Dedah wanita tak dikenali hantar sihir pemisah, Bella & Aliff sedaya upaya selamatkan rumah tangga. Pantang melihat rumah tangga orang lain bahagia, ada saja cubaan yang hendak meruntuhkan mahligai bahagia.
Begitulah lumrah hidup berumah tangga bila kita bahagia ada saja yang tak puas hati.
Terbaru pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan dia dan keluarga sekali lagi berhadapan dengan gangguan sihir.
Dedah Wanita Tak Dikenali Hantar Sihir Pemisah
Rupanya sudah lebih sebulan kehidupan Bella sekeluarga agak kacau bilau dek kerana gangguan sihir yang dihantar oleh seorang wanita tidak dikenali.
Bella dan pasangannya Aliff telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019. Kemudiannya mereka rujuk kembali ketika dalam tempoh edah. Hasil perkongsian hidup itu, mereka juga dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Seperti mana dikongsi menerusi Harian Metro, Bella menyatakan ada yang mahu dia dan suami berpisah.
“Ada yang menghantar sihir pemisah rumah tangga. Kalau kata kami nak berpisah, kenapa tak berpisah dari dulu saja masa banyak kes yang terjadi antara saya dan Alif.
Ads
“Apa yang kami lalui selama lebih sebulan ini tak ok. Tapi saya bersyukur apabila Aliff tidak pernah menolak setiap kali saya ajak pergi berubat sebab dia sendiri pun dapat rasakan perubahan terhadap dirinya. Begitu juga dengan saya,” kongsi Bella yang bersyukur Aliff sentiasa berada disampingnya dan tidak menolak untuk menjalani rawatan alternatif.
Sampai Tak Boleh Bekerja
Bella juga menyatakan perkara tersebut menyebabkan dia dan Aliff tidak dapat menjalankan kerja seharian seperti biasa dan banyak kerjanya yang tertangguh.
“Gangguan ini berlaku secara keseluruhan. Saya sangat takut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Terlalu berat untuk saya kongsikan.
“Tapi Alhamdulillah kami semakin pulih sebab Aliff nak pergi berubat. Mungkin sesetengah pasangan, dia tidak mahu atau tak percaya, tapi dia sama-sama nak cari jalan sebab dapat rasakan sesuatu pelik terjadi kepada kami,” kongsinya.
Dugaan Berat
Wanita kental ini juga memberitahu dia dan Aliff sedaya upaya akan menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Alhamdulillah kami sudah cukup matang sekarang. Jadi, kami anggap apa yang berlaku ini sebagai ujian dan teguran untuk saya.
Ads
“Jadi sekarang ini saya perlu lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di media sosial. Mungkin sebelum ini saya terlalu kerap berkongsi hingga buat orang tak selesa.
“Aliff sekarang sedang berehat dan dia selalu beri saya sokongan moral. Dia juga selalu ingatkan saya supaya tidak mengalah dan minta saya untuk berjuang menyelamatkan perkahwinan ini.
“Rumah tangga kami nak masuk tahun ketujuh bersama anak-anak. Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas apa yang saya lakukan. Tapi, selepas ini InsyaAllah saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi apa saja di media sosial,” sambungnya.
“Tidak adil orang luar membuat andaian bukan-bukan.” Luahan Shuib mengenai pandangan orang ramai mengenai wanita yang kini rapat dengan dirinya, Watie Hanifiah seharusnya tidak perlu disalah anggap.
Bagi pelawak dan penyampai radio, Shuib dirinya tidak salah membuat pilihan untuk rapat dengan Watie dek kerana dia sendiri lebih tahu tentang diri wanita itu.
“Tidak Adil Orang Luar Membuat Andaian Bukan-Bukan.”
Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online Shuib memohon agar keputusannya menjalinkan hubungan rapat dengan Watie tidak dipertikaikan. Malah dia juga tidak akan sesekali merosakkan kehidupannya dengan anak-anak.
“InsyaAllah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya.
“Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.
“Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan.
“Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin,” terang Shuib.
Watie Hanifiah
Banyak Hati Perlu Dijaga
Bapa tunggal kepada empat orang anak itu juga meminta agar janganlah berlebih membuat andaian tentang Watie ini kerana banyak hati yang perlu dijaga.
“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.
“Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.
“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan merek,” katanya yang kini masih dalam fasa mengenali hati budi bersama ibu dan anak-anaknya.
Zulin Aziz nikah 20 Februari, tahniah diucapkan buat Zulin Aziz yang baru saja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan.
Selepas dua tahun berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta termasuk sebagai rakan kongsi perniagaan, Zulin Aziz dan Farhan Norzaini mengikat tali pertunangan.
Seperti mana yang dilaporkan, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan dan telah memilih tarikh 28 Januari selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.
Zulin Aziz Nikah 20 Februari
Pada majlis pertunangan semalam, Zulin turut menerima dua bentuk cincin iaitu merisik dan bertunang daripada tunangnya.
“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci,” luah Zulin.
Merungkai tentang diri tunangannya, Zulin percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” sambung Zulin.
Farhan pula memberitahu dia memilih Zulin dek kerana wanita ini merupakan seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Disitu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kata Farhan.
Pasangan ini menetapkan untuk berkahwin pada 20 Februari ini. Mereka sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya cantik selain tidak mahu bertunang lama-lama dan mempercepatkan benda baik.
Luah Achey, “Jika ada ruang yang kecil, mohon doakan mak saya, keadaan dia sangat tak baik. “ Achey mohon semua doakan ibunya yang kini dirawat di hospital setelah positif C0vid-19.
Ibunya antara tujuh orang ahli keluarga yang positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu. Semoga ibunya kuat untuk melawan Covid-19.
Achey Mohon Doa Semua
Menerusi entrinya di akaun Instagram, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, memohon doa ramai untuk kesembuhan ibunya, Ngaisah Hassan yang kini dalam keadaan yang tidak baik akibat jangkitan Covid-19.
Tambah Achey, ibunya kini dirawat di Hospital Segamat, Johor.
Jika Ada Ruang Doakan Mak Saya
“Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini, tetapi jika ada ruang kecil yang kosong dalam doa kalian, dapatlah kiranya ruang doa itu diisi untuk mak saya, Ngaisah Hassan.
“Buat masa ini, keadaan mak saya sangat-sangat tidak baik,” tulis Achey menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya pada awal pagi tadi.
Difahamkan ibunya yang positif Covid-19 tahap tiga mengalami masalah pernafasan sehingga perlu ditiarapkan untuk memudahkan proses pernafasannya.
Achey ketika ditemui selepas majlis bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya pada Khamis turut berkongsi perkembangan terkini tujuh ahli keluarganya termasuk ibu, abang, kakak dan adiknya turut disahkan positif.
Menjadi Runner
“Buat masa sekarang saya dan isteri yang menjadi runner untuk memastikan segala barangan yang diperlukan keluarga yang positif, baik yang di hospital mahupun di rumah.
“Walaupun dalam keadaan tangan yang patah, saya terpaksa juga ulang-alik memandu ke hospital kerana hanya kami berdua sahaja yang boleh berbuat demikian demi membantu ahli keluarga lain yang sedang berjuang melawan Covid-19,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga Mak Achey, Ngaisah Hassan,dikurniakan kesembuhan dan sihat seperti sediakala. Amin.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...