Selepas lapan tenaga kerja produksi termasuk pelakon drama Demi disahkan positif Covid-19, pelakon Ashraf Muslim akui yang dirinya juga positif Covid-19. Penghujung bulan lalu, Ashraf turut terlibat menjalani pengambaran drama bersiri itu di Inverness, Scotland.
Beliau turut memaklumkan dirinya disahkan positif pada 12 April lalu.
“Tanggal 12 April 2020 menjadi jawapan bagi AM tentang keputusan sampel Covid-19. Ya, saya dijangkiti virus Covid-19.”
“Sewaktu itu, walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dengan pilihan Allah.. ada hikmah di sebaliknya.”
Debaran hati tak dapat ditahan-tahan bila mana, dia mula dibawa ke dalam ambulans untuk ke hospital. Bagaimanapun, Ashraf tidak memaklumkan lokasi hospital berkenaan.
“Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulance. Itu yang sampai berpeluh-peluh tu.”
Maafkan Saya Ahli Keluarga Ku – Ashraf Muslim
Ashraf juga meminta maaf kepada ahli keluarganya dan sahabat handai dan memohon agar mendoakan dirinya dan pesakit-pesakit Covid-19 yang sedang diuji ketika ini.
“Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit-pesakit di sini dan juga kita semua. Semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua.”
“Di sini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yang cuba menghubungi saya sebelum ini. Iyalah.. harap faham dengan situasi saya sekarang ini.”
“Tak lupa juga pada frontliners, doktor-doktor, MA, nurse-nurse dan mereka yang terlibat. Terima kasih u all are our hero.”
Baca sini : Satu-satunya anak tunggal, Puteri Rayyana Rayqa dan ibu positif Covid-19
Ayah Rindu Sangat..
Sepanjang terpisah dari keluarga, Ashraf menitipkan rasa rindunya untuk kedua isteri dan anak-anaknya.
“And to mama, ibu, Sarah, Adam, Anad dan Safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dari Covid ni cepat ya. Supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.”
“Ayah rindu sangat.. tapi jangan risau ya, ayah ok kat sini. Sihat dan boleh solat dan baca Quran macam biasa. Sama-sama kita berprasangka baik pada Allah. Hanya DIA yang berikan penyakit dan dari DIA jua yang memberi kita kesembuhan.. Allahualam.”
Kru produksi drama Demi ini berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, iaitu sebelum kes penularan Covid-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergarakan (KPK belum dikuat kuasa.
Pada 31 Mac lalu, 18 orang tenaga kerjanya termasuk pengarah, pelakon dan kru tiba di Kuala Lumpur. Antara kru drama yang disahkan positif termasuk pengarahnya, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa.
MW : Mendoakan semoga Allah memberi kesembuhan kepada pesakit-pesakit Covid-19.
Sumber/Foto : Ashraf Muslim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI