
Isi Kandungan
ToggleAda yang suka popia basah tak? Ini popia basah untuk jualan dari Puan Khadijah Yusoh 1kg tepung boleh dapat 110-120 keping kulit.
Saya kongsikan resepi yang saya belajar daripada ayah saudara sebelah suami, moga manfaat untuk semua. Saya halalkan resepi ini.
KULIT
1kg tepung gandum
1bj putih telur (pukul-pukul manja)
1sb minyak
1sb cuka*
garam*
air*
(bahan yang bertanda * campur dalam bekas)
Cara-cara:
1. Masuk putih telur dalam tepung gaul sebati
2. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul sebati
3. Adunan tepung lebih kurang macam nak buat cucur udang tapi sdikit lembik dari cucur perap selama 4-5jam.
Tip:
Adunan boleh main dihujung jari tidak melekat.

Sos
*bawang besar 1bj
*bawang pth 5ulas
*3-4 biji kurma
*cili kering rm3
sos cili 2@3 senduk
garam
gula merah (masak dahulu hingga gula larut)
Cara-cara:
1. Tumis bawang hingga naik bau, masukkan cili kering hingga pecah minyak dan masukkan sos cili sebatikn.
2. Masukkn air gula merah (tapis dahulu).
3. Masak hingga sos pekat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Walaupun Sedih, Kami Reda & Tak Berdendam Dengan Pemandu.’ Bayi Meninggal DiLanggar Bas

Isi Kandungan
Toggle‘Walaupun sedih, kami reda & tak berdendam dengan pemandu.’ Bayi meninggal dilanggar bas. Keluarga ini sedar bahawa kejadian yang berlaku adalah takdir dan mereka tidak berdendam dengan sesiapa.
Memanglah sedih dengan apa yang terjadi, namun sebagai hamba-Nya apa lagi yang dapat dilakukan selain reda dengan takdir yang ditentukan.
Walaupun Sedih
Ibu kanak-kanak perempuan yang maut dilanggar bas sekolah di Taman Anggerik, Sepang, reda dengan pemergian anak ketujuhnya itu serta tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas pemandu berkenaan.
Menurut Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, keluarganya sudah lama menggunakan perkhidmatan pemandu bas berkenaan untuk menghantar anaknya berulang-alik dari sekolah.
Katanya, walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, namun dia memahami kejadian itu tidak disengajakan oleh pemandu bas berkenaan.
Kami Reda
“Saya belum lagi bertemu dengan pemandu bas berkenaan, sebab dia masih lagi trauma dengan apa yang terjadi. Tapi dia sudah menghubungi saya dan minta maaf atas apa yang berlaku dan saya maafkan.
“Saya pun tidak boleh salahkan pemandu bas, ketika keterangan yang diberikan kepada polis pun saya beritahu supaya pemandu ini tidak diapa-apakan. Tiada dendam pun saya simpan untuk pemandu bas ini, dia pun sudah lama menjadi pemandu bas iaitu kira-kira 25 tahun.
“Saya tiada masalah dengan dia (pemandu bas), begitu juga dengan suami, kita terpaksa reda dan tidak boleh berdendam,” katanya.
Menarik Di Sini :
Hajat Tak Kesampaian, Anak Meninggal Kemalangan Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu
“Bapa Keluar, Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan.” Kanak-Kanak Meninggal Jatuh Kondominium
Terlepas Pegangan Tangan, Anak Meninggal Dilanggar Kereta Depan Mata Ayah
Tak Berdendam Dengan Pemandu
Semalam kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya ke sekolah.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa keluar rumah dan mengekori kakaknya yang sedang menaiki bas untuk ke sekolah.
Sementara itu, saksi kejadian yang juga kakak ketiga kepada mangsa, Nurul Aishah Mohamad Kassim, 13, dia berada di tangga bas untuk memberikan duit poket kepada adik kelimanya yang ketika itu sudah berada di dalam kenderaan.
Bayi Meninggal
“Lepas saya bagi duit pada adik, saya turun dari bas. Saya nampak bas itu bergerak dan melihat Zahida (mangsa) sudah berada di bawah bas. Saya terus menjerit dan mengambil adik yang pada ketika itu sudah terperosok. Tindakan itu diambil kerana saya takut Zahida akan digilis kali kedua dengan tayar belakang bas berkenaan.
“Nenek dan jiran yang mendengar jeritan saya kemudiannya keluar dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum jiran menolong kami menghantar Zahida ke klinik berdekatan,” katanya.
Tambah Nurul Aishah, selepas pemandu bas menyedari kejadian itu, dia terus meminta maaf berulang kali kepada nenek dan memaklumkan tidak menyedari Zahida berada di bahagian kiri bas terbabit.
“Selepas meminta maaf, nenek menyuruh pemandu bas itu menghantar murid lain ke sekolah sebelum terlambat. Pemandu bas sangat bertanggungjawab kerana selepas menghantar kesemua murid itu, dia datang ke rumah bertanyakan keadaan Zahida.
“Dia sekali lagi meminta maaf, kerana tidak nampak Zahida dan kejadian itu tidak disengajakan. Mak kata tidak mengapa, dia tak salahkan pakcik ataupun saya. Kami berdua tidak perasan Zahida keluar dari rumah,” katanya.

DiLanggar Bas
Mengenangkan keletah adik bongsunya itu, Nurul Aishah berkata, Zahida manja dengan semua orang dan sangat rapat dengan bapa serta neneknya.
“Saya memang rapat dengan Zahida, dia memang suka ‘mengekor’ walaupun ke mana saja saya pergi, saya juga selalu bergurau dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.
“Pemandu bas berkenaan sudah ditahan semalam dan selesai memberi keterangan kepada polis. Dia juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga ini dan diharap mereka tabah berdepan dengan ujian berat ini.
Sumber: myMetro
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Baru Je Buka Mata Tengok Mama..’ Dua Hari Dilahirkan, Bayinya Dijemput Ilahi

Isi Kandungan
ToggleSebak membaca perkongsian ibu ini, Nachik Cikna, 22 yang diuji ‘kehilangan’ anak bongsunya menjelang Aidilfitri yang lalu. Anak ketiganya itu, Nur Ramadhani Solehah dilahirkan pada 21 Mei 2020, dan meninggal dunia pada 23 Mei 2020. Cuma dua hari sempat arwah bersama ibunya.
“First time tengok mama, pukul 12.30 malam. Tapi sekejap je tengok mama, terus tutup mata dan tidur.” Luah ibunya sayu. Ketika, ibu ini mahu menggerakkan suaminya bangun sahur (di bulan Ramadan), dia lihat anaknya itu dah sejuk kaku, tak bernafas, bibir biru.
“Mama tak tahu apa punca. Mudahnya awak pergi tinggalkan mama. Mama sayang awak dunia akhirat. Jumpa mama di syurga nanti sayang. Mama sayang awak sayang, sayang sangat-sangat.
Perginya awak di akhir Ramadan.. Allah.
Tak tahu nak luah gane lagi.. Ya Allah.. mampu ke aku kuat.” kongsinya pada hari anaknya menghembuskan nafas yang terakhir.
Katanya lagi, anak ketiganya sempat menghisap susu ibu sedikit sebelum meninggal dalam tidur. Tidak sama sekali, anaknya meninggal lemas mahupun tersedak susu. Ibu ini cuma sedar anaknya sudah tiada selepas 3 ke 4 jam pemergian bayinya itu.
“Arwah tidur terbaring comel je dengan tersenyum manis.”
Selesai Beraya Dengan Bidadariku
1 Syawal lalu, ibu dan ayah membawa bersama baju raya yang sudah dibeli siap-siap untuk anak bongsunya itu ke tanah perkuburan.
“Selamat hari Raya Sayang Mama
Mama Bawak baju Raya Awak ni
ALHAMDULLILAH.. Selesai beraya dengan Bidadariku, sayu hiba dikenangkan Dan mama cuba kuat dan bangkit. Mama Redhoo awak pergi, pergi lah dengan tenang sayang. Tempat awak di Syurga. Waktu mama taip ni dengan tulus ikhlas, supaya kenangan dan gambar ini takkan hilang. Mama usaha senyum happy go lucky macam biasa di hadapan orang ramai.
Iya, mama usaha sembunyikan apa yang mama rasa, apa yang mama lalui. Mama terlalu sayang dan rindu bidadari syuga mama.
Mama bersyukur dan redho kerana dipilih Olehnya. Tenang lah di sana. TUNGGULAH MAMA DI SYURGA
BIDADARIKU.”

Lalui Hari Berpantang Tanpa Anak Di Sisi
Selepas pemergian Nur Ramadhani, ibu ini tetap perlu melalui rutin berpantang sebagaimana ibu bersalin yang lain. Perlu juga ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, “pergi klinik cukup 35 hari, sayu tengok orang timbang baby. Aku timbang diri sendiri. Allah.. kuatkan lah hatiku ini.”
Baca sini : Anak kembar iras arwah isteri, dua bulan membesar tanpa kasih ibu.
Ibu Alami Bengkak Susu
Malah, ketika itu ibu ini juga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat dan rawatan akibat bengkak susu.
“Susu badan terlalu banyak, jadi bengka sokmo. Tak tahan.. Allahu. Terpaksa gi kecemasan. Koho pam koho banyok. Tapi nak pam jadi tak leh tahan sebok. Macam-macam tubik dalam pale. Harap dapat la ubat keringkan susu.. Allah.”
Biar pun pemergian Nur Ramadhani sudah sebulan lebih berlalu, momen terakhir bersama bayinya itu tetap menjadi kenangan yang sukar luput dari ingatan.

Andai Semua Ini Hanya Mimpi
“21 Jun, genap sebulan hari ini Ramadhani pergi. Sekejapnya masa berlalu. Andai semua ini hanya mimpi, Allah.. Dada ini terlalu serbak RINDU, RINDU yang tak pernah rasa sebelum ni.
Ya Allah, rindu tak tahu nak ungkap. Mengandungkan 9 bulan. Lahir ke dunia 2 hari dan pergi begitu mudah. Hanya mampu peluk cium baju terakhir arwah. Semoga tenang di sana sayang mama. Al Fatihah.”
Bagaimana pun, ibu ini tetap perlu kuat menghadapi kenyataan demi dua orang cahaya mata, Dhiya dan Dania yang masih perlukan perhatiannya.
MW : Al Fatihah.. semoga si comel Allahyarham Nur Ramadhani Solehah ditempatkan di taman-taman syurga bersama orang-orang yang beriman dan ibunya terus kuat berdepan ujian hebat ini.
Sumber/Foto : Nachik Cikna *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kekal Tenang Walau Hati Terluka, Mizz Nina Titip Pesanan Doa Yang Baik & Jauhi Prasangka

Tiada isteri yang mahu bermimpi rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan. Pasti semua mahu bermimpi yang indah-indah agar memori itu kekal hingga hari menua. Namun takdir Allah tiada siapa menduga.
Bab jodoh pertemuan, ajal maut semuanya atas kehendakNya yang maha esa. Manusia hanya mahu merancang dan Allah menentukannya.
Dalam pada itu rumahtangga pasangan selebriti Mizz Niza dan Noh Salleh sudah pun berakhir selepas 11 tahun mendirikan rumahtangga. Pasangan ini tidak dikurniakan zuriat sebaliknya ada mengambil anak angkat iaitu Musa baru-baru ini.
Di instagramnya, @officalmizznina dirinya kekal kenang mengumumkan perpisahannya dan bekas suami, Noh Salleh.
Jelasnya, selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.
Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.
“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.
BACA SINI :-“Hijab Adalah Pilihan Saya, Luahan Rasa Cinta Pada Tuhan..”, Mizz Nina
Dalam pada itu, Mizz Nina turut meminta agar peminat semua menjauhi prasangka hingga boleh mendatangkan fitnah seperti mana yang tertulis dalam surah Al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud iaitu :-

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa. Dan janganlah kamu mengintip dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Apa yang pasti, manusia hanya mampu merancang Allah menentukannya. Jangan dibicara siapa salah, siapa betul kerana hanya mereka yang duduk di dalamnya tahu apa yang terjadi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI