Siapa sangka dengan menggunakan rumput liar dan air hujan juga boleh dijadikan baja untuk menyuburkan tanaman. Sangat semula jadi, lebih jimat malah tak perlu keluarkan kos pun. Resipi baja ini idea daripada Jadam Liquid Fertilizer dari Korea yang dicuba sendiri oleh Encik Syafiq Baharin.

RESEPI BAJA SUBUR BUAT SENDIRI (KOS HAMPIR PERCUMA!)

Resepi buat baja cecair ni saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. So far ni baja utama yang saya pakai kerap disamping sekali sekala letak baja tinja kambing.

Hasil dia Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah swt. Kos dia hampir RM0. Hanya kos beli tong tu je, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost la ni.

Nak buat dia perlukan 3 bahan je.

1. Air hujan (Kalau takda, air paip boleh tapi biarkan dalam 3 4 hari dulu sebelum buat baja ni.)

2. Leaf mold.
– Pergi cari memana pokok besar yang bawah pokok tu banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus.

– Cari satu spot, tolak daun-daun kering tu ke tepi. Akan nampak ada 1st layer tanah yang warna gelap kehitaman.

– Ambil lah dalam dua genggam tanah gelap tu, itulah namanya Leaf Mold.

3. Rumput liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana, kalau mesin, rumput tu jangan buang. (Apa jenis rumput liar pun takpa.)

INI CARA NAK BUAT :

1. Ambil satu tong, tong ni terpulang lah janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh. Tapi kalau kita nak pakai lama, pergi kedai hardware dan tanya ada tak tong terpakai warna biru ni. Saya beli dalam RM45 rasanya hari tu.

2. Penuhkan 2/3 dari tong tu dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong tu.

3. Penuhkan tong tu dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar tu.

4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah tu tenggelam dalam air tu.

Ads

5. Tutup dan biarkan at least 2 minggu dalam tong tu.

6. Lepas 2 minggu, boleh start pakai. Lagi lama peram, baja ni akan lagi kaw. Nak peram setahun pun takda masalah.

Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.

CARA NAK PAKAI BAJA NI.

1. Ratio penggunaan dia adalah 1:100.

Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml je air baja ni. Kacau sebati.
– Boleh siram je kat apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar kat daun pun boleh, tapi tapis lah dulu air baja tu sebab supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja).
Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru up kalau perlu.

Kalau baja ni nak habis dan nak tambah, just tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong sama tu, penuhkan semula rumput liar dan air hujan tu. Tu je.
Kos nak buat baja ni rasanya kat tong tu je, lain-lain semua barang dari sekeliling je.

Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar tu, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insyaAllah, berapa lama dapat jimat kos baja?

Ads

Buat Baja Sendiri Guna Rumput Liar & Air Hujan, Hasilnya Tanaman Sangat Subur!

Ni tong terpakai beli kat hardware. Make sure basuh dalam tong tu bersih-bersih sebelum pakai.

Semoga bermanfaat. Semua kredit resepi baja ni (Jadam Liquid Fertilizer) ditujukan kepada pengasas JADAM dari Korea.

Buat Baja Sendiri Guna Rumput Liar & Air Hujan, Hasilnya Tanaman Sangat Subur!

Wife saya panggil ni baja longkang sebab rupa dan bau dia. Haha. Kadang2 bila ada sayur kat rumah tak habis dan kecut, saya sumbat je dalam tong ni. Lagi kaw jadinya. InsyaAllah.

Buat Baja Sendiri Guna Rumput Liar & Air Hujan, Hasilnya Tanaman Sangat Subur!

Ni Alhamdulillah kangkung hasil baja ni.

Ads

Buat Baja Sendiri Guna Rumput Liar & Air Hujan, Hasilnya Tanaman Sangat Subur!

Ni pun sama, saya sumbat kangkung, bayam merah, bayam hijau, kailan dan sawi dalam satu batas. Alhamdulillah subur walaupun rapat-rapat. Duk siram dengan air baja ni la.

Baca Lagi Di Sini:
Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!

Guna Air Peraman Sisa Bahan Dapur Buat Baja Dan Semburan, Pokok Makin Subur

Mingguan Wanita: Wah menarik sungguh guna air hujan, mold leaf dan rumput liar sebagai baja untuk suburkan tanaman. Boleh cuba nanti, sangat jimat kos dan tak perlu beli baja lain lagi.

Sumber: Syafiq Baharin

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI