Bila Covid-19 HIJACK Sel Badan, Tubuh Diibaratkan Jadi Kilang Pemproses Virus

Ini kebenaran yang akan terjadi pada tubuh badan seseorang yang dijangkiti Coronavirus Covid-19. Diterangkan dengan mudah faham oleh Pakar Perunding Patologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman.

Ada Yang Tanya Pasal Coronavirus Covid-19

Apa yang virus ini buat bila masuk badan kita?
Boleh tak tolong jelaskan dalam bahasa lidah bonda..
Mungkin kerana majoriti penerangan yang ada dalam bahasa omputeh.

Corona ni lingkaran la.. ia berbentuk bulat dan dilingkari oleh protein berbentuk paku. Paku bukan sebarang paku tau, paku yang telah mengalami pengubahsuaian (mutasi) membolehkan ia bertindak sebagai kunci untuk masuk ke dalam sel manusia!

Sebelum ini dia tahu kod kunci untuk masuk ke dalam sel haiwan sahaja.

 

Bila Covid-19 HIJACK Sel Badan, Tubuh Diibaratkan Jadi Kilang Pemproses Virus
Rupa virus dilukis oleh seorang medical illustrator, Eckert sebagaimana diberi gambaran oleh saintis. Warna bukan warna sebenar, hanya untuk memudahkan penerangan.

Virus Covid-19 Perlukan Perumah Untuk Hidup

Dia bukanlah benda hidup secara teknikalnya, sebab dia perlukan perumah untuk hidup sama ada sel manusia atau haiwan.

Bentuk pun ringkas je. Sekali kena sabun atau alkohol terus pecah berkecai dindingnya.

Tapi sekali dia masuk ke dalam sel-sel hidup yang melapisi saluran pernafasan kita.. hmm.. habislah!

Virus ini akan merampas kuasa (hijack) sel, dengan mengarahkan sel membahagi dengan cepat. Dia masukkan gen/baka dia ke dalam setiap sel-sel dan mengarahkan sel fotostat gen dia (replicate), ibaratnya macam memaksa sel itu menjadi kilang pemproses virus. Maka makin banyak lah virus dihasilkan.

IKLAN

 

Bila Covid-19 HIJACK Sel Badan, Tubuh Diibaratkan Jadi Kilang Pemproses Virus
Gambaran struktur virus covid apabila dibelah.. struktur ringkas sahaja, namun kandungan RNA genetik tu yang penting.. dia hijack sel perumah, masukkan kandungan genetik ini ke dalam sel perumah dan arahkan mereka menghasikan viral copies dengan banyaknya.

 

Eh, Ke Mana Perginya Sistem Imun Badan?

Sistem imun kita ada.. dia tahu ada virus dah hijack sel dan cuba melawan. Sebab itu kita ada simptom seperti demam, batuk dan selesema. Simptom ini menunjukkan badan kita sedang melawan virus.

Tapi itu pun mungkin terlambat, mungkin selepas seminggu atau 2 minggu virus bermaharajalela baru sistem imun tersedar.

IKLAN

Kerana apa? kerana ia makhluk baru. Makhluk corona yang demam selesema biasa tu protein dia lain. Protein yang terkandung dalam covid-19 ni badan kita belum pernah bermesra lagi.

Jadinya tempoh inkubasi virus dan simptom juga berbeza-beza bergantung kepada tuan rumah, sistem imun dan sejauh mana virus ni mampu fotostat dirinya membentuk sebuah batalion untuk menyerang paru-paru kita.

Apabila jumlah cukup banyak maka virus ini mampu takluk seluruh paru-paru menyebabkan radang paru-paru yang serius (pneumonia).

Bila paru-paru sudah makin gagal berfungsi, pesakit terpaksa diberi bantuan mesin pernafasan.

 

IKLAN
Bila Covid-19 HIJACK Sel Badan, Tubuh Diibaratkan Jadi Kilang Pemproses Virus
Ini sejenis bunga yang pernah berkembang mekar di laman rumah penulis 5 tahun yang lepas.. sekarang dah mati kerana cuaca panas. Bukan virus covid yer walaupun hampir sama.

Virus Covid-19 Tersangat Cepat Merebak Dari Manusia Ke Manusia

Maka sekiranya ditakdirkan kita dijangkiti (nauzubillah) mohon tiada komplikasi serius, mudahan sistem imun kita kuat melawannya.

Namun apa yang dibimbangkan bukan komplikasi ini atau kematian kerana peratusnya tidak tinggi, tapi yang lebih membimbangkan adalah kadar jangkitan,

di mana virus ini tersangat cepat merebak dari manusia ke manusia.

Mutasi atau pengubahsuaian bentuk virus ini memberi keupayaan luarbiasa untuk dia memasuki sel badan manusia dan dikhuatiri manusia yang dijangkiti boleh melebihi nilai kapasiti muatan.. maka tiada lagi hospital yang mampu menampung jumlah pesakit yang ramai.

MW : Faham kan? Sebab apa kita semua ini disarankan jaga jarak dan DUDUK RUMAH DIAM DIAM.

Baca sini : ‘Rehatlah ayah..’ ketika anak masih dalam kuarantin, ayah pergi selamanya kerana Covid-19.

Sumber/Foto : Faiziah Rahman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI