Akhir zaman ini, ujian yang paling berat untuk dihadap apabila adik beradik tak lagi sebulu. Bila masing-masing sudah berkeluarga, mak ayah ada yang dah tiada.. sedihnya hubungan kian renggang.
Ada saja yang tak kena di mata kakak, abang mahupun adik. Saling berselisih faham, bertegang urat tanpa ada usaha untuk meleraikan kekusutan hati yang kian retak.
Bacalah nasihat Ahmad Humaizi Bin Mar Noor, Perunding Takaful dan Pusaka, Ahmad Humaizi Consultancy ini agar saling menjaga hubungan sesama adik beradik.
Nasihatnya padu, dan jika anda seorang yang berjiwa lembut, pengasih sesama adik beradik, pasti akan merasakan betapa benarnya kisah adik beradik yang dikongsikan ini.
Jagalah Hubungan Kita Dengan Adik Beradik
Imam Ghazali dikenali sebagai pakar merawat sakit hati. Rujuklah kitab tulisannya iaitu Ihya’ Ulumiddin. Betullah selalu wujud perasaan dengki antara adik-beradik. Kita kena ubah sifat ini dan ganti dengan sifat syukur dan redha.
Ada satu cerita seorang Professor yang mempunyai 4 orang anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yang keempat tidak begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja. Professor itu rasa begitu pelik sehingga mengatakan yang anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah menguji Professor itu terkena strok.
Dalam kesemua anaknya, anak yang keempat itulah yang menjaganya sepanjang masa. Anak yang lain sibuk dengan kerjaya.
Ads
Oleh sebab itu kita tidak boleh dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan pada adik-beradik yang lain. Seumpama jari kita yang lima, semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.
Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud, “Perasaan hasad memakan pahala amalan sepertimana api memakan kayu.
Kita perlu berlapang dada dan gembira dengan kelebihan yang dimiliki adik-beradik lain. Bagi yang lebih berjaya pula, jangan sombong dan bantulah adik-beradik lain yang kekurangan.
Tak Boleh Perlekehkan Apa Yang Dibuat Adik Beradik
Hukum menghina, perli orang lain adalah haram. Allah SWT melarang kita berbuat begitu. Oleh itu kita tidak boleh memperlekehkan apa yang dibuat oleh adik-beradik kita atau orang lain.
Ads
JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa dihargai orang ramai
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan…Ibubapa kita juga akan Aman di sana melihat anak anak mereka….
Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak.
Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa, adik-beradik bergaduh. Sedangkan itu cuma harta dunia….harta yang membawa hingga ke Jannah Allah adalah silaturahim adik beradik itu.
Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT.
Ads
Kita bertemu Allah paling kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.
Gembirakanlah Adik Beradikmu, Moga Allah Gembirakan Kita Di Hari Kiamat
Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan hidayah juga bahagia dunia dan akhirat..
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)
“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Kedua pasangan suami isteri ini merupakan pembaca berita terkenal, Mior Abdul Malek Raiyani dan Hazlin Hussain. Lima tahun mendirikan rumah tangga, Mior masih ingat kali pertama bakal isteri (waktu itu) mengenakan tudung buat pertama kalinya.
Jika anda peminat program 999, tentu nama Hazlin Hussain ini melekat di sanubari. Pengganti personaliti TV Zakiah Anas bagi program berkenaan ini juga punya pesonanya yang tersendiri ketika mengacara. Hazlin mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2015.
Semalam merupakan hari lahirnya. Dan suami ini, memuatnaik sekeping gambar mereka berdua. Dengan caption yang memaklumkan itulah kali pertama isterinya berhijab. Betapa bermaknanya gambar itu, kerana kegembiraan terpancar sehingga kedua-duanya bengkak mata menangis kesyukuran.
Gambar Pertama Bidadariku Berhijab
Kongsi Mior,
“Gambar hari pertama bidadariku ini berhijab. Tiba-tiba dengar suara dia di luar ofis. Intai kat pintu kaca nampak ada sorang wanita berhijab tengah berbual tapi takkan lah dia sebab takde hint apa-apa pun padahal baru je lepak.
Saya pun keluar dan panggil. Betul memang dia. BFF sy ni dah berhijab hari tu. Masa tu rasa nak peluk sebab terlalu happy tapi tak boleh la kan. Hahaha.. Hanya mampu menangis gembira dan syukur, dua-dua orang ni. Tu yang mata dua-dua bengkak.
Hari ni (ketika catatan ditulis pada 16 Disember 2020) hari jadi bidadari saya ni. Sengaja saya pilih foto ini sebab ceritanya sangat istimewa untuk saya. Dari semalam dah banyak kali wish dekat dia sampai dia kata berapa kali nak hari jadi ni?
So apa kata korang pulak sambung wish dekat dia sampai esok.”
Hazlin & Mior, Bertahun Berkawan, Jodoh Depan Mata
Kenangan baca berita bersama.
Kedua pasangan suami isteri ini sebelum diijabkabulkan merupakan kawan baik lebih dari 10 tahun. Malah, mereka sendiri tidak menyangka dalam berkawan lama rupanya jodoh masing-masing ada di depan mata.
“13 Disember 2015.. hari ini ulang tahun ke-5 masjid kecil kami berdua. 5 tahun yang sarat dengan kuliah rumah tangga untuk kami melengkapi antara kami. Allah telah kurniakan saya seorang wanita hebat yang mengisi setiap lompong kelemahan diri.
“Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” Surah Ar-Rahman
Permaisuriku @hazlinhussain teruslah menjadi insan hebat yang memberi inspirasi. Moga ia menjadi asbab dirimu menjadi sebahagian daripada isinya Syurga Firdaus..” Yang mencintaimu; Yom.
MW : Bahagia rasa bila suami hargai dengan ucapan hari lahir yang sweet sebegini.
Kehamilan merupakan momen indah dalam kehidupan seorang wanita bergelar isteri. Begitu juga buat pelakon, Izreen Azminda di mana baru-baru ini dia mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak keempat dengan usia kandungan telah pun memasuki trimester kedua.
Menurut Izreen, 39, kandungan kali ini agak berbeza kerana berasa cepat letih berbanding kehamilan anak-anak sebelum ini.
“Mungkin dalam keadaan berbadan dua dan pada masa sama harus menguruskan anak-anak yang masil kecil serta sedang lasak. Selain itu, semuanya okey sahaja,” kata Izreen memetik perkongsian di laman Instagram miliknya.
Dalam melahirkan keterujaan hamil kali keempat, Izreen sempat menitipkan doa buat wanita yang sedang cuba untuk hamil dan mendapat zuriat untuk keceriaan rumahtangga.
‘Kami doakan buat ampa semua pejuang-pejuang TTC (Trying To Conceive) supaya dikurniakan malaikat-malaikat kecil satu hari nanti, InsyAllah.. Doa itu senjata,” ujarnya.
Disoal tentang jantina, Izreen yang merupakan ibu kepada tiga orang anak lelaki tidak mengharap untuk memiliki cahaya mata perempuan, sebaliknya menyerahkan semuanya kepada rezeki.
“Saya tidak kisah soal jantina anak, asalkan anak sihat sudah memadai buat saya,” kongsi Izreen.
Terdahulu, Izreen membuat pengumuman kehamilan anak keempat menerusi Instagram berserta foto yang memaparkan fizikal sedang hamil bersama tiga anaknya.
Izreen mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pemuzik bebas, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 5, dan Ali Idress, 3.
Sementara itu, menerusi perkahwinan pertamanya dengan pengarah, Muhammad Riza Baharudin, Izreen mempunyai seorang anak lelaki, Adrian Umar, 11.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam keadaan sekarang ini, mungkin ramai yang tidak boleh keluar rumah, hilang pekerjaan sehingga terputus bekalan makanan.. Dengan adanya foodbank untuk tolong sesetengah orang yang memerlukan sekurangnya dapatlah meringankan beban.
Foobank untuk tolong golongan yang putus bekalan makanan kerana mungkin akibat hilang pekerjaan dan tiada pendapatan, sudah tentulah melegakan bagi setengah pihak. Bantuan-bantuan ini sangat diperlukan dalam keadaan sekarang ini.
Semestinya dengan foodbank untuk tolong mereka yang memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas percuma ini sangat-sangat digalakkan. Banyak pihak tertentu terlibat dan bekerjasama bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.
Kebanyakan foodbank untuk tolong mereka yang memerlukan ini, biasanya kita lihat di stesen minyak, surau, masjid, kawasan perumah oleh komuniti penduduk dan sebagainya. Cantik tersusun bahan makan dan terlihat dalam tulisan agar mengambil apa yang kita perlukan.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengambil kesempatan dengan foodbank yang diletakkan di kawasan tertentu. Inilah yang sering kita lihat, ada orang yang mengambil lebih daripada apa yang diperlukan. Sampaikan ada yang ambil tanpa memikirkan orang lain.
Inilah yang dikongsikan dalam Sembang Wanita, di Fb Live Mingguan Wanita dengan tajuk, ‘Kaut Foodbank, Ingat Sikit Orang Belakang’. Dalam memberi bantuan kepada yang mmerlukan, ada orang yang mengambil kesempatan. Lebih teruk lagi ambil apa saja yang diletakkan pada foodbank tersebut.
Sebenarnya, kempen foodbank ini sendiri sudah cukup baik kepada mereka yang ingin memberi bantuan bahan makan dan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan. Namun, ada juga yang tidak sedar sehingga ambil tanpa memikirkan orang lain.
Dalam temubual Hana Ismail bersama Abe Long atau Tuan Mohd Shariman ini turut dipersetujui oleh Abe Long tentang kempen ini cukup cantik untuk memberi sedekah. Tapi, diambil kesempatan oleh orang yang tamak.
Biasanya, bila ada foodbank tentulah, sesiapa yang memerlukan bleh ambil bila-bila masa, tanpa kawalan dan bebas tan sebarang peraturan.
Dek kerana pemikiran yang melebihi daripada akal membuatkan seseorang itu mengambil lebih daripada apa yang diperlukan.
Menarik apa yang dicadangkan oleh Abe Long bila kempen foodbank ini tidak perlu diletakan bahan makanan atau keperluan asas, sebaliknya:
CADANGAN:
Beri kupon pada yang memerlukan dan boleh tuntut di kedai runcit yang telah disenaraikan.
Letakkan sukarelawan dan tempoh tertentu. Cara ini boleh diwar-warkan pada gorup kumpulan komuniti, kawan-kawan dan sebagainya.
Boleh juga tetapkan kepada ambil barang yang diperlukan sahaja. Mungkin 5 jenis makanan yang diperlukan.
Apa yang menarik dalam kupasan ini adalah tentang kesedaran pada jiran-jiran yang memerlukan bantuan. Hidup dalam suasana kejiranan, kita kena cakna untuk ambil tahu jiran tetangga.
Nak tahu lebih lanjut lagi tentang topik ini, bolehlah ikuti kupasan daripada pakar motivasi terkenal, Abe Long atau Tuan Mohd Shariman dari Excite Learning Consultancy dan Hana Ismail dalam Sembang Wanita.
Jangan lupa saksikan Sembang Wanita di FB Live Mingguan Wanita dengan toik yang menarik dan hangat pada setiap hari Jumaat, jam 3 petang.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...