Sudah menjadi adat dalam pertandingan, ada yang akan menang dan kalah. Namun kejutan ditampilkan dalam Pentas Marhaban 2023 apabila diumumkan lapan kumpulan layak melangkah ke pusingan separuh akhir Pentas Marhaban 2023.
Enam kupmpulan yang berjaya melayakkan diri ke melalui pusingan kalah mati yang diadakan pada setiap minggu ialah Sinar Marhaban, Interacksee, Soutun Nadwah, Raudhatul Ashwaq, Al Maqari dan An Ni’matul Uzma.
Saksikan Lapan Kumpulan Bakal Berentap!
Dua lagi kumpulan marhaban yang turut berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir ialah Qalbun Hadi dan Al-Muhtadin yang dipilih berdasarkanmutu persembahan dan markah yang diperolehi adalam tertinggi sepanjang enam minggu Pentas Marhaban 2023 bersiaran.
Menurut penerbit program Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed, TV Alhijrah memberi kejutan dengan memasukkan lapan kumpulan ke pusingan separuh akhir setelah melihat beberapa kriteria yang penting dalam format rancangan tersebut.
Ads
“Selepas enam minggu bersiaran, pihak produksi telah merancang lebih awal walaupun pada asalnya tiada penambahan kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya.
Tetapi, apabila melihat terdapat episod di mana kedua-dua kumpulan yang bertanding mempunyai kelebihan yang baik dan setanding meskipun tersingkir, mereka mempunyai markah yang tinggi secara keseluruhan,” jelasnya.
Keputusan pihak produksi mendapat sokongan padu dari barisan juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis Gambus serta juri jemputan minggu keenam, Ustaz Tirmizi Ali.
Ads
“Tidak dinafikan terdapat asas yang kukuh apabila pihak produksi membuat keputusan yang memeranjatkan. Sememangnya ia amat berbaloi dan rugi jika ada di anatara kumpulan yang memiliki markah yang tinggi tetapi tidak berjaya layak ke peringkat seterusnya.
Ia telah membuka ruang untuk setiap kumpulan kembali berdaya saing dan sudah tentu pusingan seterusnya bukan mudah,” kata para juri.
Sempat berpesan kepada setiap pasukan yang bakal bertanding di peringkat separuh akhir, para juri menitipkan pesanan berilmu untuk setiap pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
“Kuasai pentas dan tingkatkan kualiti suara serta persembahan. Berikan yang terbaik dan kepuasan untuk para penonton. Sebaiknya dapatkan ilmu dari para guru dan usah anggap Pentas Marhaban sebagai satu pertandingan semata-mata, tetapi jadikan ia sebagai medan menimba ilmu.
Ads
Pentas Semi Final “Pentas Marhaban 2023”
Pada minggu keenam lalu, kumpulan An Ni’matul Uzma telah berjaya melangkah ke pusing separuh akhir mengetepikan Selawat Buskers. Kumpulan tersebut turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500.
Pusingan akhir bakal menyaksikan pemenang tempat pertama dan kedua secara keseluruhan bakal menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000. Pentas Marhaban bersiaran setiap sabtu jam 9 malam di saluran TV AlHijrah. Program ini telah dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau dan Tilmiz Fahmi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila sebut bab hutang dan pinjam wang memang panjang. Baik pada yang memberi mahupun yang meminjam.Pemberi hutang boleh susah hati, sakit kepala apatah lagi jika wang yang dipinjam dalam jumlah yang banyak. Risau hutang tak berbayar, walaupun sebelum meminjam macam-macam janji manis ditabur untuk dibayar pada waktunya.
Rupanya antara adab jika ingin pinjamkan wang adalah kita mampu halalkan jika orang tak bayar. Barulah hati lapang dan tak rasa ‘terbeban’ dalam diri.
Untuk faham lebih lanjut adab beri hutang, fahamkan perkongsian daripada Penulis, Hamka (Kereta Mayat) ini.
Ada kawan lama tiba tiba call, borak sekejap dah tahu apa dia nak, nak pinjam duit, bukan sikit, nak RM lapan ribu. Aduh.. RM80 boleh bincang lagi.. RM8k tu.
Maka saya ambik jalan mudah, saya tak buat perkhidmatan pinjam duit, saya bukan bank, mungkin dia tengok saya pergi daki gunung kinabalu, menyelam di pulau, naik kapal terbang, tulis buku, berceramah, jual ebook maka dia sangka saya banyak duit.
Adab Pinjamkan Wang
Saya baca kitab Fadhilat Sedekah, adab nak pinjamkan wang, adalah kita mampu halalkan jika orang tak bayar, maka saya tak mampu nak halalkan jumlah banyak macam tu, saya ambik jalan fekah, saya tak boleh bagi pinjam wang.
Lagipun sains bab tak boleh tidur malam adalah bila kita buat benda yang berisiko, otak kita akan serabut takutkan risiko dan jadi tak mengantuk fikir yang bukan bukan, dah ramai saya jumpa orang tak boleh tidur malam dan ajak saya mengeteh kerana hutang kawan tak bayar.
Ada orang bagi pinjam kereta, lepas tu dia punya gelisah selalu tengok jalan tunggu kawan yang pinjam tu pulang, gelisah dia memang tak boleh bawak bertenang dan bila kawan tu balik, diperiksa macam polis cari dadah, saya pesan kat kawan yang lain, jangan lagi kau pinjam kereta dengan orang macam tu, kesian dia tak boleh buat sebarang benda lain sebab risau kereta calar.
Dan pesan jugak kat tuan kereta, kalau kau dah gelabah macam gini bila orang pinjam kereta, baik jangan bagi terus, aku tengok pun terseksa!
Maka formula yang sama, jangan pinjam wang dengan orang yang tak mampu korang halalkan jika peminjam tak bayar.
Maka saya cakap elok elok kepada kawan yang datang nak pinjam wang, maaf saya bukan Bank, saya tidak buat perkhidmatan pinjaman wang.
Tak Mampu Jangan Paksa Diri
Apa yang terjadi?
Kawan tu drive datang rumah cerita masalah dia, gigih sungguh dia, manis janji dia, tapi saya tetap ikut fekah bab pinjam, bagi jika kita mampu, jangan paksa diri.
Dia datang rumah saya ajak dia naik kereta saya, mengeteh, kereta saya tu baru beli tapi basic, takde radio. Saya cakap dah lama saya nak pasang radio tapi sebab takde duit lebih, maka saya bertahan bawak kereta sambal berzikir dan mengaji.
Dia terus insaf, sebab keretanya ada radio.
Pesan saya lagi, Ada masalah carilah adik beradik, jika mereka buang kau, tentu ada masalah yang kau tak cerita, orang tak buang adik beradik tanpa sebab.
Sebelum balik, saya tunjuk depan rumah saya takde bumbung tempat letak kereta, ya, saya duduk rumah banglo kecil, tanah rumah saya luas, tapi belum ada duit lebih nak buang bumbung parking kereta. Jika ada duit, dah lama kereta kedua saya tu ada radio dan parking bawah garaj berbumbung.
Dia insaf dan pulang cari penyelesaian dengan adik beradiknya, persahabatan tak putus. Saya bagi duit minyak RM50, dia nak pinjam, saya hadiahkan.Maka nasihat saya kepada semua anak muda, jangan mudah bagi pinjam wang nanti tak boleh tidur malam, saya tak pernah alami, tapi kenal ramai kawan yang menderita hutang tak dibayar dan putus kawan.
Berikan Sekadar Mampu Halalkan
Jika kita mampu halalkan bila kawan tak bayar, nak pinjam RM 10 ribu pun berilah, tapi jika tak mampu, berilah sekadar yang mampu kita halalkan.
Dan bila dah beri pulak, jangan lupa tulis perjanjian sebab Allah dah pesan dalam ayat terpanjang dalam Al quran, pinjam wang kena bawa saksi dan bertulis.
Tulis Perjanjian Hutang
Biasa saya akan buat whatsapp group, dan akan invite dua saksi dia, dua saksi saya, tulis tarikh pinjam, jumlah pinjam dan tarikh bayar, lepas tu sekali sekala pos dalam wasap tu cerita bab akhirat, insyaAllah belum sampai tarikh bayar si peminjam akan bayar dan left group- woha!
Lagi satu bab kawan kawan minta jadi penjamin, juga nak kena tolak baik baik, salah jamin orang, tak boleh tidur malam di buatnya.
Panjang nak cerita tapi itulah pesan saya, jangan bebankan orang dengan pinjam duit banyak banyak lepas tu lambat bayar, atau tak bayar, berdosa buat orang susah hati.
Roh Tergantung Tak Bayar Hutang
Dalam islam orang mati syahid yang patut boleh masuk syurga tanpa hisab pun akan tergantung rohnya jika mati tak bayar hutang.Insaflah, dan maaf kepada yang PM nak pinjam wang atau jadi penjamin, saya tak buat perkhimatan pinjaman wang atau perkhimdatan mejadi penjamin, saya buat perkhidmatan jual buku dan mengarang Tanjak.
Woha!
Ps:Terima kasih kepada yang sudi membeli buku dan tanjak dari saya tanpa berhutang. Koranglah pelanggan dunia akhirat. Woha sampai syurga!
MW: Setuju sangat, ada benarnya bab berhutang ni boleh putus kawan dan roh tergantung. Sebaiknya ikutlah adab nak pinjamkan wang, jika mampu halalkan jika orang tak bayar, bagilah hutang. Namun, jika tak mampu nak halalkan rasa susah hati, ambillah jalan Fekah, tak perlu bagi pinjam wang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Semasa bersih beras untuk memasak, apakah yang seirng mak-mak fikirkan. Mungkin ada yang fikir nak masak lauk apa dan tak kurang juga memikirkan sesuatu sama ada baju nak kena jemur dan sebagainya.
Mungkin juga ada mak-mak sibuk memikirkan tentang anak-anak atau pun pasangan itu sendiri, apa yang dibuat pada waktu ini dan fikirkan anak-anak yang semakin membesar dengan peel masing-masing yang tak pernah habis.
Sedangkan apa yang sering ustaz dan ulama pesan, cara yang paling mudah untuk lembutkan hati anak-anak dan ahli keluarga lain adalah membaca surah-surah tertentu semasa bersih beras.
Jangan ingat, dengan baca doa selepas solat atau semasa anak tidur sahaja sudah cukup nak lembutkan hati anak. Perkara yang senang, kita permudahkan. Cuma ambil masa beberapa minit sahaja dan lakukan semasa bersih beras untuk memasa, bacalah surah ini.
Tip yang paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.
1.Semasa basuh beras, berselawatlah ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w
2. Bila masukkan air untuk disukat, bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini bagi menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Usah asyik bersusah hati dan terlalu memikirkan pelbagai perkara yang belum lagi berlaku dalam hidup. Selalu tak terlintas dalam fikiran, ‘Siapa akan jaga aku bila aku tua nanti? Sekarang tak temui jodoh lagi, macam mana nak ada anak, macamana nak ada cucu? Siapa akan jaga bila dah tua nanti, takkan ke rumah orang tua pula nanti?’
Sebelum terus bersusah hati, pernah tak terfikir, ada orang dah berkahwin tapi belum dapat-dapat juga anak. Tiap hari makan sindir dan perli suami, mentua dan kawan-kawan rapat. Rasanya lebih baik tak payah kahwin kalau memang tau tak dapat anak.
Usah Terlalu Banyak Fikir
Oleh situasi yang begini, dia juga kerap bersusah hati dan berfikir, ‘Siapalah yang akan jaga aku bila tua nanti. Kalau suami tinggalkan aku atau dia meninggal dulu, siapalah yang akan ambil kisah tentang aku? Memang terbiarlah aku dalam rumah usang, seorang diri.’
Nanti dulu, sebelum terus-terusan bersusah hati, kenang-kenang orang yang anaknya semua lelaki. Dia lagi berasa parah apabila memikirkan takkanlah menantu perempuannya sanggup menjaganya setelah tua nanti. Sedangkan anak sendiri ramai yang tak kisah, inikan pula hanya menantu. Dia berasa sangat susah hati seolah-olah hari depannya sememangnya gelap gelita.
Nampaknya kalau anak perempuan tentu masalah itu selesai. Mari tengok orang yang anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir, ‘Kalaulah semua tu nanti ikut suami masing-masing, siapalah yang nak jaga aku…’
Usah Risau, Jangan Letakkan Masa Depan Di Tangan Manusia Lain
Apa masalah kita sebenarnya? Masalahnya kita letakkan hari depan pada tangan manusia; anak-anak, suami, walhal kita lebih patut pasrah pada ALLAH yang mengaturkan semua itu buat kita. Bukankah ALLAH yang jaga itu semua?
Lihatlah berapa ramai orang yang anak ramai, cukup nisbah lelaki dan perempuan, namun masih terabai hidupnya. Hidup terkontang-kanting seorang diri hingga matinya juga seorang diri.
Setiap orang ada jalan ceritanya masing-masing, jalan cerita itu cukup tersendiri, ia pasti berbeza-beza dan tidak pernah sama antara satu dengan yang lain. Setiap sesuatu itu adalah rezeki yang ditentukan.
Kita menyangka untung tetapi sebenarnya rugi pada penghujung, begitu juga kita menyangka rugi tetapi rupa-rupanya untung pula pada hari kemudian.
Hakikatnya tiada siapa tahu apa yang sebenarnya telah disediakan untuknya dalam hidup. Kita berhak berusia sekeras mungkin, berharap seteguh mungkin, berdoa semahu-mahunya saban waktu, namun sama ada dapat ataupun tidak itu berada pada hak ALLAH pula.
Siapa kita untuk memaksa kita mesti diberikan sekian-sekian kononnya itu alasan bahagia, tetapi sebenarnya kita tidak tahu apakah sesuatu yang berkilau cemerlang pada hari ini akan kekal begitu sampai hujung.
Manusia Mudah Berkeluh Kesah
Memanglah kita ini manusia mudah berkeluh-kesah. Kita mudah tercuit oleh kata-kata orang. Apabila orang kata, ‘Kau tak kahwin, esok dah tua siapa nak jaga kau,’ kita terus menjadi murung. Kita mula menyalah-myalahkan nasib kenapa menjadikan kita lambat bertemu jodoh.
Hidup penuh dengan misterinya yang tidak terungkap oleh manusia. Bagaimanapun kita cuba meramal kita mungkin tersasar. Kita hanya boleh berusaha merubah nasib kita, namun ketentuan sebenarnya masih tetap berada di tangan ALLAH SWT.
Usah bersusah hati sangat dengan kehidupan, sebab kita tidak tahu apa sebenarnya yang telah disediakan buat kita sepuluh dua puluh tahun akan datang. Bukan semua keputusan A yang kita buat hari ini, hujungnya nanti adalah Z, ia mungkin huruf-huruf yang tidak pernah kita jangkakan, mungkin K, L, C, AQ, FZ dan lain-lain.
Reda, Berusaha Dan Bersyukur
Yang betul, reda sahajalah dengan hidup kita hari ini, sambil berusaha keras untuk apa-apa yang diingini, syukur apabila mendapat, sabar apabila terhalang.
Tidak dapat hari ini tidak bermakna tidak baik untuk kehidupan kita seterusnya, mendapat hari ini mungkin di situlah punca petakanya tiba, tiada siapa yang tahu. Reda, sabar, pasrah – pasti okey.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.