‘Jodoh Rakan Sekelas..’ Ini Tip Untuk Suami Isteri Elak Rasa Bosan Hidup Bersama

Saya mulakan dengan satu soalan. Adakah suami sekarang atau bakal suami ialah rakan semasa di sekolah dahulu?

Dengan kehadiran media sosial dan aktiviti reunion sekolah sekarang, semakin ramai pasangan yang bertemu jodoh sesama sendiri.

Ada yang telah menjalin hubungan senyap-senyap sejak di bangku sekolah tetapi ada pula yang memulakannya hanya selepas berkerjaya.

Bagaimana dengan anda? Memanglah orang kata jodoh itu ditentukan Allah SWT tetapi seandainya diberi pilihan, apakah anda sanggup terima jodoh yang pernah menjadi rakan bergumpal di sekolah rendah dahulu?

Sudah tentu itu semua ada pro dan kontranya dan itulah yang akan saya kongsi ini.

 

‘Jodoh Rakan Sekelas..’ Ini Tip Untuk Suami Isteri Elak Rasa Bosan Hidup Bersama

Cinta Pandang Pertama Dari Bangku Sekolah Lagi

Kata orang cinta pertama adalah cinta yang kekal sampai bila-bila. Itu cinta paling bermakna.

Bayangkan sekiranya cinta pertama itu bermula dari bangku sekolah dan semakin kuat sehingga ke jinjang pelamin?

Cinta itu mempunyai fasa-fasanya sendiri. Di bangku sekolah orang panggil cinta monyet. Kemudian cinta remaja. Apabila sudah dimuktamadkan dengan rumah tangga, itulah cinta firdaus.

Cinta yang membawa syurga itu ke dalam rumah sendiri. Apakah yang lebih indah daripada itu, betul tak?

Ada orang berkenalan hanya tiga hari dan terus berkahwin. Malah ada orang kata bagus, tetapi bagi wanita perkahwinan itu hanya sekali.

IKLAN

Siapakah orang itu yang hanya baru tiga hari lepas hadir dalam hidup anda?

Adakah selamat untuk anda menerima dia selepas ini sehingga ke akhir hayat? Bagaimana pula jika anda telah mengenali dia sejak di bangku sekolah lagi?

Selama ini anda tidak bercinta dengan dia tetapi lebih kepada hubungan sebagai rakan baik di sekolah. Anda kenal hati budi dia dalam kapasiti yang lebih jujur.

Dia boleh menegur dan anda pula boleh tidak bersetuju dengan pendapat dia. Takdirnya setelah dewasa dan lebih matang barulah hubungan itu berubah kepada yang lebih serius.

Bukankah itu membuatkan anda lebih mengenali dia? Bukankah ini bermakna adalah lebih selamat anda menerima dia sebagai jodoh anda?

 

‘Jodoh Rakan Sekelas..’ Ini Tip Untuk Suami Isteri Elak Rasa Bosan Hidup Bersama

Tip Bahagia Kahwini Rakan Zaman Persekolahan

1. Apabila anda sudah mengenali dia, maka adalah lebih mudah untuk anda menjadi diri sendiri. Sebenarnya ini sangat penting kerana lelaki paling tidak suka dengan perempuan yang berpura-pura.

IKLAN

2. Ini tidaklah bermakna anda boleh menengking dia sesuka hati kerana anda bersikap jujur menunjukkan kemarahan. Maksud saya ialah anda menyedari kelemahan dan mengharapkan suami memahami kelemahan anda itu sementara anda memperbaikinya.

Fahamkan Ini Dulu

Adakah cinta yang bermula sejak dari bangku sekolah itu adalah jaminan yang rumah tangga anda pasti bahagia? Sekarang kita lihat beberapa situasi yang mungkin ramai terlepas pandang.

√     Secara realitinya anda dan pasangan anda itu adalah dua individu yang berbeza. Setiap orang bertanggungjawab kepada diri sendiri.

√     Walaupun anda melalui era bersama di bangku sekolah hingga dewasa tetapi itu tidak bermakna dia berubah menjadi lebih baik seperti anda.

Contohnya, cara anda berfikir dan bercakap dengan dia semasa usia 12 tahun dahulu tentu tidak sama apabila di usia 27 tahun.

Anda mengharapkan dia berfikir sebagai lelaki matang yang berusia 27 dan bukan sebagai remaja ‘hore-hore’ berusia 27 tahun.

√    Semakin lama anda mengenalinya maka semakin banyak kelemahan atau sikapnya yang anda ketahui.

√    Ada yang anda suka tetapi banyak yang anda tidak suka. Adakah dia berusaha memperbaiki kelemahan atau sikapnya yang anda tidak suka itu?

IKLAN

√    Alhamdulillah jika dia mengambil langkah memperbaikinya tetapi bagaimana jika itu tidak berlaku? Keadaan ini boleh menjadi faktor yang melebarkan jarak emosi antara suami-isteri.

 

‘Jodoh Rakan Sekelas..’ Ini Tip Untuk Suami Isteri Elak Rasa Bosan Hidup Bersama

Elakkan Bosan Hidup Bersama Jadi Suami Isteri

Sesuatu yang telah lama dikenali maka akan semakin hilang misterinya.

Anda kenal dia sejak sekolah menengah. Semua cerita hidupnya telah anda ketahui. Kecuali anda dan suami cukup kreatif, ada risiko kebosanan akan cepat melanda.

1. Nasihat percuma daripada saya ialah jangan ulang cerita yang sama dengan ayat yang sama lebih daripada dua hari. Hakikatnya perjalanan rumah tangga itu adalah sangat jauh.

2. Suami dan isteri perlu bijak memberikan warna, bentuk dan haruman terkini untuk rumah tangga masing-masing.

3. Tidak kira sama ada suami atau bakal suami anda itu adalah kekasih sejak di sekolah, cabaran sebenar adalah komitmen dalam rumah tangga itu sendiri.

Faktor bila, di mana atau bagaimana dia anda kenali sebelum ini sebenarnya tidak penting.

Memilih pasangan itu hanyalah separuh daripada cabaran untuk perkahwinan itu menuju Jannah yang dihajatkan.

Penulis : Dr Syed Yusainee Yahya, Relationship Coach, Promind Training And Consultation, Beliau juga merupakan kolumnis ruangan Nota Untuk Isteri di majalah Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI