Sebelum mengakhiri Mingguan Wanita Talkshow hari ini, pengacara dan pelako, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkongsi hasrat hati, mohon para penonton rancangan bual bicara kewanitaan ini mendoakan dirinya agar memperolehi zuriat.
“Tolong doakan saya sekurang-kurangnya mendapat satu zuriat,” luah Siti Elizad, 36 sebak dengan air mata yang tertahan. Maklumnya lagi, esok dia akan menjalani prosedur rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF), iaitu yang memberi peluang pada suami dan isteri memperoleh cahayamata.
Sebelum ini, Siti Elizad pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri.
Ads
“Saya pernah buat pembedahan sista dua kali. Pernah juga menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri dan sekarang ada sebelah saja.”
“Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.”
Akuinya, sambil memaklumkan akan melakukan rawatan IVF dalam tahun ini juga.
Dapat Seorang Pun Satu Rahmat – Siti Elizad
Maklum Siti Elizad lagi, sista yang ada dalam badannya jenis yang aktif. “Sebelum doktor buang lagi sebelah, saya berharap Allah bagi saya seorang cahaya mata.”
Ads
“Dapat seorang pun ia satu rahmat buat saya.” luahnya pula dalam program Curhat yang ditayangkan di saluran Astro Prima tak lama dulu.
Siti Elizad tidak pernah berputus asa untuk mencuba memperoleh cahayamata selepas lima tahun berkahwin dengan suami, Shamsul Baharin Rahman.
Dirinya, seakan sudah lall dengan persoalan anak. “Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan netizen cakap saya tak berdia dan beria dalam soal ini, saya sedih.”
“Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky.’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.”
Ads
.
Apabila orang sering bertanya akan persoalan anak, dia sendiri tiada jawapan. Kerana dia bukannya tuhan untuk menentukan segalanya. Cuma harapannya, tuhan memberikan dia anak, sekurang-kurangnya seorang cahaya mata.
“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf.”
Siti Elizad juga memaklumkan yang hari ini merupakan hari terakhir untuknya mengacarakan rancangan bual bicaran Mingguan Wanita Talkshow untuk musim ini. Dan tempatnya akan digantikan dengan hos yang lain.
MW : Semoga Siti Elizad dikurniakan cahayamata yang begitu dirindukan selama ini.
Rumah tinggalan Abam dipenuhi semak, macam hutan. Dayah tunggu 1 jam tapi tak diberi masuk. Hari ini Jumaat 10 Februari 2023, genap tiga tahun pemergian arwah Abam Bocey.
Seperti diketahui, Mahkamah Seksyen pada penghujung Disember lalu memutuskan Ali Puteh membayar membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu namun sesuatu yang mengejutkan sehingga ke hari ini, bayaran itu tidak dilunasi langsung.
Rumah Tinggalan Abam Dipenuhi Semak, Macam Hutan
Hal ini didedahkan oleh Hidayah di akaun Tik Toknya @hidayah_hamzah dan dikongsikan sama di akaun instagramnya sekitar dua jam tadi.
Bukan saja isu kegagalan Ali Puteh melanggar perintah mahkamah itu tetapi dalam video dikongsikan Hidayah memperlihatkan dirinya terpaksa menunggu lebih sejam bersama peguamnya dalam cubaan untuk masuk ke rumahnya sendiri iaitu rumah milik suaminya tetapi walau ada kenderaan di luar, namun tiada siapa membuka pintu memberinya masuk.
Dayah Tunggu 1 Jam Tapi Tak Diberi Masuk
Bukan saja rumah sudah dipenuhi semak bahkan suasana sekitarnya juga sudah seperti di dalam hutan, tidak terjaga dengan sempurna. Walau berusaha menekan loceng untuk masuk ke rumahnya sendiri kerana rumah tetapi pintu langsung tidak dibuka.
Hari ini 10/02/2023. Genab 3 Tahun arwah tinggalkan kami. Abang sayang datang rumah kita tapiii korang nilaikan sendiri. PIHAK DISANA tolong buat BAYARAN 60K. Peguam DAYAH 2 kali hantar surat 21 hari tapi pihak sana hanya berdiam diri dan permain-permainkan perintah mahkamah.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai mak ayah yang anaknya alahan laktosa dan susu lembu, beralih memilih susu kambing. Sayangnya, berapa ramai mak ayah yang benar-benar ‘lulus’ dengan ilmu susu kambing ini?
Mak ayah faham susu kambing itu sunnah. Apabila susu kambing di pakej kan, ia tak lagi segar dan ada macam-macam penambah baikan mengikut keperluan penggunanya.
Ini penjelasan terperinci berkenaan pemberian susu kambing kepada anak daripada Dato Dr Suriyakhatun Osman. Sebelum mak ayah tahu apakah 11 jenis susu kambing yang tak boleh diberikan pada anak, kena kaji dan fahamkan dulu tentang susu kambing ini.
“Ramai juga yang memilih susu kambing sebab ia makanan sunnahkan?”
“Ada pula doktor yang katakan susu kambing jangan sekali-kali beri kepada anak sebab kurang berkhasiat dan akan dapat anemia. Betul ke?
“Ada yang berikan susu kambing sebab anak alah pada susu lembu. Boleh ke begitu? Jom kita kaji dan faham betul-betul tentang susu kambing ya.”
Faham Betul-betul 5 Sebab Mak Ayah Pilih Susu Kambing
Ada lima sebab untuk pilih susu kambing
1. Lebih mirip susu manusia.
2. Sudah semula jadi homeogenis.
3. Laktosa kurang dari susu lembu maka jarang ada laktose intolerance.
4. Lebih senang hadam.
5. Kurang Alpha Casein dan lebih Beta Casein maka kurang bahan yang menyebabkan alergik.
Persoalannya : Susu kambing memang kurang kalsium dari susu lembu dan ia juga kurang asid folic tetapi adakah ini bererti orang yang ambil susu kambing akan dapat enemia dan tulang senang reput?
Jawapan : Tidak begitu . Ada kajian yang menunjukkan lima perkara ini
1. Susu kambing tingkatkan kadar zat besi dalam tikus yang anemic.
2. Susu kambing lebih tinggi medium chain TG dan ini menyebabkan zat besi lagi mudah diserap.
3. Susu kambing lebih tinggi vitamin A dan Vitamin C dan kedua ini membantu penyerapan zat besi.
4. Susu kambing tambahkan penyerapan kalsium serta fosforus dan ini mengurangkan kemungkinan kalsium ganggu penyerapan zat besi.
Persoalannya : Adakah kurangnya kalsium dalam susu kambing menyebabkan tulang kurang kuat?
Jawapan : Tidak juga sebab kajian menunjukkan pengambilan susu kambing boleh hindarkan osteoporosis.
11 Jenis Susu Kambing Ini Tak Boleh Beri Pada Anak Bawah Setahun, Kecuali No. 11
Ada beberapa jenis susu kambing dalam pasaran. “Kesemua susu di bawah kecuali no.11 tidak boleh diberikan pada anak bawah setahun.”
1. Freeze dried organic pure goats milk dan susu kambing segar. Yang segar pastikan sudah di didihkan 15 saat.
2. Freeze dried organic ditambah probiotik dan lemak wajib.
3. Susu kambing dengan maltodextrin dan pengemulsi seperti soya lecithin.
4. Susu kambing dengan krimer.
5. Susu kambing dengan minyak sayur? Sama dengan krimer? Sebab minyak sayur yang ditepukan sama dengan krimer.
6. Susu kambing dengan gula dengan berbagai nama dan ada yang sembunyi sebagai ekstrak buah dan madu. Madu dari mana? Apa mutunya?
7. Susu kambing berperisa coklat atau lain-lain sama ada perisa asli atau tiruan.
8. Susu kambing ditambah prebiotik.
9. Susu kambing dengan pengemulsi atau maltodextrin.
10. Kombinasi bahan 4-9.
11. Susu formula kambing untuk anak bawah umur setahun.
Susu yang lebih manis dari susu asli tak kira disebabkan gula atau ekstrak buah atau madu lebih elok jangan diberikan kepada anak lebih setahun yang masih banyak menyusu.
Jika diberikan, ini akan kekalkan tabiat suka manis dan kalori lebih dari gula walaupun gula buah akan kurangkan selera makan pada makanan pepejal. Ia boleh diberikan kepada anak yang sudah tidak kuat menyusu sekali sehari jika nak juga beri.
Susu kambing yang ditambah krimer pula: Banyak mana krimer? Krimer dari lemak sayur atau palm olein? Jika dari lemak sayur selain palm olein, akan ada transfat maka tidak sesuai untuk konsumsi. Di US ada tindakan sekarang untuk ban produk yang ada transfat sebab kajian telah menunjukkan ia bahaya pada kesihatan.
Susu yang diletak perasa tiruan, contohnya vanilin. Vanilin atau perasa vanilla adalah perasa sintetik yang dibuat antara lain dari guaiacol ia itu bahan petrochemical. Ia boleh menyebabkan alahan dan dalam kuantiti banyak boleh ganggu hati sebab ia adalah kimia.
Banyak jenis kuih, biskut, kek, ice cream, minuman serbuk guna vanilin. Susu kambing pun ada diletak vanilin. Vanilla asli adalah jauh lebih mahal dari perasa sintetik ini.
Jangan tanya nama susu mana ada bahan apa. Saya membuat tanggapan pembaca sudah matang dan sebagai penguna tahu memilih produk yang baik untuk diri dan keluarga.
Belajar baca label dan belajar untuk berhubung dengan penjual/pengeluar untuk mengetahui lebih tentang produk. Bila pembeli tidak peka tentang produk, pengeluar bebas membuat bermacam dakwaan tentang produk mereka.
Berkenaan dengan susu kambing formula ie untuk anak bawah setahun. Susu kambing penuh krim dengan bancuhan yang tepat ada terlalu banyak zat galian untuk anak bawah setahun.
Jika dicairkan pula akan tidak cukup lemak dan karbohidrat. Maka, formula adalah rumusan khas untuk anak supaya kandungan nutrisi sedekat mungking kepada keperluan anak .
Malangnya sekian lama, bahan yang ditambah pada formula adalah gula yang rendah mutunya, minyak sayur dari beberapa sumber kebanyakkan dari minyak ini perlukan proses kimia untuk ekstrak minyak dan minyak soya, minyak jagung serta minyak Canola adalah GMO.
Sejak kisah kanak-kanak 12 tahun, adik Mohd Firdaus Abdullah menjadi viral ramai yang menghulurkan perasaan simpati dan mahu membantunya.
Terdahulu, anak ini dikatakan tinggal sendirian sejak dua minggu yang lalu dalam rumah yang boleh diibaratkan seperti tinggalan longgokan sampah.
Kuasa viral memudahkan urusan membantu anak ini berjalan dengan lancar. Itu yang dimaklumkan sendiri oleh Amiruddin Mohd Daud, 58 atau lebih mesra dengan panggilan, Tok Anjang.
Tok Anjanglah, orang pertama yang dihubungi adik Firdaus untuknya meminta bantuan di atas kesusahan hidupnya. Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh ini akhirnya membawa kes anak ini ke perhatian pihak kebajikan masyarakat negeri Perak.
Dan semalam, Tok Anjang memaklumkan adik Firdaus akan ditempatkan di rumah anak yatim Darul Salam, Kg Melayu. “Tok kenal baik dengan mudir dan staff itu. Tempat yang selesa dan bagus. Sekolah dekat.”
Luahnya di facebook sambil mengucapkan terima kasih kepada yang membantunya.
Ramai Yang Sudi Bantu Adik Firdaus
Tambahnya, dalam masa yang singkat ramai yang menyatakan kesudian untuk membantu. Terdahulu, adik Firdaus mendapat sokongan bantuan dari ARR Bundle, bundle Bus Stop Shah, Hisyam kk yang menaja baju jubah dan sebagainya.
Selain itu, adik Firdaus juga mendapat tajaan bantuan daripada Bro Wahab BigBro, Lias dan isteri, Lucan.
“Gunting rambut ada yang bayarkan. Beli air bungkus dan goreng pisang dibagi free. Moga Firdaus menjadi orang yang berguna.”
“Terima kasih kepada ramai orang yang berkongsi cerita dan rasa, juga airmata. Banyak hati-hati yang hebat offer untuk bela adik kita ni.”
“Moga Allah pelihara hati-hati kita untuk sentiasa berbaik sangka dan berbakti kepada orang lain.”
Tok Anjang juga memaklumkan yang adik Mohd Firdaus Bin Abdullah ini secara rasminya sudah menjadi anak angkat IPOH BIGBRO.
“Jadi, jangan macam-macam. Hari ini kamu jaga kamu Firdaus, besok kamu tengok-tengokkan anak dan cucu kami.”
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...