Ini kisah benar yang diceritakan semula oleh Peguam Syarie, Roslina Sabiyah & Co.Tentang seorang makcik yang usianya sudah pun 75 tahun tetapi masih awet muda. Dengan kisah hidupnya, yang dihalau oleh adik-beradik ibunya dan dinafikan hak harta pusaka arwah ibu.
Selama makcik ini hidup, dia tak pernah tahu yang dirinya ada hak ke atas harta pusaka ibunya. Fikirnya, dia anak perempuan.. dia tak punya hak.
Katanya kepada peguam, “Puan.. saya baru tahu yang anak perempuan tunggal dapat bahagian faraid 1/2. Selama ini, saya tak taupun rupanya saya ada hak dan saya dianiaya oleh makcik dan pakcik saudara sendiri..”
Walaupun melalui satu episod duka dalam hidup, makcik ini tetap hidup dalam ketenangan dan bahagia. Rupanya dua amalan iaitu bangun malam solat tahajud dan memaafkan orang lain adalah rahsia bahagia, wajah ceria dengan senyuman.
Satu-satunya Anak Perempuan Tunggal..
Kisahnya begini..
Semasa arwah ibu saya meninggal, saya baru berusia 9 tahun. Saya satu-satunya anak perempuan tunggal ibu dan ayah. Ibu saya meninggalkan banyak harta pusaka berupa kebun kelapa, sawah padi dan kebun getah. Setahu saya, semua kebun-kebun tu arwah ibu saya yang beli sebab beliau memang rajin bekerja, mengumpul duit dan membeli kebun sendiri. Masa saya kecil, saya selalu ikut ibu saya menoreh getah di kebun.
Ads
Ibu meninggal kerana sakit. Selepas ibu meninggal, saya dan ayah dihalau keluar dari rumah kami oleh adik-beradik ibu. Dokumen bertulis berkaitan kebun-kebun semua dirampas dan kami dihalang untuk masuk ke kebun arwah. Katanya saya hanyalah anak perempuan dan tak ada hak ke atas harta arwah.
Mereka juga kata tak akan beri harta pusaka ibu kepada ayah..
Kerana takut ayah akan bagi harta pusaka tu kepada isteri baru jika ayah berkahwin lain.
Saya dan ayah memang tidak merasa langsung walau sesen pun harta arwah ibu. Barang kemas ibu yang banyak disimpan dalam kotak pun habis diagih sesama mereka sahaja. Saya dibesarkan oleh ayah dan ibu tiri. Sehingga ayah saya meninggal, saya dan ayah tak pernah menuntut bahagian kami kerana memang menyangka kami tidak ada hak. Tambah-tambah lagi kami takut nak mengeruhkan hubungan keluarga. Sedih memanglah sedih.. sebab saya tahu harta-harta tu semua hasil titik peluh arwah ibu.
Alhamdulillah.. walau tak dapat harta pusaka, saya mampu cari harta sendiri. Hidup saya sederhana tapi bahagia dengan anak-anak dan suami. Tapi hidup makcik dan pakcik saudara saya yang dapat harta tu saya tengok taklah senang mana. Ada yang sakit terlantar, ada yang diabaikan anak-anak.. mungkin itulah rezeki masing-masing namanya.
Wajah Masih Tak Dimamah Usia..
Tergamam sekejap saya mendengar kisah makcik tu. Mula-mula saya panggil dia Puan sebab nampak usianya dalam lingkungan 50-an dan dia masih bekerja. Tapi bila tengok kad pengenalan dia.. Allah! Makcik tu lahir tahun 1947! Memang nampak sihat, nampak jauh lebih muda dari usia, masih tegap berjalan dan tenang je dia bercerita. Betullah makcik tu kata.. memang Allah rezekikan dia dengan rezeki yang lebih besar berupa nikmat kesihatan, ketenangan dan keluarga yang bahagia..
Ads
Makcik tu sebenarnya datang untuk buat dokumen Hibah. Bila saya bertanya, apa rahsia makcik masih kekal sihat dan wajah tak dimakan usia? Makcik tu jawab sambil senyum.. “Tak ada apa pun puan, biasa-biasa je. Cuma makcik adalah amalkan solat tahajud, selalu maafkan orang yang buat salah dengan makcik dan makcik tak akan ambil sesuatu yang bukan hak makcik..”
Allahu.. terima kasih makcik kerana berkongsi pelajaran berharga yang tak dapat dipelajari di mana-mana Universiti.. Allah tu Maha Adil.. setiap orang akan dapat balasannya masing-masing sesuai dengan apa yang dia lakukan.. tak tunggu di Akhirat.. di dunia lagi dah dapat.
Kelebihan Solat Malam
Saidina Umar al-Khattab juga menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata, ‘golongan yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat’.
1) Jauh daripada semua penyakit. 2) Dikurniakan kesan takwa pada wajah. 3) Dikasihi oleh semua manusia. 4) Percakapan dan perbuatannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan). 5) Dikurniakan kekuatan dan Rezeki (halal dan diberkati). 6) Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. 7) Dipermudahkan hisab. 8) Melalui titian sirat seperti kilat. 9) Diberikan catatan amal dengan tangan kanan.
Kedua pasangan suami isteri ini merupakan pembaca berita terkenal, Mior Abdul Malek Raiyani dan Hazlin Hussain. Lima tahun mendirikan rumah tangga, Mior masih ingat kali pertama bakal isteri (waktu itu) mengenakan tudung buat pertama kalinya.
Jika anda peminat program 999, tentu nama Hazlin Hussain ini melekat di sanubari. Pengganti personaliti TV Zakiah Anas bagi program berkenaan ini juga punya pesonanya yang tersendiri ketika mengacara. Hazlin mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2015.
Semalam merupakan hari lahirnya. Dan suami ini, memuatnaik sekeping gambar mereka berdua. Dengan caption yang memaklumkan itulah kali pertama isterinya berhijab. Betapa bermaknanya gambar itu, kerana kegembiraan terpancar sehingga kedua-duanya bengkak mata menangis kesyukuran.
Gambar Pertama Bidadariku Berhijab
Kongsi Mior,
“Gambar hari pertama bidadariku ini berhijab. Tiba-tiba dengar suara dia di luar ofis. Intai kat pintu kaca nampak ada sorang wanita berhijab tengah berbual tapi takkan lah dia sebab takde hint apa-apa pun padahal baru je lepak.
Saya pun keluar dan panggil. Betul memang dia. BFF sy ni dah berhijab hari tu. Masa tu rasa nak peluk sebab terlalu happy tapi tak boleh la kan. Hahaha.. Hanya mampu menangis gembira dan syukur, dua-dua orang ni. Tu yang mata dua-dua bengkak.
Hari ni (ketika catatan ditulis pada 16 Disember 2020) hari jadi bidadari saya ni. Sengaja saya pilih foto ini sebab ceritanya sangat istimewa untuk saya. Dari semalam dah banyak kali wish dekat dia sampai dia kata berapa kali nak hari jadi ni?
So apa kata korang pulak sambung wish dekat dia sampai esok.”
Hazlin & Mior, Bertahun Berkawan, Jodoh Depan Mata
Kenangan baca berita bersama.
Kedua pasangan suami isteri ini sebelum diijabkabulkan merupakan kawan baik lebih dari 10 tahun. Malah, mereka sendiri tidak menyangka dalam berkawan lama rupanya jodoh masing-masing ada di depan mata.
“13 Disember 2015.. hari ini ulang tahun ke-5 masjid kecil kami berdua. 5 tahun yang sarat dengan kuliah rumah tangga untuk kami melengkapi antara kami. Allah telah kurniakan saya seorang wanita hebat yang mengisi setiap lompong kelemahan diri.
“Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” Surah Ar-Rahman
Permaisuriku @hazlinhussain teruslah menjadi insan hebat yang memberi inspirasi. Moga ia menjadi asbab dirimu menjadi sebahagian daripada isinya Syurga Firdaus..” Yang mencintaimu; Yom.
MW : Bahagia rasa bila suami hargai dengan ucapan hari lahir yang sweet sebegini.
Kesabaran ada batasnya, berhati-hatilah dalam berkata-kata jangan sampai menghina dan menyakitkan hati orang lain.Bila hati dah sakit dan geram, macam-macam perkara boleh dilakukan sehingga sanggup meracun dan membunuh ahli keluarga sendiri!
Memetik laporan Hindustan Times, akibat tidak tahan sering dihina kerana tidak pandai memasak, seorang wanita di India dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis ‘housewarming’ pada Isnin lalu.
Guna Racun Ular
Dalam kejadian di daerah Raigad, tertuduh didakwa mencampurkan sejenis racun untuk membunuh ular ke dalam kuah dal yang dihidangkan kepada tetamu. Menurut pihak polis, tertuduh, Pradnya Survase, 23 tahun, sering dihina oleh keluarganya kerana warna kulitnya dan tidak pandai memasak.
Sehubungan itu, polis juga berkata, Survase mempunyai niat untuk membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang birasnya yang sering melontarkan kata-kata hinaan hampir setiap hari.
“Sejak perkahwinannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.
“Survase yang pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya mempercayai saudara mara beliau juga telah merosakkan hubungannya dengan suami,” kata jurucakap polis kepada Hindustan Times.
Dianggarkan 120 orang tetamu hadir ke majlis berkenaan yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, lapor media tempatan. Bagaimanapun, tetamu lain yang menikmati makanan pada majlis itu mula berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian dan sedang dirawat di hospital.
Ujian forensik mendedahkan racun tersebut wujud di dalam kuah dal berkenaan dan racun itu dijumpai berhampiran rumah mangsa. Survase didakwa atas tuduhan membunuh dan konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.
Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran, jangan suka sangat jadi makcik pakcik ‘bawang’, yang menyakitkan hati orang lain dalam berkata-kata. Bagi yang bergelar ibu mertua, kakak ipar, adik ipar mahupun biras, jagalah hubungan dan ikatan kekeluargaan. Jika tidak ada perkara yang perlu diperkatakan, adalah lebih baik diam daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati.
Isteri baru bersalin diuji kehilangan suami tercinta, Imam maut selepas balik dari melawat pasangan di hospital. Ujian yang sangat berat buat seorang isteri yang baru saja melahirkan anak bila mana suaminya, Nurul Kamal Zulkarnain meninggal selepas balik dari menziarahinya di hospital.
Dalam kejadian menyedihkan ini,Nurul Kamal yang bertugas sebagai Imam Masjid As Siddiq di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar meninggal dunia selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Isteri Baru Bersalin Diuji Kehilangan Suami Tercinta
Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru melawat isterinya, Nur Firdaus Salwa Mohd Zamrin yang baru sahaja melahirkan cahaya mata yang ketiga mereka di Hospital Seri Manjung pada Isnin.
Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib memaklumkan mangsa juga turut bertugas sebagai Guru Takmir di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar.
Imam Maut Selepas Balik Dari Melawat Pasangan Di Hospital
“Dengan rasa penuh dukacita saya menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian beliau yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya WCE pada petang tadi.
“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat setempat kerana beliau dikenali sebagai insan yang berwibawa dalam memimpin serta membimbing umat Islam terutamanya melalui peranannya sebagai imam masjid.
“Jasanya dalam mendidik dan menyumbang kepada pembangunan rohani masyarakat amat dihargai dan akan dikenang selamanya,” katanya menerusi akaun Facebooknya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!