Ibu Rasai Perasaan Luar Biasa, Ketika 9 Bulan Hamilkan Neelofa

Perjalanan kehamilan setiap ibu tentunya berbeza-beza. Ibu pengacara terkenal, Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed meluahkan perasaan yang pernah dilalui ketika 9 bulan mengandungkan anak ketiganya itu.

Maklum Kartini, perjalanan 9 bulan penuh indah itu memberikan satu perasaan yang luar biasa yang dapat dirasainya ketika itu. Biarpun Noor Neelofa Mohd Noor sudah mencecah usia 31 tahun, anaknya itu tetap bagaikan anak kecil di matanya.

Ibu Rasai Perasaan Luar Biasa, Ketika 9 Bulan Hamilkan Neelofa

Ibu Luah Perasaan Luar Biasa Hamilkan Neelofa

Wahai anakku..

Ketika aku mengandungkan mu, aku dapat rasakan yang sesuatu luar biasa.. perjalanan 9 bulan itu amat indah untukku, lahir mu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletah mu membuat aku sentiasa rindu pada mu.. wahai anak ku..

Kau tetap anak kecil di mata ku yang tak jemu aku membelai dan mencium mu..
kau lah cinta hati ku
@neelofa” tulisnya disertai dengan emoji hati.

IKLAN

Ibu Rasai Perasaan Luar Biasa, Ketika 9 Bulan Hamilkan Neelofa

Bidadari Terindah Untukku – Ibu

Pertengahan Oktober lalu, ibu ini juga pernah mengungkapkan kata-kata kesyukuran yang tidak terhingga apabila anak perempuannya itu mengambil keputusan berniqab.

Bak kata Neelofa, keputusannya itu membuatkan dia (Neelofa) melepaskan sesuatu yang paling disukainya. Demi penghijrahannya itu.

IKLAN

Malah, Kartini begitu bersyukur kerana tuhan menghadirkan Neelofa yang diibaratkan bidadari terindah untuknya.

MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku.

Yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.. Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn
Love you bidadariku @neelofa
#anakluarbiasa

IKLAN

Baca sini : Ibu beri bayangan, Neelofa dirisik PU Riz.

Baca sini : Patutlah Neelofa berjaya, rezeki mencurah. Berkat doa ibunya tak pernah putus.

Ibu Rasai Perasaan Luar Biasa, Ketika 9 Bulan Hamilkan Neelofa

Semalam juga merupakan hari berbahagia buat bidadari hati Kartini ini. Apabila difahamkan Neelofa sudahpun dirisik pelakon dan pendakwah Hariz Ismail atau PU Riz, 25. Acara berlangsung dalam satu majlis sederhana di kediaman keluarga Neelofa sendiri.

Sumber/Foto : Noor Kartini

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI