Nourul Wahab Pernah Jatuh 2 Kali, Waktu Hamilkan Isabella Depp

Baby Isabella Depp anugerah terindah pasangan suami isteri, Nourul Wahab Depp dan Eric Depp. Bayi perempuan ini selamat dilahirkan pada 30 April lalu jam 11.12 malam secara pembedahan.

Ketika dilahirkan berat Isabella 3.02kg. Terbaru, Nourul berkongsi video momen Isabella di instagramnya. Dalam pada itu, Nourul turut memaklumkan kisah di sebalik kejadian puteri bongsunya itu.

Yang mana, bermacam dugaan perlu ibu ini tempuh sebelum bayinya selamat dilahirkan ke dunia.

 

Study Kalendar Cina Untuk Dapatkan Anak Perempuan, Isabella Depp

Maha suci tuhan yang pemurah. Alhamdulillah bila difikirkan semula yang hari ni (7 May 2019) Isabella Depp dah dilahirkan dengan selamatnya.”

Kami plan tahun lepas selepas @yestowellness pujuk bukan main bulan Mei 2018 di Singapura sewaktu kami hadiri #extravaganza2018 yang dianjurkan #herbalifenutrition.”

Plan awai-awai sebab nak girl. Ramai yang kata guna #chinesecalendar . Study lah kami pun.”

 

 

IKLAN

 

Nourul Dikesan Ada Sel Abnormal Pada Servik

Dalam pada tu, selepas pap smear tahun lepas, gynae kami bagitahu kami ada abnormal cell di cervix. Allah. Luruh dada. Kena pulak result tu keluaq masa kami dah 5 minggu pregnant!”

Sebenaq nya dengan tidak sengaja. Ingatkan selepas 3 bulan mencuba, dah tak jadi. Sekali dua berita mai sekali. Pregnant dan ada abnormal cell. Bukan cancer ya.”

Selalunya doctor kata takde sebab hanya kurang bernasib baik. Kami pulak ada history dalam keluarga yang tumbuh-tumbuh dan cancer ni. So sentap sat and terduduk sat. Takut lah jugak kan.

Kami terpaksa buat biopsy untuk ambil sel tu. Punya lah takut tergugur.

Gynae yang sangat hebat, Datuk Dr Aziz Yahaya. Dan dengan izin Allah, selepas biopsy, kami rehat sungguh-sungguh. Alhamdulillah takdak apa yang berlaku. Syukur sangat-sangat.

IKLAN

 

Nourul Wahab Pernah Jatuh 2 Kali, Waktu Hamilkan Isabella Depp

Waktu Hamil Nourul Dua Kali Jatuh..

Apabila disahkan kandungan selamat, Nourul fokus pada rutin kerja dan aktiviti diva kurus nya.

Kami dok buat busy ja. Fokus kerja and #divakurus kami. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat, Isabella Depp sihat dan tiada apa apa masalah. Syukur dengan nikmat Allah SWT.”

Nampak kami happy dan ceria, sepanjang pregnant sebenaqnya takut sangat. Lepas tu, 2 kali jatuh pulak tu!

Sekali masa perut 5 bulan di France dan sekali di rumah masa 35 minggu. Dan sekali lagi satu trauma pada kami. Sekali lagi Allah bantu. Kalau itu yang dimahukan Allah, tiada yang dapat menghalang. Hanya Dia yang besar dan berkuasa.”

IKLAN

Inilah cerita di sebalik Isabella Depp

Sat ni kami share gambaq dia na. Terima kasih di atas segala doa yang dihantarkan kepada kami.

Slide show : Baby Isabella Depp

Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 41, berkahwin dengan Eric, 54, pada 6 Jun 2012. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, serta Raphael Depp, 4.

Manakala perkahwinan terdahulu Nourul bersama komposer dan penyanyi Ajai, dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 21 tahun.

MW : Tahniah Nourul Wahab di atas kelahiran bayi perempuan, Isabella Depp yang comel ini. Semoga membesar menjadi anak yang membahagiakan ibu dan ayah.

Sumber/Foto : Nourul

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI