Ramadan Tanpa Ayah, Anak Allahyarham Azmil Mustapha Sebak Jauh Dari Adik-beradik

Alhamdulillah buat anak-anak yang masih punya ibu dan ayah, bermakna anda masih ada tempat untuk mencurah kasih. Bagaimana rasanya melalui Ramadan tanpa ayah. Apabila orang tua telah tiada, perasaan sunyi itu terlalu berbeza.

Sukar untuk digambarkan, tibanya Ramadan rindu di hati anak semakin ketara. Sambut Ramadan tanpa ayah, yang ketika ini sudah kembali ke rahmatullah.. tak mudah untuk dilalui kesedihannya. Anak pelakon popular, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman berkongsi rasa.

Ramadan Tanpa Ayah..

Meluahkan perasaan rindu pada arwah ayah malah keluarga dan adik beradik. Kerana musim PKP ini dia jauh dari mereka.

Kongsinya, “Ramadhan Kareem Everyone! Hari ni emotional sikit teringat dekat Babah and missing my family, my brother & my sisters.”

Dalam sebak Alya berkongsi betapa berbezanya Ramadan tanpa ayah di sisi. Arwah meninggal dunia pada 14 Februari 2018 akibat sakit jantung.

Ads

Ramadhan after Babah’s passing sangat berbeza. Kalau dia ada, dia la yang semangat kejut sahur, ikut terawih, pergi bazar beli juice mangga dia & beli ikan bakar dia, always meriah kalau puasa dia ada. Puasa masa babah tak ada Alya masih bersyukur dapat Sahur Buka with my Siblings.”

Tahun Ini Ramadan Berbeza.. Lagi Sedih

Akuinya, tahun ini Ramadan baginya menjadi tahun yang lebih menyedihkan. “Tak ada bazar, tak boleh pergi terawih, yang jauh dengan keluarga tak boleh buka puasa sama, macam Alya tahun ni, Im far from my siblings.”

Ads

Pesannya, “To those yang dapat bersama keluarga ucap Syukur Alhamdulillah hug your family that you still have your family around you.”

Mohon Maaf kepada semua jika ada yang salah silap, sengaja atau tidak sengaja. Semoga Allah SWT memberikan Rahmat dan keberkatan untuk kita semua, semoga Allah SWT jauh kan kita dari Wabak COVID-19.”

Ads

Alya turut berkongsi gambar kenangan bersama arwah ayahnya ketika dia berkesempatan melakukan umrah bersama di tanah suci Makkah.

Anak pelakon filem popular ‘Ali Setan’ ini mengikut jejak langkah ayahnya terlibat dalam industri seni. Pernah membintangi drama Senafas Rindu bersama Syafiq Kyle. Dan juga terbabit dalam kerjaya peragaan musliman.

MW : Sementara orang tua masih ada hargailah kehadiran mereka.

Sumber/Foto : Alya Iman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI