Free Hair, Bertudung Fesyen Akhirnya Berniqab, Penghijrahan Neelofa Bukan Berlaku Satu Malam

Share

Sehingga ke hari ini, masih ada yang memperkatakan tentang penghijrahan pengacara terkenal, Neelofa. Terbuka hati untuk mengenakan niqab ketika kemuncak kariernya.

Sebagaimana yang dicoretkan oleh penulis ini, Bonda Nor penghijrahan yang berlaku terhadap Neelofa ini bukanlah berlaku secara drastik. Sebaliknya disandarkan pada ilmu yang diperoleh, dicari sejak sekian lama.

Ini Proses Penghijarahan Neelofa

Semalam, terpandang kisah video Neelofa yang dibuat oleh peminatnya. Timbul curiosity di hati saya, lalu saya tekan play dan jadi ralit pula.

Video tentang perkenalannya dengan P.U Riz. Khabarnya mereka bakal disatukan. Kalau betul, kita tumpang gembira dan doakan yang baik-baik saja.

Saya bukan nak sentuh pasal tu sebab saya memang kurang ambil tahu dan tak minat bergosip tentang artis semua ni.

Cuma lepas tonton video tersebut, baru saya perasan satu perkara.
Tentang proses penghijrahannya.

Penghijrahan Ini Tak Berlaku Dalam Satu Malam

Sungguh, penghijrahan Neelofa daripada free hair kepada bertudung fesyen hingga akhirnya berniqab
tidak berlaku dalam satu malam.
Neelofa banyak sertai program-program keagamaan. Usrah, kelas mengaji….
Ya, beliau antara artis yang rajin mendekati kelompok agamawan. Instead of live dengan artis lain, beliau lebih memilih untuk live bersama asatizah terkenal seperti Ustaz Dusuki dan Ustazah
Asma Harun

Bahkan, beliau juga suka baca buku-buku agama dan motivasi.
Oh, saya sendiri selalu kena tag di Instagram untuk #WhatLofaReads iaitu satu page yang memaparkan buku-buku yang ada di #PerpustakaanNeelofa .
Ya, dari dulu saya terharu bila tahu Neelofa beli dan baca buku-buku Bonda Nor.

Bangkit, Be Cool, Be Strong, Pujuklah Hati… ada di rak buku kesayangannya! Allahu Akbar.
Beauty with brain!

Baca sini : Besar manfaatnya, patutlah terjaga sebelum subuh, Neelofa amalkan baca saiyyidul istighfar.

Tak Tergamak Menuduh Berniqab Untuk Lariskan Jualan

Bila kita tengok balik perjalanan hijrah beliau yang cukup panjang ini, kita takkan tergamak menuduhnya berniqab untuk melariskan jualan atau kerana sesuatu kepentingan. Sebak bila saya baca tuduhan-tuduhan penuh prasangka seperti itu. Subhanallah.

Panjang proses dan banyak usahanya untuk meraih hidayah Allah. Jatuh bangun Neelofa dalam mujahadah, hanya Allah sajalah yang tahu sakit peritnya.

Teruji dengan cantik, kaya dan popular tapi ternyata satu-satunya aset paling penting Neelofa ialah kebijaksanaannya.
Orang bijak tetap mencari agama!
Walaupun sesekali tersesat, dia akan usahakan juga untuk kembali mencari pencipta! Subhanallah.

Apa yang kita boleh pelajari?
Nak dapat hidayah, kena terlebih dahulu mendekati cabang-cabang agama Allah. Dekati asatizah, hadiri majlis-majlis ilmu dan kena rajin baca buku!

Sungguhlah. Hidayah itu ibarat cahaya. Ia tidak akan masuk ke dalam rumah yang tidak dibuka jendelanya.

Doakan semoga Neelofa terus istiqamah dan semoga kita juga punya semangat mujahadah sepertinya!

MW : Sungguh! penghijrahan Neelofa itu, juga memberi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

Baca sini : Ibu beri bayangan, Neelofa sudah dirisik PU Riz

Baca sini : Ibu rasai perasaan luar biasa, ketika 9 bulan hamilkan Neelofa

Sumber/Foto : Bonda Nor

Published by
NETTY AH HIYER