Anak sulung penyanyi Nourul Depp ini bukan biasa-biasa. Kata ibunya, selain punyai personaliti yang baik, anak perempuannya, Ayu telah buat mereka sekeluarga bangga dengan pencapaian akademik, empat kali terima Anugerah Dekan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Ayu atau nama sebenarnya, Ayu Nazirah sedang mengambil jurusan Zoologist di universiti tersebut. Ayu merupakan anak sulung daripada perkahwinan terdahulu Nourul dengan komposer, Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal bin Maas.
Terima kasih puan @zalikhazulhaimi yang hantaq gambaq ni Kenangan sungguh! .
Anak kecik ni dah besaq dah. Tak pernah berenti buat kami bangga denagn dia. Lahirkan dia ke dunia ni pun dah buatkan kami bangga. .
Anak yang sangat baik. Tak pernah menyusahkan atau menyakitkan kami. .
Ads
Kali ke empat dapat anugerah dekan dari #unimas. MasyaAllah tabarakallah. Terima kasih di atas nikmat ini. Tahniah @ayu_ace .
Mama love you.”
.
Nourul Kongsi Kisah Kelahiran Anak Sulungnya, Ayu
Kisah ini Nourul kongsikan sewaktu kelahiran Ayu tahun lalu. Waktu itu, umurnya masuk 21 tahun.
“21 tahun lepas, masa ni tengah dok menunggu. Dari semalam 9/9/98 .
Tak sakit sakit walaupun tanda dah ada. Masa tu pesan kat doktor takmau c-sec sebab takut susah nak jaga, sebab takut; dan sebab berat badan yang berleluasa kembangnya. Kami naik 25kg na mengandung kat anak dara ni. Sebab makan tak jaga. Makan selagi boleh. Sambil lena pun boleh makan tau! Hahahaha .
Ads
Satu lagi sebab, adalah kerana wang ringgit . Masa tu senang saja tapi tidaklah benar benar mampu. Sama sama tengah bina nama masa tu.
Dari pagi 9/9/98 sehingga 11/9/98 menunggu. Akhirnya doktor buat keputusan induced dan @ayu_ace Lahir tanggal 11/9/98 jam 1:56pm .
My bff lahir setelah 6-7 jam berhempas pulas sakit. Induce lagi sakit oi! Kami tak mintak epidural sebab takut lumpuh. Hahhaa boleh gitu?! Alasan macam2 masa tu. Sebenaqnya kerana tak cukup duit ja. Lagi satu nak rasa sakit normal sebab nak rasa macam mana mak kami beranak 15 orang anak dia! Satu pun takdak c-sec dan juga epidural! Terer dak ahli syurga tu?.”
Selalu Panggil Dia ‘Smart Girl Mama’
@ayu_ace Masa ayu setahun, mama kira umur mama 42 , ayu 21. Itu 20 tahun dulu. Sekarang hari tu adalah esok. Cepat nya masa berlalu, wahai anak udang merah ku! (Masa dia lahir, dia merah!).
Ads
A girl that always make me proud sebab selalu panggil dia “smart girl mama” – she is. .
Anak yang sangat baik. Dan tahu apa yang dia mahukan. Jangan sakitkan hati dia bila dia dah cukup sabar, dia akan jadi mak dia!.
A new life has just begun for you. Explore, experience, exploit and appreciate every moment kerana hidup ini adalah universiti yang sebenar benarnya untuk menjadi manusia yang bagaimana. .
Pedulikan apa kata orang walaupun keluarga sendiri sebab depa takkan paham apa kita nak atau apa kita nak buat. Buat apa yang baik dan buat apa yang sepatutnya. You are in your shoes. Bukan orang lain. Bukan mama. .
Be the girl that rule the world. i know you will because you are as strong as the strongest head of your dad and MOI!.”
MW :Tahniah Ayu.. semoga terus sukses mencapai cita-cita.
Ummi Sedih Anak Sulung Patah Tangan. Golongan ibu semestinya paling sedih dan penuh beremosi apabila mengetahui anak kesayangan ditimpa malang.
Begitulah perasaan pelakon Ummi Nazeera apabila mengetahui anak sulungnya patah tangan. Emosi seorang ibu tidak boleh dibendung nasib baiklah ada seorang suami disisi yang begitu tenang.
Ummi Sedih Anak Sulung Patah Tangan
Anak sulung Ummi, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari telah selamat menjalani pembedahan. Begitulah seperti mana yang dikongsi oleh ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah. Ayra’s operation went well. I dont know what i would do without you. @izzar Thank you for being so calm. That makes me calm.
“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang kadang ibu emosi, sedih sangat tgk anak sakit,” luah Ummi.
Semoga Izzar Jadi Suami Yang Baik
Ummi juga turut mendoakan suaminya Izzar terus menjadi ayah yang baik buat anak-anak mereka.
“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yg baik dan hadir dalam hidup anak anak kita.
“Kita doakan ya,” luah Ummi
Ummi juga turut memberitahu keadaan Ayra semakin baik namun perlukan penjagaan rapi dalam tempoh enam minggu.
“To those asking, Ayra is feeling better but she has to be careful for the next 4-6 weeks to ensure her elbow is fully healed. No school.
“Thanks also to doc Suresh and everyone at Sunway Medical centre for taking good care of Ayra. ❤️
“Boleh suggest pada saya aktiviti apa yg boleh saya buat untuk anak saya umur 4 1/2 tahun yg patah tangan?
“Doakan Ayra pls.. Thank you,” kongsi Ummi.
“Semoga Allah SWT permudahkan Segala urusan Ayra” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Ayra segera sembuh.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini, Nor Hafsah berkongsi kisah anak perempuannya yang bernama Humairah Aisyah. Walau masih berusia 3 tahun anaknya amat memahami keadaan dirinya yang OKU fizikal.
Dalam perkongsian video TikTok nya yang viral tak lama dulu, Humairah tetap menunggu ibunya yang tertinggal di belakang. Biar pun jauh dia berlari, Humairah tetap akan berhenti dan tunggu ibunya sampai kepadanya.
Begitulah aksi manis si kecil ini yang cukup ‘sweet’.
OKU Fizikal Tak Diberi Peluang Bekerja
Kongsi ibunya di video berkenaan,” Ummi tak boleh jalan laju nak, Humairah tetap akan tunggu ummi.” Anak yang sangat memahami keadaan ummi.
Jelas ibunya dengan MW, dia mengalami masalah pergerakan. Terutama pada bahagian kaki dan tangan kanannya yang lambat bergerak.
Biar pun berdepan ujian kekurangan fizikal sebegitu, Nor Hafsah tak menjadikannya sebagai halangan untuk mencari rezeki. Malah, beliau berniaga muruku cheese untuk menampung keperluan hidup.
“Saya tak diberi peluang bekerja walaupun dah mohon di banyak tempat kilang dan kedai. Ada jawatan kosong tapi mereka kata tiada jawatan untuk saya.
“Jadi dari situ saya nekad berniaga sendiri tanpa bekerja dengan orang lain. Sebab saya orang OKU, orang tak perlukan saya. Saya niat dengan bisnes ini saya nak buka peluang kerja untuk orang lain.” Demikian tegas ibu muda ini.
Terbaru menerusi perkongsiannya lagi, setelah lebih dua tahun mengusahakan maruku cheese beliau menerima bantuan mixer.
“Alhamdulillah hasil kesabaran selama ni Allah sangat baik gantikan kemanisan. Syukur setelah 2 tahun lebih mengusahakan Muruku Cheese dengan sepenuh tenaga untuk mengguli manual dan menggoreng (Naik sado weyy tangan kiri ni). Bukan mudah ya dengan Hafsah macam ni yang hanya bergantung pada tangan kiri sahaja untuk melakukan segala kerja.
Allah hadirkan insan-insan yang berhati mulia bantu Hafsah, Hafsah telah diterima untuk menerima bantuan Mixer. Alhamdulillah sangat bersyukur dan happy sebab lama sangat menunggu bantuan ni sampai, sebab ada masa order masuk banyak sampai tangan tak terlarat nak menguli. Nasib En Hubby sentiasa ada dan support dengan tenaga nya. Banyak sangat membantu.
Alhamdulillah hari ni perasmian menggunakan sepenuhnya mengguli guna mesin ni. 1st time tau guna mixer.
Dapat membantu sangat meringankan kerja Hafsah nak menguli dan lebih cepat. Moga dengan adanya mixer ni Hafsah boleh hasilkan yang lebih baik dan terus maju berjaya. Aamiin
Terima kasih atas doa dan sokongan sahabat-sahabat semua. Terima kasih juga YPKDT yang pilih Hafsah untuk terima bantuan ini. Moga Allah saja membalas jasa baik kalian semua.”
Mingguan Wanita : Kagum dengan semangat juang ibu ini. Walau OKU fizikal tetap cekal dan berani menyahut cabaran untuk mencapai impiannya.
Sungguh malang tidak berbau.Kententuan ajal dan maut di tangan tuhan. Siapa sangka tempoh berpantang menjadi memori pahit buat wanita ini apabila terpaksa redha dan menerima takdir tertulis kehilangan anak keduanya akibat lemas mandi di sungai.
Ibu kepada kanak-kanak lemas, Nor Fariza Mat Rudin, 30 mengakui masih terkejut dengan tragedi yang menimpa anak lelakinya, Mohd Naufal Mohd Azrul yang berusia 8 tahun.
Berpantang 12 Hari
Nor Fariza berkata, dia sedang berpantang 12 hari selepas melahirkan anak kembar lelaki dan berada di hospital kerana kedua-dua bayinya itu mengalami demam kuning.
“Kali terakhir saya berjumpa Mohd Naufal empat hari lalu kerana berada di hospital.
“Anak saya seorang yang manja dan sangat rapat dengan bapa saudaranya,” katanya.
Menurut Nor Fariza, dia terus bergegas keluar dari hospital sebaik mengetahui insiden yang menimpa anak kedua daripada empat beradik itu.
Mandi Sungai Dengan Bapa Saudara
Mohd Naufal ditemui lemas ketika mandi bersama bapa saudaranya, Mohd Hakim Faqih Nor Azmi,16, di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang Sanggang, pada petang Ahad. Namun sehingga kini, Mohd Hakim masih belum ditemui dan usaha menyelamat masih diteruskan.
Sementara itu, datuk kepada mangsa, Nor Azmi Ibrahim, 55, memberitahu cucunya itu bersungguh-sungguh mahu mandi sungai.
“Cucu saya bersungguh-sungguh mengajak bapa saudaranya untuk mandi di sungai itu semalam,” katanya yang berharap agar anaknya, Mohd Hakim juga segera ditemui.
Nor Azmi memberitahu, anak bongsu daripada lima beradik itu sebenarnya sudah bersedia untuk latihan bola sepak bersama rakan-rakannya pada hari kejadian.Menurut Nor Azmi, anaknya yang mesra dengan panggilan Adik memberitahunya untuk keluar menemani anak saudara, Mohammad Naufal dan rakan lain ke sungai tersebut.
“Semalam dia bersungguh-sungguh mengajak kami makan beramai-ramai,” katanya.
Ujar Nor Azmi lagi, anaknya seorang yang baik, ceria, suka tersenyum dan rapat dengan anak-anak saudara termasuk Mohd Naufal.
“Saya bersyukur kerana mayat cucu telah ditemui dan berharap anak juga dapat ditemukan segera. Saya reda dengan ujian ALLAH kepada kami sekeluarga,” katanya lagi Mohd Hakim seorang yang aktif bersukan.