Ketika harga kuih sebungkus RM3 ke RM5, Ibu tunggal ini, Siti Maimunah Deraman, 64 meletakkan harga jualan kuih muih air tangannya sepeket RM1 sahaja.
Seakan kenaikan harga barang dekat Malaysia ini tak beri kesan pada perniagaannya. Sebelumnya Maimunah pernah membuka kedai makan.
Sebab pandemik, kedai makannya terpaksa ditutup. Dari situ timbul inisiatif berjualan kuih muih RM1 dekat Kampung Tanjong Baru, Taman Buaya, Kota Bharu, Kelantan.
Walaupun harga gula, tepung, malah beras pulut naik, dia tetap mahu kekalkan harga kuih muihnya sebegitu.
Sungguhlah beliau kotakan apa yang dikata, kerana harga jualan kuihnya tidak pernah berubah sejak Maimunah berniaga kuih muih dua tahun lalu.
Kongsi ibu tunggal ini lagi, ada sebab kenapa dia membuat jualan kuih muih pada harga RM1 sahaja.
Ads
Dengan adanya kekangan pergerakan akibat Covid-19, ramai sebenarnya yang terkesan. Lagi-lagi yang berpendapatan rendah.
Bila harga barang semakin naik, keperitan mereka semakin bertambah.
“Jadi saya kesempatan buat kebajikan. Supaya dapat meringan beban penduduk yang terkesan Covid-19 dengan menjual kuih muih pada harga RM1”
“Saya seronok bila melihat orang ramai terutama golongan yang berpendapatan rendah dapat membeli air tangan saya ini untuk di bawa balik dan dijamu kepada keluarga masing-masing.”
Ads
Kegembiraan pelanggan juga sebenarnya memberi kebahagiaan di hatinya, Malah, apa yang diharapkan dengan berjualan kuih murah ini, dapatlah usahanya itu menjadi ‘lubuk’ pahala sepanjang Ramadan ini.
Sebelum ini, Mingguan Wanita pernah kongsikan penderitaan Nur Izzati Afiqah Hussian, 29, yang mengalami penyakit misteri apabila berat badannya meningkat secara mendadak dalam tempoh 3 bulan.Terkini dilaporkan wanita ini telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah malam tadi di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam.
Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum ‘pergi’ Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.
“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.
“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya.
Hembus Nafas Terakhir
Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.
“Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit,” katanya.
Bomba Bantu Urusan Pengebumian
Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.
Sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan.
Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, juga mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.
MW: Hebat dugaan yang ditanggung wanita ini, deritanya hingga ke akhir hayat. Salam takziah buat keluarga wanita ini. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Hajat lelaki nak balik raya tak kesampaian, maut dirempuh lori ketika berehat di tepi jalan. Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Hajat Lelaki Nak Balik Raya Tak Kesampaian
Lelaki itu maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa, Mohamad Suhamel Ismail, 24, merupakan penunggang motosikal, maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, hasil siasatan mendapati pemandu lori berusia 29 tahun dari Klang, Selangor menuju ke Tanah Merah, Kelantan untuk menghantar muatan tilam.
Menurutnya, mangsa pula dalam perjalanan dari rumahnya di Kepong, Kuala Lumpur menuju ke kampungnya di Kampung Bertam, Gua Musang, untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Maut Dirempuh Lori Ketika Berehat Di Tepi Jalan
“Apabila tiba di tempat kejadian iaitu bulatan Benta, lori terbabit (dikatakan) telah mengelak sebuah kereta yang rosak di tengah bulatan sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.
“Lori tersebut kemudian merempuh penunggang motosikal yang dipercayai sedang berehat. Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia, manakala lori terbalik di tepi jalan” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata lapan anggota dari Balai Bomba Kuala Lipis dihantar ke lokasi untuk mengeluarkan mayat mangsa yang terperosok di bawah lori.
Keadaan lori yang terbalik selepas merempuh penunggang motosikal di Kilometer 25 Jalan Lipis-Benta di Lipis, pagi tadi. – Foto IPD LIPIS
“Dua kren digunakan untuk mengangkat lori sebelum bomba dapat mengeluarkan mayat mangsa dari bawah kenderaan itu,” katanya.
Beliau memaklumkan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Selain itu, Ismail memohon kerjasama daripada mana-mana pihak yang melihat kejadian terbabit tampil membantu siasatan.
Bukan semua suami mudah diajak bergambar berdua. Ada tu sampai isteri merajuk barulah nak relakan hati selfie sama-sama. Tapi, kalau orang lain minta bergambar laju pula langkahnya.
Sebenarnya, penuhi hajat isteri selfie berdua pun boleh gembirakan hati isteri. Dia punya seronok macam dapat hadiah emas.
Nak dapatkan kualiti gambar yang cantik pun kenalah ada kamera telefon yang boleh menyokong dan memudahkan suami isteri ambil gambar berdua. Tak adalah nanti bila suami dah penuhi hajat, hasil gambar pula tak seperti yang diharapkan.
Telefon pintar Mi Note Lite ini paling sesuai sekali. Kerana kamera utama telefon pintar ini disokong oleh 64MP Kamera AI Quad dengan SONY IMX686 yang membolehkan warna-warna menarik dirakam dengan setiap butiran yang jelas
Kombinasi lensa lebar, ultra lebar, makro dan kedalaman juga menghasilkan gambar yang memuaskan hati. Malah, anda juga juga boleh mendapatkan gambar berdefinisi tinggi HDR yang baik.
Gambar Malam Yang Cantik
Bergambar di malam hari pun, tetap dapat menghasilkan mood malam yang jelas dan cahaya yang tak berselerak. Malah, anda juga boleh mendapatkan gambar bokeh yang memuaskan hati ketika selfie berdua dengan suami.
Peranti versi Lite ini juga boleh menghasilkan video berkualiti tinggi kerana kamera 64MP menyokong sehingga 4K semasa anda membuat rakaman video. Video gerak perlahan pula disokong dengan 960fps. Hanya dengan satu sentuhan saja mode Vlog dapat anda hidupkan.
Skrin Sisi Melengkung Dengan Warna-warna Menggoda
Peranti Mi Note 10 Lite keluaran Xiaomi Malaysia ini menggunakan paparan skrin melengkung di sisi MOLED 6.47 inci 3D. Lengkungan 3D pada panel belakang memberi pengalaman berbeza ketika memegangnya.
Warna-warna menggoda iaitu Nebula Purple, Glacier White dan Midnight Black didatangkan untuk peranti ini. Menonjolkan personaliti tersendiri kepada setiap pemiliknya. Anda pilih saja warna-warna pilihan hati yang digemari.
Bateri Tahan Sehingga Lebih 2 Hari
Dengan sokongan bateri 5260mAh dan kepantasan pengecasan 30W menjadikan telefon pintar Mi Note 10 Lite boleh bertahan lebih dari dua hari. Malah, anda cuma memerlukan 46 minit untuk mendapat pengecasan penuh dari 0 hingga 100 peratus.
Bermakna jika anda perlu keluar jalan-jalan dengan suami, tak perlu risau dengan masalah pengecasan telefon. Sehingga pulang semula ke rumah pun, telefon masih bertahan baterinya.
Peranti ini juga hadir dengan cipset Snapdragon 730 dan processor 8nm. Ditambah dengan RAM 8GB dan 128GB ROM, bermakna penstoran yang lebih besar untuk anda menyimpan apa saja gambar, fail malah video.
Setelah memahami hebatnya peranti Mi Note 10 Lite ini bagaimana cara untuk mendapatkannya? Sebelum itu, kenalah tahu harganya yang tentunya berbaloi untuk dimiliki. Cuma RM1599 dengan RAM 8GB dan 128GB.
Telefon pintar ini boleh didapati di Lazada dan semua kedai Mi yang sah yang ada di pasaran.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...