lasik

Dalam mengira detik bahagia bakal disatukan dengan insan tersayang pada Sabtu ini, pelakon dan pengacara Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali Dynas Mokhtar, 35, sempat meluangkan masa memberikan hadiah hantaran istimewa lebih awal buat bakal suami, Shazrik Din, 36.

Menerusi posting yang dimuatnaik oleh Dynas didalam laman instagram beliau semalam, pelakon filem Tombirou ini berkongsi video dan gambar-gambar bersama tunang tersayang mendapatkan rawatan lasik di Pusat Rawatan Mata & Lasik milik Profesor Dr Muhaya.

Antara kata-kata manis yang ditulis oleh Dynas Mokhtar didalam posting tersebut;

” Hantaran terbaik dari saya untuk awak, sayang.. Penglihatan sempurna agar awak dapat melihat, sejauh mana saya mencintai awak”

IKLAN

“The best hantaran from me to you honey …a perfect vision so that u can see how much I love u dearly”.

Istimewanya Hantaran Dynas Mokhtar Buat Bakal Suami, So Sweet!

Untuk makluman, rawatan lasik merupakan prosedur pembedahan laser paling popular untuk mengoptimumkan daya penglihatan dan menjadi pilihan kerana tempoh pemulihan yang pantas serta kurang komplikasi dan kesan sampingan berbanding pembedahan refraktif lain. Setelah menjalani pembedahan ini, individu tidak lagi perlu menggunakan cermin mata mahupun kanta lekap untuk melihat dengan jelas.

Pertunangan pasangan ini telah berlangsung pada 26 Oktober lalu.Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah ibu Dynas di Shah Alam pada 21 April ini, majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

IKLAN

Dynas yang sudah empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal bertemu jodoh dengan Shazrik Din yang merupakan seorang Pengusaha Ladang Ayam yang berstatus bujang.

Menerusi perkahwinan pertama, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.

IKLAN

Mingguan Wanita mengucapkan selamat melayari rumahtangga buat Dynas dan suami, semoga majlis berjalan lanacar dan sempurna hendaknya.

Sumber: Instagram Dynas Mokhtar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI