Tak dinafikan ayat-ayat Quran merupakan mukjizat dan penawar bagi apa juga masalah mahupun penyakit. Yang penting kena yakin dalam mengamalkannya. Disamping mendapatkan rawatan moden di hospital dan berjumpa doktor, sebaiknya amalkan juga potongan ayat tertentu sebagai salah satu ikhtiar bersama untuk sembuh.
Banyak kelebihan bila amalkan Surah Al Fatihah setiap hari. Antaranya amalan ayat kelima potongan Surah Al Fatihah yang dikongsikan oleh Puan Mas’z Lyna sebagai rujukan ketika sakit.
Berikut perkongsian tersebut;
Suatu ilmu yang sepatutnya saya sebarkan. Bila kita/anak/pasangan/ ibu ayah/ sahabat tak sihat. Apa yang perlu kita amalkan.
Sebagai contoh pasangan kita tak sihat;
1.Ambil tangan kanan pasangan. Letak dekat dada kiri (tempat jantung)
2.Kita baca dan mintak pasangan ikut. Baca Surah Al Fatihah sampai “Iyyakanakbudu waiyyakanastain” 7x
Ads
3. Pada Ayat ke5 niatkan dalam hati mintak diringankan kesakitan, mintak disembuhkan segala penyakit, mintak di kurniakan kekuatan untuk beribadah).
4. Selepas itu, habiskan sampai “waladthollin” Amin.
Ads
Waktu Amalkan
Kalau boleh amalkan setiap kali selepas solat.
Yakinlah dengan ayat ni.InsyaAllah, sama ada pesakit akan muntah keluarkan segala penyakit atau pun sembuh secara perlahan-lahan.
Saya mendapat kiriman ilmu ini dari seorang hamba Allah yang berhati mulia ketika saya menjaga arwah ibu kesayangn saya Rosmah binti Amir 7 bulan yang lepas dan saya amalkan hingga ke hari ini.
Ads
Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan & serta di amalkan pada yang memerlukan. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita jadikan amalan setiap hari, semoga menjadi salah satu ikhtiar asbab penyembuhan segala penyakit. Namun jangan lupa dapatkan rawatan daripada doktor terlebih dahulu.
Limau nipis bukan saja digunakan untuk menyedapkan makanan tertentu. Tapi boleh juga untuk dijadikan bahan dalam mandian alternatif bagi membuang angin-angin dalam badan.
Jangan terkejut, limau nipis ini kalau disapukan pada badan yang luka mahunya mengelupur badan dengan rasa pedihnya. Sebab itu, ada juga yang digunakan untuk rawatan alternatif tertentu.
Bagi anda yang mengalami masalah lengih badan atau banyak angin boleh cuba gunakan mandian alternatif dengan menggunakan bahan-bahan yang disyorkan ini.
Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin turut memberi saranan dan panduan untuk anda yang mengalami masalah tertentu untuk mandi dengan menggunakan bahan ini. Ada caranya juga dan selitkan bacaan ayat Al Quran.
Bila badan penuh angin, rasa bisa, beginilah cara saya menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.
Caranya mudah sahaja.
1. Beli 1 pek ais dan masukkan ke dalam baldi. Campurkan air sedikit demi sedikit dalam baldi tersebut.
2. Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4-5 biji dalam baldi. Sebelum mandi, baca:
a) 3 kali al Fatihah b) 3 kali al Ikhlas c) 3 kali selawat
3. Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu. Selesai baca, barulah mandi. Sebaiknya guna iar ini untuk bilasan terakhir.
4. Mandi dulu dengan air biasa dan barulah mandi air limau ini.
Selesai baca di atas, mula mandi dari kepala, lebih kan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda..Badan, kepala akan menjadi ringan.
Sekiranya anda sedawa @ muntah selepas mandi, dinasihatkan untuk dapatkan rawatan Islam berhampiran.
Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin bisa dalam badan. Di sarankan mandi sebaiknya waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib.
Dengan izin Allah, insya Allah sembuh.
Mingguan Wanita : Salah satu alternatif untuk anda lakukan terutamanya yang ada masalah seperti ini. Kita sekadar berusaha.
Jangan bersedih. Tiap orang yang hidup di dunia ini pasti menghadapi pelbagai jenis ujian. Namun, andai kita larut dalam kesedihan, diri sendiri yang akan lebih merana. Oleh itu, carilah penawar kesedihan itu.
Jangan Bersedih, Kaji Penyebab
Jika kita ditakdirkan merasai kekecewaan berpunca daripada perangai anak yang lebih banyak menghadap telefon berbanding berkhidmat kepada ibu bapanya, memang sedih! Mereka seolah-olah hanyut dalam dunianya sendiri. Abaikan orang tua, lupakan ilmu, lalai mengejar kesenangan dan hiburan.
Kesedihan lain yang kerap dirasai wanita adalah berpunca daripada suami mereka, berjodoh dengan lelaki miskin amatlah perit menanggung kesusahan tetapi dapat suami kaya pula suka menghinakan, memerli sesuka hati, egonya pula melangit tinggi. Kemudian tiba-tiba penyakit datang, bertambah lagi derita hidup yang mesti ditelan, seolah-olah dunia ini isinya hanya ujian.
Benarlah sungguh firman-Nya: “Allah, dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kalian siapa di antara kalian yang paling baik amalannya.” (Surah al-Mulk ayat: 2)
Ada insan yang tak dapat tidur berfikir tentang jalan keluar untuk mengakhiri ujian yang dideritai. Ada yang tak lalu makan, tak kering wajah daripada air mata, tak mampu tersenyum walau seketika. Akhirnya jika dia tak kuasa menasihati hatinya untuk bersabar boleh jadi penyakit jiwa akan menewaskannya. Kita berlindung kepada Allah SWT dari segala keburukan yang dideritai hati yang terlampau sedih.
Bagaimana Menasihati Hati Supaya Kekal Bersabar Sampai Ke Syurga?
PUJUK HATI LIHAT KEPADA UJIAN YANG DIDERITAI ORANG LAIN
Setiap hari ada saja deraan yang diterima hati kita, yang ringan hingga berat semuanya terpaksa diharungi dengan susah payah. Sedih ketika suami suka memerli dengan perkataan yang menyakitkan? Kecewa dengan isteri yang perangainya kasar dan tidak menghormati suami? Sakit hati melihat anak-anak yang wajahnya penuh kebencian apabila bermuamalah dengan ibu bapa? Dendam kepada majikan yang kejam memerah tenaga tanpa rasa prihatin?
Bila sedih, ubat pertama adalah lihat orang lain yang lebih teruk kesedihan dan ujiannya.
Sedangkan Nabi s.a.w kekasih Allah SWT juga disentuh kesedihan dan ujian yang berganda-ganda lagi sakitnya apatah lagi kita insan biasa yang jahil lagi miskin amal. Kita rasa susah tapi Nabi lebih hebat susahnya, dihina, diboikot, dirampas hartanya, diancam bunuh, sehingga mengorbankan isteri dan anak-anaknya dalam perjuangan dakwah baginda.
Tengoklah juga kehidupan orang-orang yang lebih teruk lagi diuji pada zaman sekarang. Insya-Allah kesedihan hati bertukar menjadi rasa syukur sebab kita lihat apa yang kita derita lebih ringan dari orang lain.
JANGAN SEDIH, TERIMA HAKIKAT DAN TAKDIR
Jangan bersedih. Segala jalan yang kita tempuh telah tergaris dalam catatan takdir yang Allah tuliskan sebelum Dia mencipta kita. Jadi jangan sedih kerana ia satu catatan yang perlu dijalani seorang hamba, tak payah salahkan orang lain jika kita rasa sedih.
Hadapinya dengan penuh kerelaan dan ketaatan seorang hamba kepada ketentuan Allah SWT. “Allah telah menulis segenap takdir manusia (di lauh mahfuz) 50.000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.” (Hadis riwayat Muslim)
Jika kita masih menyalahkan orang lain nescaya hati selamanya tidak akan tenang, namun berserah diri dan reda kepada Allah sememangnya menjadi senjata untuk mengakhiri segala kepiluan.
INGATLAH MATA AIR PAHALA YANG SENTIASA MELIMPAH
Ada pahala yang tak pernah kering sentiasa mengalir selagi kita diuji iaitu pahala sabar. “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan ukuran yang tak terkira.” (Surah al-Zumar ayat: 10)
Kalau isteri mengomel, suami dapat pahala sabar. Begitu juga suami yang cerewet menjadi sebab isteri dilimpahi pahala sabar. Bila pasangan berhenti menyakiti maka berhenti jugalah pahala sabar untuk kita.
Oleh itu reda dan bergembiralah dalam hati kerana pasangan anda sedang menghadiahkan pahala kepada anda. Apatah lagi yang diuji dengan musnahnya harta benda dan anak-anak, betapa penuh melimpah pahala yang diterima. Rasulullah s.a.w bersabda: “Ujian tetap menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya sehingga dia bertemu Allah dan pada dirinya tiada lagi dosa. (Hadis al-Tirmizi)
Kemudian sabda Nabi s.a.w lagi: “Tidaklah seorang mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih, sehingga risau yang mengusiknya melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya.” (Hadis Al-Bukhari dan Muslim)
JANGAN SEDIH, ASBAB DIANGKAT DOSA
Allah timpakan ujian dengan bersebab supaya diangkat dosa dan dilimpahinya si hamba dengan pahala yang mencurah-curah.
Tidak mengapalah hati diuji, sedih sesekali kerana nanti di syurga ramai malaikat yang mengucapkan selamat kepada kita: “Sedang malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu sambil mengucapkan selamat ke atasmu kerana kesabaran kamu dahulu. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu (syurga).” Surah al-Ra’ad ayat: 23-24
Sungguh dalam tangisan ada mata air syurga yang kita kumpulkan.
Artikel: Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Alhamdulillah.. sudah semakin ramai di kalangan wanita bertudung yang terbuka hati untuk berpurdah. Sayangnya berapa ramai yang faham apabila keputusan berpurdah mahupun berniqab itu telah diambil, ada perkara yang perlu mereka lepaskan.
Maka itulah, berpurdah ini pun perlu dihayati dan difahami cara pemakaiannya. Jangan semata berpurdah, tetapi wajah masih memantis kening, mata masih bercelak tebal.
Ada garis panduan yang perlu wanita fahami. Agar pemakaian purdah bukan sekadar ikut trend. Sebaliknya, berpurdah agar tidak mendatangkan fitnah pada agama Islam itu sendiri.
Ustaz Farid Rashidi berkongsi pesanan pada wanita di luar sana yang mengenakan purdah.
Wanita Berpurdah.. Fahamilah..
Kalau nak berpurdah, pakailah betul-betul. Jangan datangkan fitnah pada agama.
Minta maaf cakap, ini tak dah elok berniqab tapi sakan bertabarruj. Dengan eyeliner terangnya, bulu mata palsu, eyeshadow gaya smokey eyes, contact lens bewarna, jubah fit ikut cutting badan. Lepas itu kuku pula calit pewarna berwarna-warni.
Aduhai.
Tak Segan Siku Bergedik Menari Di Media Sosial
Itu belum cerita pasal bergedik menari di media sosial. Bergelak tawa bagai nak rak. Semua itu boleh mengundang fitnah dan mata lelaki yang memandang.
Astaghfirullahal Azim.
Bukan nak kecam, cuma nasihatkan. Jangan kerana segelintir yang begitu, habis niqabis lain terpalit sama. Sedangkan mereka ikhlas berniqab dan menjaga aurat. Apapun, semoga anda yang berniqab sedang membaca tulisan ni tak begitu ya.
#UFR
Mingguan Wanita : Hadamkan apa ustaz tegur itu. Jangan kerana setitik nila, habis rosak susu sebelanga.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!