Selepas pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, turut sama mengikuti team produksi drama Demi ke Inverness, Scotland adalah pelakon cilik Puteri Rayyana Rayqa Herda Banu Prasetiawan.
Dia yang disapa sebagai Rayqa ke Scotland ditemani ibunya, Norinsyira Muhamad yang juga merupakan pengurusnya.
MW menghubungi ibu Puteri Rayyana, Norinsyira atau Syira bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkhabaran ini.
Ads
“Semalam kami melakukan ujian saringan Covid-19, dan pagi tadi kami dimaklumkan keputusan kami berdua positif.
“Sekembalinya dari Scotland, saya dan Rayqa menjalani tempoh kuarantin di rumah berdua sahaja. Dalam tempoh itu saya minta suami ke rumah ibu saya.
Ads
“Setakat ini kami berdua tidak mengalami simptom batuk, demam dan juga selsema. Cuma semasa di sana, Rayqa demam dua hari dan kembali pulih selepas itu,” jelasnya. Ketika dihubungi MW Syira sedang mengemas pakaian untuk bersiap-siap ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Rayqa ketika melakukan ujian saringan Covid-19 semalam
Tolong doakan kami
Ads
Syira juga memohon orang ramai mendoakan dia dan anak tunggalnya itu diberi kesembuhan. Tambahnya lagi, mungkin ada sebab mengapa Allah memberinya ujian sebegini.
“Mungkin Allah ada sebab memberi ujian sebegini buat kami. Saya mohon orang ramai doakan kami berdua kembali pulih seperti sedia kala. Suami juga meminta kami jangan panik dan bertenang. Patuhi arahan seperti yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sebagai ibu saya mahu ditempatkan bersama anak kami, maklumlah dia satu-satunya anak kami,”luahnya.
MW doakan Syira dan puteri tunggalnya itu segera sembuh dan kembali sihat seperti selalu hendaknya. Kami yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti segala kaedah dan rawatan terbaik bagi memulihkan semua pesakit Covid-19 negara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sesungguhnya terdapat tiga amalan pahalanya dijamin berterusan mengalir walaupun telah meninggal dunia ialah sedekah jariah, ilmu bermanfaat yang dikongsikan serta doa daripada anak yang soleh.
“Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga perkara: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu Hurairah)
Amalan sedekah jariah seperti mewaqafkan harta yang ada untuk ummah sangatlah dituntut, sebagai bekalan ‘saham’ kita di dunia yang abadi kelak. Salah satu yang kita boleh waqafkan adalah sumbangan kitab suci Al-Quran yang cukup besar pahalanya dihitung dari setiap huruf yang dibaca.
Wakaf Quran Untuk Hospital Dan Pusat Kesihatan. Sebuah projek bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ideaktiv, TV AlHijrah, Sinar Harian dan Majlis Dakwah Negara. Sebuah solidariti Ummah untuk Ummah.
Sumbangan wakaf al-Quran Mu’jam, terjemahan per kata dan Tajwid berwarna ini bagi membantu para petugas, pesakit dan orang awam memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan, petunjuk dan penyembuh dikala kita menangani pandemik Covid-19 dan seterusnya.
#QuranTime CORNER juga akan diaktifkan menjelang Ramadan ini di hospital dan klinik kesihatan sebagai inisiatif berinteraksi dengan al-Quran; Baca, Faham dan Amal.
Alhamdulillah, sehingga jam 9 malam, malam tadi sebanyak 8,798 naskhah Al-Quran wakaf telah diterima. Projek ini mensasarkan 15,000 naskhah lagi untuk agihan di hospital utama dalam 200 naskhah, 60-100 untuk hospital biasa serta pusat kuarantin dan 40 naskhah untuk klinik kesihatan.
Al-Quran Mu’jam. Terjemahan per kata dan Tajwid Berwarna, bagi membantu semua saudara kita di hospital untuk Berinteraksi dengan Al-Quran; membacanya dengan baik dan memahami isi Al-Quran. Melalui TV Hijrah setiap hari, ada panduan yang diberikan di Malaysia #QuranTime jam 12 dan ulangan jam 10/11 malam.
Sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas, agihan segera telah dilakukan sejak hari Sabtu dan semalam agihan telah dibuat ke pusat kuarantin yang menempatkan sekitar 200 orang serta ke Hospital Sg Buloh yang menempatkan ramai pesakit serta petugas.
Sumbangan wakaf ini akan dimanafaatkan untuk menggerakkan #QuranCorner yang mana ia akan menjadi ruang untuk sesiapa sahaja yang berada di hospital memanafaatkan ruang tersebut untuk berinteraksi dengan Al-Quran walaupun sekejap.
Semoga dengan sedikit masa bersama Al-Quran yang besar kesannya sebagai panduan, peringatan, penyembuh, ia menjadi cara untuk Rehat & Rawat, Biidznillah.
Wakaf Quran ini juga Insyaallah menjadi sedekah jariah kita. Dari ummah untuk ummah kerana orang Mukmin itu seperti satu tubuh. Kita ikut merasa luahan penat, derita sakit yang ditanggung oleh saudara kita.
Wakaf juga adalah cara kita yang menyumbang untuk membebaskan diri kita dari cinta harta yang salah di hati. Wakaf yang dilakukan secara sukarela adalah hadiah kita kepada sesama sehingga ia menimbulkan rasa kasih kepada penerima. Itulah psikologi wakaf sebagaimana yang ditulis oleh SS Prof Dr Ali Gom’ah, Mufti Mesir.
Semoga dengan formula wakaf ini, terbit rasa kasih pada sesama, lahirkan ramai rakyat Malaysia yang lebih baik dan akhirnya terbina Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, Biidznillah.
Orang ramai yang ingin berwakaf boleh melakukan demikian. Wakaf dibuka sekarang, RM45 senaskah, dengan sasaran 15,000 naskah untuk semua hospital dan klinik kesihatan seluruh Malaysia.
Berwakaflah atas nama sendiri, keluarga dan juga untuk ibu ayah sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Juga buat syarikat-syarikat yang ingin menyumbang kepada komuniti atau hospital.
Bagaimana ingin berwakaf?
1. Daftar sebagai pewakaf di bit.ly/wakafquranhospital 2. Bank-in bayaran wakaf ke akaun
Maybank Islamik : Warisan Ummah Ikhlas Foundation
No akaun : 564276516031
Sila letakkan rujukan (reference) : *Wakaf Quran*
(Semasa bank in, niatkan wakaf atas nama yang diniatkan)
3. Whatsapp slip bayaran ke
☎http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran
#HaveFaith
#JanganPutusAsaMalaysia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Alhamdulillah buat anak-anak yang masih punya ibu dan ayah, bermakna anda masih ada tempat untuk mencurah kasih. Bagaimana rasanya melalui Ramadan tanpa ayah. Apabila orang tua telah tiada, perasaan sunyi itu terlalu berbeza.
Sukar untuk digambarkan, tibanya Ramadan rindu di hati anak semakin ketara. Sambut Ramadan tanpa ayah, yang ketika ini sudah kembali ke rahmatullah.. tak mudah untuk dilalui kesedihannya. Anak pelakon popular, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman berkongsi rasa.
Meluahkan perasaan rindu pada arwah ayah malah keluarga dan adik beradik. Kerana musim PKP ini dia jauh dari mereka.
Kongsinya, “Ramadhan Kareem Everyone! Hari ni emotional sikit teringat dekat Babah and missing my family, my brother & my sisters.”
Dalam sebak Alya berkongsi betapa berbezanya Ramadan tanpa ayah di sisi. Arwah meninggal dunia pada 14 Februari 2018 akibat sakit jantung.
“Ramadhan after Babah’s passing sangat berbeza. Kalau dia ada, dia la yang semangat kejut sahur, ikut terawih, pergi bazar beli juice mangga dia & beli ikan bakar dia, always meriah kalau puasa dia ada. Puasa masa babah tak ada Alya masih bersyukur dapat Sahur Buka with my Siblings.”
Akuinya, tahun ini Ramadan baginya menjadi tahun yang lebih menyedihkan. “Tak ada bazar, tak boleh pergi terawih, yang jauh dengan keluarga tak boleh buka puasa sama, macam Alya tahun ni, Im far from my siblings.”
Pesannya, “To those yang dapat bersama keluarga ucap Syukur Alhamdulillah hug your family that you still have your family around you.”
“Mohon Maaf kepada semua jika ada yang salah silap, sengaja atau tidak sengaja. Semoga Allah SWT memberikan Rahmat dan keberkatan untuk kita semua, semoga Allah SWT jauh kan kita dari Wabak COVID-19.”
Alya turut berkongsi gambar kenangan bersama arwah ayahnya ketika dia berkesempatan melakukan umrah bersama di tanah suci Makkah.
Anak pelakon filem popular ‘Ali Setan’ ini mengikut jejak langkah ayahnya terlibat dalam industri seni. Pernah membintangi drama Senafas Rindu bersama Syafiq Kyle. Dan juga terbabit dalam kerjaya peragaan musliman.
MW :Sementara orang tua masih ada hargailah kehadiran mereka.
Ketika ini pasukan perubatan seluruh dunia berusaha menghasilkan vaksin bagi COVID-19, namun masih belum berjaya. Kebimbangan terhadap virus ini, membuatkan ramai orang sanggup melakukan apa sahaja yang dianggap sebagai ‘penawar’ bagi merawatnya. Walaupun dianggap tidak logik dek akal fikiran.
Gara-gara penularan berita palsu, kucing-kucing hitam di Vietnam telah dibunuh dan direbus untuk dijadikan penawar kepada wabak COVID-19.
Perkongsian yang tular di Vietnam ketika ini adalah berikutan terdapat laporan kononnya kucing hitam mampu menyembuhkan wabak COVID-19 dan dijadikan penawar. Ramai yang mula percaya perkhabaran itu sehinggakan seorang bayi turut menikmati minuman penawar tersebut.
Dalam perkongsian oleh media tempatan Vietnam, kucing-kucing hitam diletakkan dalam satu periuk besar sebelum air panas mendidih dituang ke dalamnya. Gambar dan video yang mengerikan itu muncul selepas para penyelidik mendapati krisis koronavirus telah mencetuskan lonjakan penjualan daging anjing dan kucing melalui aplikasi penghantaran makanan di Vietnam dan Kemboja.
Malah, seorang penjual di Kemboja mengatakan mereka yang berada dalam komunitinya percaya, daging anjing adalah baik untuk kesihatan dan berupaya mencegah penyakit selesema atau virus seperti COVID-19. Namun, sehingga ke hari ini, masih belum ada kajian saintifik yang menyokong kepercayaan tersebut.
Sikap tidak berperikemanusiaan ini telah membuatkan ramai bimbang akan nasib haiwan perliharaan masing-masing.
“Tidak ada bukti apa pun bahawa makan kucing menyembuhkan coronavirus dan walaupun ada, rawatan tidak berperikemanusiaan ini adalah tahap kekejaman yang tidak dapat diterima bahkan bagi mereka yang memakan daging”, kata pengasas pertubuhan kebajikan No To Dog Meat, Julia de Cadenet.
MW: Macam-macam hal. Kucing hitam pula yang menjadi mangsa, kononnya mampu jadi penawar sembuhkan covid-19. Jangan mudah percaya, sehingga hari ini tiada vaksin lagi yang dapat dihasilkan dan mampu menyembuhkan virus berbahaya ini.
Tular kisah seorang lelaki rebah di rukun Yamani ketika tawaf wada, tulis anaknya: "Abah saya, Hamdan Ahmad meninggal hari ini di depan Kaabah di Mekah. Masa tengah buat tawaf Wada’. Allahu akbar. Speechless."