Ajal itu apabila sudah sampai waktunya, masanya tidak akan lambat, tidak akan cepat. Hadirnya tepat sama ada kita benar-benar sedia ataupun tidak. Inilah yang terpaksa dihadapi Azlina Mohamed dalam menerima hakikat kematian suaminya.
Suaminya pergi ke kampung akhirat dalam jangka waktu yang begitu pantas. Banyak kemungkinan yang perlu dilaluinya untuk Azlina benar-benar bersedia dan cekal. Namun, akuinya disebabkan jiwanya yang rapuh dia mencatatkan 6 garis panduan ini.
Biar apa pun situasinya sekarang ini, isteri kenalah bersiap sedia dengan enam hal ini. Supaya, ketika isteri ditinggalkan dirinya sudah punya kekuatan dalaman yang kental. Ya.. biarpun masih lemah. Sekurang-kurangnya isteri sudah bersiap sedia.
Saya Tak Mahu Isteri Isteri Lain, Lemah Macam Saya
Al Fatihah buat suami saya, Noor Aiman bin Noor Mohamed, yang meninggal pada 1 Mei 2018 disebabkan oleh denggi. Semoga syurga tempatnya.
Pesanan buat isteri; berdasarkan pengalaman sendiri.
1. Belajar/Mahirkan Diri Memandu Kereta
Kita tidak tahu berapa lama kita boleh menggunakan khidmat suami kita sebagai driver.
Jika suami sakit, siapa lagi yang akan drive? Bawa suami ke hospital, melawat suami, urusan luar, hantar dan ambil anak sekolah, dan macam-macam lagi tugasan yang melibatkan pemanduan kereta.
Dan jika ditakdirkan suami meninggal, nauzubillah min zalik, isterilah yang harus mengambil alih semua tugasan harian dan pastinya ada yang melibatkan perjalanan yang perlu menggunakan kereta.
Saya perlu drive kadang-kadang sejam lebih dari rumah ketika suami berada di ICU Hospital Klang. Terbayang-bayang jika saya tak pandai drive, macam mana saya nak ke hospital? Grab? Kos tinggi. LRT/KTM? Tak semudah itu.
Ads
2. Ada Punca Pendapatan
Tidak kira bekerja di pejabat atau di rumah, pastikan ada punca pendapatan. Dan ada simpanan. Penting untuk digunakan ketika waktu kritikal.
Selepas kematian suami, isteri pula lah yang akan mengambil tanggungjawab membayar kereta, yuran sekolah anak-anak, belanja seharian dan sebagainya.
3. Kenali Sahabat Sahabat Suami
Arwah suami saya seorang yang suka bercerita tentang sahabatnya. Jadi sedikit sebanyak, saya tahu apa pekerjaan sahabat-sahabat arwah.
Ketika hati bimbang tentang kesihatan suami, diri ni pula tak berapa nak faham medical term yang doktor terangkan, sahabat sendiri tak ramai yang jadi doktor, sahabat-sahabat suami yang bekerja sebagai doktor lah yang menjadi panduan.
Mereka jugalah yang banyak membantu terutama proses berkaitan wad/hospital, penginapan berdekatan hospital, kebajikan kami dan anak-anak, viralkan mesej #pray4aiman, dan macam-macam lagi kebaikan yang tak dapat saya balas.
4. Jaga Hubungan Kekeluargaan
Ketika kita senang, jangan kita abaikan keluarga besar kita. Kerana bila kita dalam kesusahan, kehadiran ahli keluarga besar kitalah yang akan membantu dan menjadi penguat semangat kita.
Ads
Sejak suami saya tenat, ahli keluarga lah yang banyak membantu menguruskan anak-anak, beli makan minum untuk kami yang tak sempat fikir ttg makan dan minum, bagi semangat pada kami, ingatkan kami untuk terus kuat dan redha, dan macam-macam lagi. Cuba bayangkan jika saya sendirian?
Benarlah, sambil Allah hantar ujian, Allah hantarkan juga bantuan. Betapa Allah tidak zalim, malah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
5. Bersedia
Alhmdulillah Allah tahu saya lemah. Dia berikan saya masa 3 minggu untuk bersedia dan redha menghadapi kematian suami saya.
Kematian boleh berlaku bila-bila sahaja. Samada sakit atau sihat.
Terbayang jika saya tidak bersedia, suami saya meninggal, mungkin saya pula yang akan pengsan, sakit atau sebagainya dan susahkan lagi urusan berkaitan kematian suami saya.
6. Jadilah Pencarum Takaful/Hibah Sekiranya Mampu
Alhamdulillah 4 bulan lepas, setelah dipujuk, arwah suami saya akur untuk mencarum takaful bersama sepupunya Wan Hafizuddin . Inisiatif ini kami ambil kerana suami saya punca utama pendapatan kami sekeluarga. Bimbang jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, ada sesuatu yang dapat membantu kami.
Ads
Ternyata perkara yang tidak diingini itu betul-betul berlaku. Lebih lagi, melibatkan kematian.
Takaful ini juga yang membantu suami saya menerima rawatan yang cepat dan dapat berehat dengan selesa sebelum arwah koma dan akhirnya meninggal.
Bila arwah meninggal, pampasan kematian itulah sedikit sebanyak dapat membantu saya menguruskan anak-anak dan kehidupan kami yang seterusnya.
Jika diimbas kembali sekiranya suami saya tidak mencarum takaful, ditambah dengan ketiadaan duit simpanan yang banyak, tiada pampasan kematian dan sebagainya, bagaimana kehidupan kami dan anak-anak yang masih kecil ni?
Orang cakap, mak ayah boleh jaga anak 10 orang tapi anak belum tentu dapat menjaga mak ayah seorang. Pernah terfikir tak, mak-mak zaman dulu mampu menjaga anak yang ramai. Kalau nak marah anak pun ada caranya. Sebab itu semua anak ‘menjadi’.
Berbanding dengan sekarang, ada mak-mak yang mengeluh panjang bila bercerita tentang anak yang tak dengar kata dan melawan. Itu baru seorang, bagaimana kalau anak ramai. Mahunya mak jadi tarzan marah anak masing-masing.
Kalau nak bercerita tentang kenakalan dan kedegilan anak, masing-masing ada peelnya. Cuma mak ayah saja perlu sabar dan kena tahu cara untuk tanganinya.
Bila difikirkan logik, semakin mak-mak menjerit, rasanya makin anak kuat melawan dan keras hati. Nak anak lembut hati dan dengar kata, kita sebagai mak ayah tilik dulu perangai kita. Sebab kitalah, cerminan hidup anak-anak.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakub Yusra ini boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.
Anak-anak ini, biasanya dia selalu ikut perangai mak ayah dia.
Kalau kasar mak ayah, kasarlah anak itu. Sebab itu, depan anak tunjuklah tauladan yang baik.
Jika anak lasak dan buas, macam mana nak tegur? Tak perlulah nak jerit-jerit. Ini caranya.
Mudah-mudahan, cara ini dapat melembutkan hari anak-anak.
MW: Kalau kita tengok, cara mak ayah dulu dan sekarang didk anak cukup berbeza. Memanglah kadang-kadang perangai anak menguji kesabaran mak ayah. Cuma kita kena tahu cara nak tangani dan cara inilah boleh mendidik anak kita juga.
Ada sesetengah perempuan OK je buat semua benda sendiri atau dalam erti kata lain cuba jadi isteri berdikari sebab dah biasa dan mungkin disebabkan suami jauh mencari rezeki. Namun beringat, hebat mana pun si dia dalam buat sesuatu… suami kena juga ambil berat dan ‘siram’ perhatian pada kaum isteri.
Jangan sampai ambil kesempatan sebab isteri mampu buat sendiri, nak tahu lebih jauh SOAL WANITA BERDIKARI, baca perkongsian Mat Nor Nawi ini…
Salah satu kesilapan besar kaum lelaki hari ini adalah membiarkan isteri melakukan banyak perkara sendiri. Memang memudahkan anda tapi untuk perhubungan ia membahaya. Ini pengakuan dari lelaki sendiri ya.
Tahu tak, kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you .
INI TANDA ISTERI INDEPENDENT
1. Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju .
2. Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds.
3. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau seronok makan kek depan tv sendiri.
TAPI JANGAN RASA SELESA
Dan kamu suami tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.
Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak,its same. Sampai satu tahap dia akan fikir semua benda boleh buat so apa guna ada kamu lagi? So, hati-hati…
True mark of an independent woman is you all know she can live without you. She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life.
CARA MELAYAN ISTERI INDEPENDENT
But dont take them for granted . Call , text or talk to her daily. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai. Lepas nikah lagilah kena buat benda-benda ini.
Walau kesibukan mengejar kamu, walau masa mencemburui kamu. At least ask her – How hectic was your day today? Did u sleep you well last night?
Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life. Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak ayah mana yang tak sayang anak. Lahir dari benih cinta mak ayah. Lebih-lebih kalau anak pertama, ditatang bagai minyak yang penuh dan overprotect. Apa yang anak nak semua boleh dan ditunaikan.
Ini belum lagi dari segi penjagaan. Anak kena kemas, tak boleh comot dan serba serbi kena overprotect. Biar mak ayah yang tolong buatkan. Kalau anak menangis, mak ayah cepat-cepat pujuk.
Sebenarnya, cara mak ayah buat itu salah. Jangan terlampau overprotect, bimbang anak terlebih manja dan bergantung pada mak ayah. Hadam perkongsian daripda Mohd Fhais Salim ini.
Tak boleh dengar anak menangis sikit, memang tak keruan nak tenangkan dia.
Tapi sekarang lepas dah tahu natijah buruk overprotect ni, terus ubah.
Bahaya tau terlalu overprotect.
1. Anak boleh jadi terlampau manja 2. Dia jadi makin mengada-ngada 3. Tak boleh terima rejection 4. Memang menangis la jawabnya 5. Ssebab dia tahu, bila menangis 6. Semua boleh dapat
Itu yang tak tahan, makin lama makin menjadi jadi pula permintaan dia.
Tak boleh jadi memang kena ubah.
Sekarang dah kurang overprotect & kurang micromanage.
Banyak biarkan anak urus diri sendiri (self-manage)
Bila nangis ajar dia tenangkan diri sendiri.
Nak apa-apa ajar dia ambil atau buat sendiri.
Terjatuh sekalipun saya suruh dia bangun sendiri.
Alhamdulillah, nampak banyak perubahan positif.
Anak dah makin matang, makin mudah dengar cakap dan makin pandai berdikari.
Mingguan Wanita : Ajar anak berdikari dan tidak terlalu bergantung pada mak ayah.