Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sama terkesan dengan pandemik Covid-19. Cuma dapat memberikan ucapan hari lahir anak bongsunya, Raif ‘Leo’ Avverroes di balik tingkap sahaja.
Ini kerana, beliau masih perlu keluar bekerja seperti hari normal yang lain dan pulang ke rumah, sebaik selesai urusan. Dengan terdedah kepada orang ramai memberi risiko untuk anak-anak dan ahli keluarganya yang lain terutama ibunya yang sudah berusia.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ, mengambil pendekatan kuarantin sendiri daripada ahli keluarganya.
Kongsinya,
“Selamat hari lahir ke-5, my little lion man. Kerana Papa perlu keluar bekerja, Papa memilih untuk kuarantin diri sebaik pulang ke rumah.
“Semua ini demi memastikan kamu dan semua orang selamat (terutamanya nenek!). Ia membuatkan Papa sedih sebab tak dapat nak peluk kamu dan nak cium kamu hari ini, dan kita cuma dapat berjumpa melalui tingkap.”
“Apabila kamu besar nanti, saya akan ceritakan pada kamu bagaimana setiap orang di dunia ini perlu memainkan peranan mereka masing-masing demi membantu insan yang lain”
“Sayang kamu, Raif ku.”
Sungguh, tak mudah pengorbanan ini. Tapi demi insan tersayang, pilihan sebegini perlu dibuat. Supaya tidak terdedah kepada virus Covid-19 yang anda sendiri tidak akan tahu siapa pembawanya.
Khairy Jamaluddin mendirikan rumah tangga dengan Nori Abdullah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki, iaitu Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif ‘Leo’ Averroes
MW : Semoga pemimpin negara yang masih gigih bekerja dalam suasana pandemik Covid-19 ini dilindungiNya sentiasa.
Sumber/Foto : Khairy Jamaluddin