Rupanya 11/11 Juga Dikenali Hari Meraikan Orang ‘Single’!

Share

Tarikh 11 November sering dinantikan bagi ‘kaki shopping’ bagi pembelian secara online yang menawarkan diskaun dan harga yang menarik. Namun mungkin ramai yang tak tahu bahawa tarikh 11/11 ini juga yang mempunyai signifikasi yang tersendiri di beberapa buah negara.

Single’s Day Di China

Salah satunya, tanggal 11 November merupakan tarikh khas untuk meraikan mereka yang single dan tidak mempunyai pasangan di China.

Dikenali juga dengan nama Guanggun Jie, Single Day pada awalnya diraikan di negara China untuk menghiburkan hati anak-anak muda di China yang tidak mempunyai kekasih. Tarikh 11/11 dipilih kerana angka ‘1’ diibaratkan sebagai individu yang bersendirian.

Pada awalnya juga, Single Day hanya diraikan oleh kaum lelaki di China tetapi kini ia juga disambut oleh kaum wanita. Malah, beberapa universiti di negara China juga mempunyai sambutan khas untuk meraikan 11/11 ini dan ia telah disambut meriah dikebanyakkan negara seluruh dunia.

Papero Day Di Korea

Namun, berbeza dengan negara Korea, tarikh 11/11 dikenali sebagai Pepero Day, dimana mereka akan bertukar stik Pepero yang dihias dengan teddy bear atau bunga, dengan harapan agar mereka akan tinggi dan kurus, sama seperti angka 1.

 

 

Di Belgium, 11/11 adalah hari untuk memperingati Perang Dunia I, dan di Indonesia pula adalah Hari Belanja Online Nasional.

MW: Di kebanyakan negara, 11/11 lebih kepada hari berbelanja secara online yang menawarkan produk pada diskaun tinggi dengan harga yang rendah.

Sumber: EraFM

Isteri shopping sakan, suami tertekan sampai nak terjun bangunan.

Beli barang online memang senang, tapi jangan ketagih. Tak perlu pun dibelinya.

Isteri beli barang, suami jangan banyak tanya. Sebab semua untuk keluarga juga.

Budaya suami di Syria, beli keperluan dapur adalah ketua keluarga bukan isteri.

PM singgah pasaraya sempat beli sendiri barang keperluan dapur.

Covid-19 : tak perlu sampai basuh, rendam sabun barang dapur baru beli.

Harga emas makin meroket, cagar kemudian beli emas baru lebih untung.

Lubuk bei belah dan harga berpatutan?

 

Published by
Suhaidah Abd Wahab