Tiada kata yang mampu diungkap, hanya linangan air mata yang menggambarkan betapa gembiranya Dayah Bakar apabila dapat bertemu dengan suami kesayangan selepas setahun terpisah.
Pengacara cantik yang begitu ramah yang juga pemilik nama lengkap Nurhidayah Abu Bakar ini juga telah melalui proses melahirkan cahaya mata lelaki sulungnya, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia empat bulan tanpa kehadiran suaminya Kapten Muhammad Hanif Hamidi.
Tatkala itu Kapten Muhammad Hanif yang juga merupakan seorang pegawai tentera tidak dapat berada di sisi menyambut kelahiran tersebut kerana bertugas di Australia.
Dayah, Suami & Fahri Akhirnya Dapat Bersama
Menerusi perkongsian sebuah hantaran video di akaun Instagramnya baru-baru ini, Dayah dan anaknya Fahri telah terbang ke Australia untuk bertemu dengan Kapten Muhammad Hanif selepas sekian lama tidak bersua wajah.
Difahamkan suaminya tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemic Covid-19 selain faktor kerjayanya di sana.
“Perjalananan dengan 1001 cerita yang tidak mungkin dapat ditulis dan diungkapkan dengan kata-kata selain dari rasa syukur.
Ads
“Alhamdulillah Ibu , Baba dan Fahri dapat bersama, akhirnya .
“Terima kasih atas doa baik kalian yang tidak putus untuk Dayah dan keluarga. We appreciate it so much dan Dayah doakan sesiapa sahaja yang terpisah dengan yang tersayang akibat pandemik, sekejap atau lama , dekat atau jauh, dapat disatukan kembali . Amin,” tulis Dayah yang sebak selepas dapat bertemu suaminya.
Menetap Bersama Suami Di Autralia
Sebelum bertemu suami tersayang, pengacara program sembang Borak Kopitiam ini juga terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari usai saja tiba di Australia pada awal Januari lalu.
Difahamkan juga Dayah akan menetap bersama Hanif di Australia untuk tempoh setahun.
Ads
Menerusi hantaran video tersebut juga Dayah bercerita tentang pengalamannya menaiki pesawat ke Australia bersama baby kesayangan.
Malah paling terharu ini merupakan kali pertama Kapten Muhammad Hanif bertemu anaknya kerana Dayah tidak pernah berjumpa dengan suaminya langsung sejak awal kehamilan sehingga Fahri sudah berusia empat bulan.
“Journey to Baba
“Syukur alhamdulillah Ibu and Achbar Muhammad Fahri survived our first flight.
“One step closer to see Baba as we have arrived in the land Down Under. Kuarantin sudah bermula, dan doakan semuanya baik dan lancar ya . “Thank you for your concern and doa.” luah Dayah sewaktu tiba di Australia dan menjalani kuarantin.
‘Classic Butter Cake’ atau Kek Mentega Klasik memang selalunya dikaitkan dengan kek kegemaran yang mak-mak selalu buat dirumah. Kek mentega ini selalu dihidangkan waktu minum petang untuk anak-anak, mahupun diberikan pada saudara mara jika ada buat kenduri. Mungkin kerana bahan-bahannya yang tak banyak, cara nak buat pun senang je membuatkan kek ini selalu menjadi pilihan.
Mengikut perkongsian resipi oleh Puan Nurul Aini Mohamed Ali, Kek Mentega yang beliau buat cuma menggunakan 4 bahan utama je.Tapi hasilnya, tekstur kek tersebut jadi sungguh gebu dan sedap! Mak-mak yang baru-baru belajar nak buat kek pun boleh cuba resepi ini. Mesti puas hati bila kek menjadi nanti!
Berikut antara perkongsian beliau;
“Classic Butter Cake (kek mak-mak). Sambil minum kopi o dalam hujan dipetang hari oh nikmatnya!”
Resepi simple kek mak-mak dijamin gebu.
Bahan-Bahan:
1 cawan butter atau margerin
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk esen vanila
Cara Membuat!
1. Putar mentega bersama gula dan esen vanila hingga mentega bertukar warna putih.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Bakar suhu 180’c selama 40minit (bergantung pada oven, guna api atas dan bawah).
Memotong kuku merupakan antara rutin mingguan yang ramai lakukan sebagai salah satu cara untuk menjaga kebersihan diri. Namun ia sama sekali bukan rutin bagi seorang Jururias Kuku dari Cordelia ‘Dee Dee’ Adams yang menyimpan kuku selama 30 tahun menyifatkan dia tidak menyesal menyimpan kuku sepanjang 12 inci walaupun segelintir orang ramai menanyakan soalan ‘tidak sopan’ atau ‘geli’ terhadapnya.
Simpan Kuku Sejak 1989
Laman berita Oddity Central melaporkan, Cordelia yang mula menyimpan kuku sejak tahun 1989 ketika menjadi jururias kuku menyatakan dia sudah terbiasa melakukan semua kerja seharian di rumah tanpa mematahkan kuku panjangnya itu.
“Perkara yang seronok apabila anda menjadi perhatian kerana mempunyai kuku panjang yang luar biasa,” kata Cordelia yang memberitahu Truly dan menambah perkara paling tidak disukainya apabila orang ramai menanyakan soalan ‘tidak sopan’ seperti bagaimana dia menjaga diri atau makan menggunakan kukunya.
Lakukan Kerja Harian Seperti Biasa
Wanita yang berasal dari Indiana, Amerika Syarikat (AS) menyatakan semasa mula menjaga kuku menjadi panjang seperti hari ini, dia telah melakukan semua kerja harian seperti orang lain tanpa merosakkan ‘khazanah’ pentingnya itu.
Malah, Cordelia sudah mahir belajar cara menulis, memandu kereta dan memegang barangan di tangannya meskipun sepuluh kukunya kelihatan terjurai semasa melakukan aktiviti tersebut.
“Kadang-kadang kuku menghalang pandangan mata, jadi jika saya hendak memegang sesuatu, semua yang dipegang itu seperti hilang akibat terlindung daripada kuku,” katanya.
Walaupun wanita itu boleh melakukan banyak benda seperti orang lain, dia masih perlu membiasakan diri untuk menyeret jari untuk menjawab penggilan telefon, menaip mesej dan membasuh baju demi menjadikan hidupnya lebih selesa.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Bagaimanalah agaknya boleh simpan kuku yang sangat panjang dan tak pernah potong selama 30 tahun. Rasanya kerja-kerja harian pastinya terbatas, malah paling penting kebersihan diri pasti terabai.
Sejak Jumaat lalu, panas ruangan media sosial dengan konstroversi pelakon baru, Alya Iman atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19 yang didakwa menjadi perosak rumah tangga.
Kontroversi Alya semakin panas apabila, isteri kepada seorang ahli perniagaan, Penny Salman berkongsi di instagram miliknya mendakwa yang suaminya mempunyai hubungan sejak setahun lalu dengan pelakon yang juga model muslimah ini.
Bagaimana pun, Alya tampil memberi kenyataan yang dirinya sudah bertunang dengan ahli perniagaan berkenaan pada 27 Februari lalu. Dan hubungannya berakhir pada Mac lalu, apabila pertunangannya itu tak mendapat persetujuan isteri ahli perniagaan berkenaan.
Bagaimanapun, Penny mendakwa yang Alya masih lagi berhubungan dengan suaminya. “Dah putus tunang bulan Mac. Hari raya kedua, bersama suami saya lagi.” Terang isteri ahli perniagaan berusia 30 tahun ini di instagram story dan turut berkongsi gambar Alya yang bergambar disamping suaminya.
Saya Masih Muda Dan Naif – Alya Iman
Susulan pendedahan itu, instagram Alya diserang pengguna laman sosial yang mengikuti cerita kontroversi anak pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini.
Menerusi instagram story, Alya menulis permohonan maaf, “Saya masih muda dan naif. Saya minta maaf pada siapa yang terluka.”
Akuinya, kecaman dan fitnah yang dilemparkan ke atas itu akan lebih mematangkan dirinya.
“Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. Dan saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah.”
Malah, Alya turut menjelaskan yang dis sudah pun memulangkan semua hadiah yang diberikan kepadanya.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...