kerana saya nak beri peluang orang yang belum menunaikan haji mengisi kekosongan itu.
Saya teringat pak saudara saya di kampung dah berusia 70-an masih belum mendapat tawaran tunai haji. Kalau boleh galang ganti nak je saya bagi pak saudara tu tempat saya tu.
Tak Boleh Buat Pertukaran
Bagaimanapun, saya tak boleh membuat membuat penukaran itu. Tabung Haji kata, sistem tukar ganti tak boleh dibuat begitu. Hanya Tabung Haji yang berkuasa menentukan calon bakal jemaah haji.
Saya begitu terharu mendengar pengorbanannya itu. Kalau ramai orang berfikiran begitu, tentu ramai yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci dapat peluang menunaikan haji pertama mereka.
Kita dikehendaki menunaikan haji yang difardukan hanya sekali, itu pun jika ada kemampuan.
Kalau dah terlebih mampu, apa salahnya beri ruang itu kepada mereka yang masih menunggu peluang pertama untuk menunaikan haji.
Tabung Haji juga patut utamakan yang belum menunaikan haji untuk dimasukkan dalam senarai bakal jemaah mereka.
Mingguan Wanita : Bukan untuk menolak peluang keemasan tapi untuk beri peluang pada yang belum ke sana. Anggap juga ‘jentikan’ Allah untuk beri rezeki ini pada orang lain.
Setiap bulan mesti mak-mak akan keluarkan belanja makanan untuk keluarga. Tak kiralah bahan basah mahupun makanan anak untuk sehari-hari. Kalau dikira berapa banyak wang yang diperuntukkan. Ini belum lagi perbelanjaan lain.
Tak dapat bayangkan bagaimana mak ayah yang ada anak ramai. Belanja makanan dah tentu, tidak termasuk lagi pakaian, persekolahan mereka. Mahu pening juga memikirkan.
Namun, itulah dikatakan rezeki anak. Macam mana sekali pun, mesti mencukupi untuk membeli makanan dan perbelanjaan anak dan keluarga. Ini juga yang berlaku pada pasangan muda yang mempunyai 9 orang anak dan bakal melahirkan anak ke10 nanti.
Pasangan ini berbelanja makanan anak lebih kurang RM7k sebulan dan tidak termasuk perbelanjaan lain.
Seorang ibu muda, Amanda Sellers, 29 tahun, sentiasa mengimpikan sebuah keluarga besar dan meyakinkan suaminya, Chris, 33 tahun, untuk mempunyai anak yang ramai apabila mereka mula bertemu pada Januari 2013.
Kemudian, mereka bertunang pada Mei 2013 dan cuba mendapatkan anak pertama selepas dua bulan bertunang. Walau bagaimaapun, Chris agak bimbang kerana dia sudah mempunyai dua anak daripada hubungan sebelumnya, Logan, 12 tahun, dan Ryan, 11 tahun.
Namun, selepas itu lahir pula Liam, 8 tahun, Mya dan Mia, 7 tahun, Brycen dan Asher, 5 tahun, Eli, 3 tahun dan Emma, 2 tahun.
Amanda mempunyai anak kembar Mya dan Mia pada Mei 2015, kemudian satu lagi kembar, Asher dan Brycen, pada Januari 2017. Kini pasangan ini dijangkakan akan mendapat anak ke 10 pada Januari 2023.
Boleh dikatakan keluarga ini yang mempunyai 9 anak telah membelanjakan lebih daripada £1,300 sebulan (RM7000 lebih) untuk memberi makan anak dari peringkat umur.
Mungkin perbelanjaan akan menjadi lebih tinggi daripada nilai ini kerana pasangan ini bakal mendapat anak ke 10.
.
Keluarga ini turut sekolahkan anak-anak mereka dan mempunyai van transit 15 tempat duduk untuk membawa semua orang ke sana.
Ingin Keluarga Besar
Amanda, tinggal di rumah, dari Roanoke, Virginia, AS, berkata: “Saya sentiasa inginkan keluarga yang besar dan seramai mungkin anak.
“Bagi saya, sebelum ini mempunyai 3 orang anak kecil jauh lebih sukar daripada mempunyai 10 orang anak di mata saya. Mereka bermain bersama dan sangat mesra. Saya cuba mengajar mereka untuk berdikari supaya dapat membantu membuat kerja-kerja dan menyusun sarapan serta makan tengah hari mereka sendiri.”
Sementara itu, Chris pula seorang pekerja keluli mengatakan timbul kebimbangan bila mempunyai keluarga besar. Tapi semua ini tidak boleh mengubah dunia.
“Inilah cara kami untuk cuba membina ikatan yang sihat dengan anak-anak.
.
Chris dan Amanda menyambut anak pertama mereka bersama, Liam, pada Februari 2014. Kemudian, mereka mengambil menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai keluarga lima orang dengan kehadiran Logan dan Ryan.
“Ini adalah pelarasan terbesar,” kata Amanda.
Kini pasangan itu telah mengalu-alukan sembilan anak bersama selama enam tahun. Tidak ada setahun saya tidak hamil dari 2013 hingga 2020,” kata Amanda.
“Saya rasa 2021 adalah satu-satunya tahun yang belum saya lalui.”
Merancang Belanja Makanan Untuk Sebulan
Amanda merancang makanan selama sebulan dan membeli makanan dengan belanja RM5K (£1k) lebih dan tambahan RM2k (£350) lebih untuk menambah bekalan makanan segar setiap minggu.
Namun begitu, dia tidak specifikkan makanan apa untuk mereka makan tetapi pastkan ia mencukupi.
“Kami mempunyai peti sejuk besar dan peti sejuk beku di dapur dan untuk membantu kerja-kerja, kami mengajar anak-anak berdikari sebaik sahaja mereka dewasa.
“Kebanyakan daripada mereka tahu cara membasuhnya, atau membuat sandwic mentega kacang,” katanya.
“Saya menetapkan masa 10 minit hampir setiap hari untuk memastikan mereka semua kemas dan ia boleh menjadi huru-hara pada masa-masa.
Memandangkan anak-anak bersekolah di rumah, Amanda akan pastikan mereka buat kerja sekolah dan akan menyemaknya.
.
Bagi mengurangkan kos, mereka akan berbelanja sekitar RM245 (£45) setiap anak untuk menyambut Krismas dan hari lahir dan sebaliknya meluangkan massa untuk meraikan satu sama lain.
Pasangan itu tidak sabar untuk menyambut kehadiran orang baru yang bakal lahir pada Januari 2023.
“Saya sangat gembira dengan keluarga besar kami. Mungkin ini bayi terakhir tapi kami tetap berfikiran terbuka untuk terima anak lagi, “ kata Amanda.
Mingguan Wanita : Jangan kata ini kilang buat anak. Tapi hakikatnya itulah kehebatan seorang ibu. Tak pernah serik dan percaya dengan rezeki yang diberikan.
Sesungguhnya, jangan selalu lihat keburukan, sejahat adik-beradik mereka tetap dikandungkan dari perut dan rahim yang sama iaitu ibu kita.
Dalam sebuah keluarga, pasti ada adik-beradik yang senang dan tak kurang juga hidupnya diuji susah. Nasib dan takdir manusia ini tak sama biarpun adik-beradik.
Namun jangan sesekali melihat kekurangan adik-beradik sebaliknya hargai mereka seadanya kerana kita pernah hidup susah, senang bersama, berkongsi itu dan ini sejak kecil.
Jangan Selalu Lihat Keburukan
Kongsi Mohamad Izanie, seburuk-buruk adik beradik, dia tetap darah daging kita, sehina-hina adik beradik dia tetap keluarga terdekat kita, sejahat-jahat adik beradik dia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama.
Jangan selalu lihat keburukan adik-beradik sehingga lupa pada kebaikannya. Kerana adik-beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.
Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik-beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.
Sejahat Adik-Beradik
Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik -beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.
Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta dan duit tak akan kekal selamanya.
Pernahkah kita terfikir siapa yang angkat jenazah kita kelak??
Atau pernahkah kita terfikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ??
Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak? Tidak.
Adik-beradik kita sejahat mana pun dia, dia tak akan jijik menyentuh mayat kita walaupun dihina buruk dan jahat di mata kita.
Jangan terlalu benci akan adik-beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.
Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik-beradik.
Semoga kita selalu ingat siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina di mata Allah.
Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik-beradik mahu pun kepada manusia lain.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Mingguan Wanita : Setiap kali berkecil hati dengan sikap adik-beradik, cuba kenang kembali saat-saat mak ayah masih kecil. Betapa bahagia hidup kita suatu ketika bersama adik-beradik. Hargailah dan sayangilah adik-beradik selagi mereka masih ada.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...