
Pesanan Buat Anak Dara Atau Yang Dah Berpunya: Jaga 5 Adab Ini Time Sembang Dengan Suami Orang, Tak Perlu Nak Sayang-sayang Sangatlah!
Baik isteri orang mahupun anak dara, ketika bersembang dengan bukan muhrim mahupun suami orang usahakanlah agar menjaga batasan. Perasaan malu makin lama makin hilang. Mungkinkah gajet menjadikan wanita semakin berani?
Sudah semestinya mana-mana isteri akan ada perasaan cemburu pada suaminya. Jika rakan sepejabatnya bersembang keterlaluan, sampai bertepuk tampar pipi bagai. Apakah seorang isteri yang normal boleh menerima?
Perkongsian daripada Puan Sue Abdul Wahab ada benarnya. Bagaimana seharusnya adab dan pertuturan itu dijaga ketika bersembang dengan suami orang mahupun lelaki bukan muhrimnya. Ini termasuklah masa bersua muka atau sembang dalam media sosial.
(Medium: SMS, Telegram, perbualan telefon, Whatsapp dan yang sewaktu dengannya. )
Dah lama saya nak tegur kaum saya sendiri berkenaan perkara di atas.
Kesabaran, sangka baik dan menyerahkan semuanya kepada Allah memang menjadi perkara yang biasa si isteri buat. Tapi itu tak bermakna, dia boleh dipijak-pijak.
Teguran saya kali ini ditujukan terus buat kaum wanita yang masih belum berkahwin, tidak lagi berkahwin, apatah lagi yang sudah berkahwin.
Tak perlu guna ayat-ayat manja seperti anda bercakap dengan bakal suami sendiri.
? ???tak sesuai digunakan langsung. Apa perasaan anda kalau wanita lain guna emoticon ini pada suami anda? Come on, this is common sense ok?
Lebih-lebih ambil tahu perihal suami wanita lain.
Ada kala berlebih dari segi ‘kalau bersembang/whatsapp dengan si suami amboi panjangnya berjela, kemain berbunga macam orang bercinta..panggil SAYANG…. BI..BABI la….
Bab ni memang sensitif apatah lagi apabila suami seorang ‘public figure’. Tak salah bergambar. Kami si isteri faham kerjaya suami yang menjadi perhatian dan idola ramai. Hanya jaga adab ketika bergambar. Kalau bergambar berdua sahaja tetapi sampai bahu bertemu bahu, dada rapat ke dada…apa kes? Dah lama hidup ke?
Saya tak salahkan si lelaki saja. Kita wanita jaga lah diri. Syok sangat sampai boleh jadi fitnah, kan berdosa tu?
Yang ni wajib ditegur, sebab sakit mata melihat kaum sendiri yang kadang-kadang dah bergelar isteri orang pun, tapi tangan tak boleh nak kawal. Bertepuk tampar dengan suami orang, atau lelaki yang bukan muhrim.
Banyak cara boleh bergurau, pilih lah yang lebih bertempat. Jangan pakai redah ja dengan alasan ‘Anggap adik / abang’ dan sebagainya.
Yang terlupa hal ini, lepas ni beringat-ingatlah ya.
JAGA ADAB,JAGA KELAKUAN,JAGA BATASAN.
Perkara macam ni dah banyak berlaku dalam masyarakat dunia tanpa sempadan sekarang. Bukan hanya bermaksud ‘dia tulis sebab jadi kat dia’ Jangan gitu sis.. saya ni suka share pengalaman saya. Umpama saya mencari pahala juga dengan menyebarkan PERINGATAN bersama.
I’ve done my part to say this out loud as a wife. It’s now up to you to choose how you respond to this posting.
Open up and learn.
-much love from me, SUE
Sumber/ Foto : Facebook Sue Abdul Wahab, EDtv blogger
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Lipat Baju Cara Origami, Jimat Ruang Dan Senang Nak Cari Itu Pasti
Nak lipat baju ini bukan setakat kena kumpul kekuatan ‘RAJIN’kan diri, tapi perlukan waktu yang teliti. Kerja itu mudah tapi renyah. Pertama, lipat baju, kemudian pilih baju ikut kategori. Seterusnya, susun pula dalam almari.
Tapi, bila tiba-tiba kita dah penat-penat lipat dan susun, anak-anak suka hati tarik sampai berterabur memang membara-bara je perasaan ibu. Haa.. lipat baju cara origami ni jalan penyelesaiannya.
Perkongsian Puan Rahiman Ramian ini akan membuatkan ibu lebih bahagia.
“Lain orang, lain cara lipat bajunya. Sebagai ibu, mesti geram je rasa kan bila kita dah susah-susah, lipat cantik-cantik, susun elok-elok dalam almari@ drawer, tapi bila anak-anak suka suki je ambil baju ikut sesedap rasa nak pakai yang mana, maka baju yang bersusun berlipat tadi akan berterabur balik.”
“Maka, di sini saya nak kongsikan cara lipat baju anak-anak yang pasti dapat menyelesaikan masalah yang saya sebutkan tadi. Kalau tak percaya, cubalah.. lepas lipat, confirm tak terbuka lipatan walau dibaling ke dinding sekalipun.”
Step tu nampak saja banyak, dekat 10 step tapi sebenarnya mudah saja. Sambil melipat sambil terkenang memori buat origami masa kelas pendidikan seni kat sek rendah dulu.
“Video ni saya paksa Ammar ( anak sulung umur 12 tahun ) jadi modelnya. Tapi tak model sangat pun sebab tuan badan tak mau tunjuk muka, malu katanya. Almaklumlah tengah berlengging ( tak berbaju), hanya pakai kain pelekat je.”
Sumber/Foto/Video : Facebook Rahimah Ramian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Ustaz Ebit Lew Kata Solat Awal Waktu Buat Mak Ayah Saling Cinta Setiap Hari Sampai Lebih 50 tahun, Itulah Rahsia Bahagia!
Ramai pasangan suami isteri tak ambil pusing besarnya kuasa SOLAT dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang dah kerap kali berkongsi perihal solat dalam ceramahnya baik di Youtube, Facebook mahupun Instagram.
Mulalah cari macam-macam formula nak pikat kembali hati pasangan. Formula yang mak ayah motivator Ustaz Ebit Lew ini pegang mudah saja ‘solat awal waktu’. Sebab kata-kata itulah yang dituturkan oleh arwah emaknya sebelum pergi menghadap Ilahi. Bacalah sampai habis, nanti pasangan suami isteri akan jumpa rahsia membina rumah tangga bahagia bersama pasangan anda.
Dah dekat 80 tahun dan ayah mertua saya muda sikit jer dari ayah saya. Setiap lepas solat dia akan doa
“Ya Allah temukanlah diriku dengan isteriku dalam syurga. Saya rindu isteri saya. Dia bersama saya belajar Islam. Temukanlah saya dengannya dalam syurga. Walau sakit di hospital, ayah insyaAllah solat.”
Hati ini sangat hormat dan sayang padanya. Pohon doakan ayah saya dan ayah mertua saya sentiasa sihat dalam kebaikan.
Walau dulu-dulu dengan anak-anak garang. Dengan mak saya macam pasangan bercinta setiap hari. Pernah waktu mak masih ada tetapi tiada di rumah. Dia tidak akan makan kalau mak takda. Pergi jauh mana tak selera makan kalau mak takda. Takkan makan…
Makan berdua dan berbual setiap hari. Saya terfikir tak habis-habis cerita mereka setiap hari. Tak pernah tinggi suara atau kasar pada mak. Malam-malam mereka berbual-bual sepanjang malam sampai tertidur.
Itu buat hati ini makin cinta dan sayang dan hormat padanya. Macam mana bercinta lebih 50 tahun. Tapi cinta itu tak pernah berubah dari hari pertama. Subhanallah itu indahnya rasa cinta yang Allah jadikan.
Bila mak masak. Setiap hari ayah akan datang dari belakang tengok makanan. Pegang-pegang mak. Nak berpeluk jer..mereka buat apa-apa mesti berdua.
Ingat kata-kata akhir mak pada bapak.
“Maafkan mak tak dapat masak dan layan ayah setiap hari kerana mak dah nak pergi. Kalau ayah nak jumpa mak dalam syurga jaga terus jaga solat awal waktu. Dia minta ayah saya baca fatihah.. dia nak dengar.”
Sedih bila hari ini tengok orang mengadu. Suami sibuk dengan telefon setiap hari. Tak peduli keluarga. Pandang pun tak mahu. Balik lewat. Sampai rumah main handphone. Tak ambil tahu hal isteri dan anak-anak. Duduk lepas tu keluar balik 2 ke 3 pagi setiap hari.
Dengan orang luar baik. Dengan keluarga kasar sangat. Muka tak nak senyum. Tak pernah ajak keluarga solat atau baca Al-Quran. Doa sama-sama pun tak pernah.
Pohon doakan ayah mertua saya dan ayah saya yang sakit waktu ini.
Terima kasih tak terhingga buat semua doktor dan kakitangan hospital yang membantu merawat ayah saya dan ayah mertua saya. Semua kakitangan Hospital Selayang, Hospital Muadzam Shah, Hospital Tentera, Hospital Ampang, Klinik Medivron yang semuanya sangat baik.
Pasti Allah balas dengan sebaik-baiknya. Terima kasih. Allah tambah rezeki dan kebaikan sampai syurga buat semua doktor dan kakitangan hospital yang baik.
Terima kasih adik beradik dan ipar yang menjaga ayah dan ayah mertua. Allah sayang semua.
Ayah mertua saya seorang yang sentiasa bercinta dengan mak mertua saya.
Syukur Allah hadiahkan mertua yang setiap kali jumpa saya sentiasa mendoakan saya. Juga seperti ayah sendiri. Sangat baik. Ya Allah. Sifat ayah mertua buat saya malu. Penuh kelembutan dan cinta.
Ayah mertua tercinta. Berdua ke surau dan majlis ilmu semenjak 50 tahun lalu…subhanallah. Jadi imam. Suka menolong orang. Sentiasa cakap terima kasih. Saya malu rasa. Saya yang patut 24 jam cakap terima kasih sebab beri anaknya yang baik, solehah dan menawan.
Terima Kasih Allah
Terima kasih kerana Allah hadiahkan rasa cinta ini.
Diberi mak ayah dan mak ayah mertua yang sentiasa memberi contoh kisah cinta kerana Allah.
malam tadi tengah malam dia kata ayah doakan program keluarga sunnah sabtu ini jadi asbab hidayah. Kita buat apapun minta asbab orang bukan Islam dapat Islam.
Doakan ayah dapat datang katanya. Itulah doa buat hati ini makin semangat buat dakwah.
Sumber/Foto : Facebook Ebit Lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

download sekarang!
