Tak sangka mudah je nak buat kuih tradisional Cek Mek Molek ni. Rasanya lemak manis sesuai sangat mak-mak boleh sediakan untuk hidangan minum petang waktu anak-anak cuti sekolah nanti. Hanya perlukan 4 bahan utama, makan panas-panas memang sedap!
“Cek mek kelate in the house. Simple tapi sedap.Perut bunyi sokmo time hujan, tak tahu nok make gapo buat jerrr kuih hok paling sene ngan mudoh.Sedap make panas-panas dengan gula meleleh tubik”.
Bahan-Bahan:
4 biji Ubi stelo/keledek kuning oren sederhana besar
Secawan tepung gandum
gula pasir
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Rebus ubi keledek sampai empuk letak sedikit garam. Saya guna ubi kuning sebab manis.
2.Lenyek dengan batu lesung sambal mudah kan.
3.Bubuh tepung gandum + 1 sudu kecik baking powder.Tepung agak-agak jer jangan lebih nanti keras waktu sejuk.
Ads
4.Uli sampai tak melekit dekat tangan.
5.Minyak untuk mudahkan time nak menggentel dan sedikit gula bubuh dalam kuih cek mek.
8.Goreng laaa dulu cek mek sampai keperangan dan baru boleh makan.
Ads
Siap! Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Masa nak leperkan doh (kuih) jangan nipis sangat dan agak-agak muat dengan kuantiti gula yang diletak. Gentel perlahan-lahan dan goreng dalam minyak panas macam biasa. Dah kuning agak-agak perang dah boleh angkat.
MW: Mak-mak kena cuba buat sendiri kuih cek mek molek ni di rumah.Sesuai sangat buat musim cuti sekolah nanti, anak-anak ada di rumah perut pun selalu lapar. Nak buat pun mudah je, hanya guna 4 bahan.
Petai. Ramai yang suka dan ramai juga yang mungkin tak suka kerana baunya yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kenapa petai berbau busuk dan kuat ye?
Menurut info yang dimuatkan di dalam lawan web Hello Doktor, petai boleh menyebabkan bau tak menyenangkan kerana kandungan asid amino yang terkandung di dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur.
ULAM KAMPUNG YANG POPULAR
Eii! Tak sukalah…busuk!”
Mungkin kita dah terbiasa mendengar kata-kata begitu. Biasalah, selera orang tak sama. Ada yang suka ada yang memang takkan sentuh langsung. Alasan kerana tak tahan dengan baunya yang kuat dan ‘busuk’. Bila makan, mulut pun boleh berbau, kencing pun bau. Tak selesa. Tapi petua orang lama, makan dengan kulitnya boleh kurangkan sikit baunya. Pernah cuba?
Dahulu ia adalah ulaman kampung dan dimakan oleh orang kampung. Tapi kini, ramai orang bandar yang menggemarinya bahkan kaum lain pun suka. Misalnya sambal bilis petai dan ambal udang petai. Fuh!
TAHU TAK APA KHASIAT PETAI?
Bila bertanya pada penggemarnya, kata mereka, apa saja masakan berasaskan petai mesti sedap. Bahkan, dimakan mentah, direbus, dijeruk atau dibakar untuk dijadikan ulaman pun dah mampu buat kita makan nasi bertambah-tambah.
Apa pula khasiat yang terkandung di dalamnya ye? Petai atau nama saintifiknya parkia speciosa juga terdapat di negara-negara lain seperti Thailand dan Indonesia. Antara khasiat petai dari sudut kesihatan:
Mencegah Anemia Anemia adalah sejenis keadaan yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti berikut:
Lemah dan penat
Pening kepala
Mual-mual
Muntah-muntah
Mudah dijangkiti penyakit
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti ini, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat.
Membantu menstabilkan tekanan darah Untuk pengetahuan anda, buah ini sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam. Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah.
Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
Membantu menyelesaikan masalah kegemukan Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institute of Psychology di Austria, didapati bahawa individu yang stres dengan pekerjaan akan mengambil makanan ringan seperti coklat, keropok dan kerepek lebih banyak.
Menerusi penelitian yang dibuat terhadap 5,000 orang di sebuah hospital, saintis mendapati bahawa orang yang obesiti adalah terdiri daripada golongan pekerja yang banyak menerima tekanan di tempat kerja.
Jadi, adalah dicadangkan supaya individu yang kerap stres makan makanan tinggi karbohidrat seperti petai setiap dua jam sekali untuk membantu menyelesaikan masalah kegemukan.
Membantu meningkatkan kebolehan kognitif Menurut kajian yang dilakukan di sebuah sekolah di UK, pelajar yang makan petai pada waktu sarapan dan makan tengah hari, didapati boleh menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran dengan lebih mudah.
Persoalannya, bagaimanakah buah ini boleh memberi kesan kepada kebolehan kognitif individu? Jawapannya adalah pada kandungan potasium yang sangat tinggi. Antara kebolehan kognitif yang dikatakan boleh ditingkatkan ini adalah kebolehupayaan untuk memahami serta belajar sesuatu yang baharu.
KAITAN DENGAN KEMURUNGAN
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan. rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.
Ini disebabkan oleh kandungannya mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.
AWAS, JANGAN AMBIL BERLEBIHAN!
Buah ini mengandungi kalium yang terlalu tinggi dan mungkin boleh memberi kesan kepada degupan jantung yang luar biasa serta berisiko membuat ia terhenti secara tiba-tiba sahaja!
Kesimpulannya, tiada masalah untuk kita mengambilnya. Cuma, sila lebih berhati-hati dengan kadar pengambilannya bagi menggelakkan kesan negatif kepada tubuh badan anda ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Daging goreng buku besar. Selalu mak-mak akan hris nipis-nipis, letak garam kunyit dan barulah goreng. Makan panas-panas memang sedap. Tak perlu lauk lain pun.
Ada cara lain yang boleh mak-mak hasilkan daging goreng yang lebih berjus dan lagi sedap dengan masak dalam buku besar.
Mungkin ada yang akan mengatakan daging goreng buku besar akan buat daging tak masak di bahagian dalam. Tapi sebenarnya, ia akan lebih berjus dan rasa lebih sedap.
Perkongsian daripada Afy AL Habibi, resipi tradisi arwah mak mentuanya, daging goreng buku besar memang sedap dan lain dari yang lain.
“Cara goreng daging ini adalah tradii arwah ibu mentua. Rasa dagingnya berbeza dengan goreng biasa sebab ia garing di luar, lembap berjus di dalam.
“Sangat menyelerakan makan dengan nasi pans-panas. Daging tak payah perap beria. Hanya dilumur garam, kunyit dan serbuk perasa sahaja.
Masa menggoreng, memadai dengan memasang api kecil untuk mengelakkan daging masak terkejut. Regu dengan daging ini makan nasi kering sudah cukup sempurna.
Sesetengah orang sangat susah nak turunkan berat badan. Tapi kalau bab berat badan naik cepat pula. Kadang-kadang, makan sikit pun dah nak berkilo, sampaikan siap kawan-kawan perli diet ke laut sebab hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’, bila tengok makanan sedap, terus lupa nak diet.
Rasanya, kalau yang nak diet tak perlulah rasa hati bila ada kawan kata diet ke laut. Hanya kita yang tahu keadaan diri. Makan banyak atau sedikit tidak menjadi permasalahan, Cuma kenalah kawal kalau betul-betul nak turunkan berat badan.
Jangan cepat putus semangat, nak kurus memang ada cabarannya. Orang cakap kena istiqamah. Jangan sekerat jalan lepas tu menyerah dan mulalah tidak kisah makan apa saja. Kalau berat badan naik dengan banyak menyesal pula.
Bagi yang nak kurus, masih belum terlambat kalau ada kita rasakan diet ke laut sebab amakan berlebih-lebihan. Perkongsian daripada Ustaz Fitnes, Arif Sukri boleh jadikan panduan untuk anda.
Kawan-kawan. Diet kita belum sepenuhnya ke laut jika,
1. Dalam satu hari ada 1 waktu sahaja kita makan terlebih daripada keperluan.
2. Minum 1 cawan teh tarik sehari sekali sahaja. Selebihnya, banyak minum air kosong.
3. “Terambil” nasi lebih masa tengah hari pun belum boleh hukum sepenuhnya ke laut.
4. Teringin nak makan kek, lalu anda nikmati sepotong kecil bukan juga maksud diet dah ke laut.
5. Nasi Briyani Kambing ada orang belanja makan pun bukan maksud dah ke laut.
6. Nikmati Aiskrim McD di Drive Thru 3 hari sekali, belum juga ke laut.
7. Sehari tak bersenam tapi 2-3 hari lepas dah sempat buat senaman atau gantian aktiviti lain, itu pun belum tentu diet ke laut.
Kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu cepat menghukum yang diet kita sedang ke laut, tak jadi dan gagal.
Hidup ini ada naik turunnya. Mungkin pagi kita dah terlebih makan, tengah hari kita boleh baiki semula.
Boleh jadi juga waktu pagi dan tengahari diet kita dah baik. Tapi malam tu ada sikit kekangan lalu kita makan lebih sikit dari perancangan. Itu pun tetap belum kelaut.
Selagi keperluan kita tidak melebihi dan masih ada ruang untuk diperbaiki, diet itu masih boleh terus dibuat. Tanpa anggap kita dah ke laut dalam progres.
Begitulah. Paling penting selagi kita sedar kita dah jauh dari perancangan dan cepat-cepat move on. Itu adalah pilihan yang baik.
MW: Betul tu, tak perlu rasa susah hati pun kalau terlebih makan, masih boleh diteruskan Kalau terlbih makan waktu tengah hari, malam kenalah beringat sikit.