
Zuriat pertama hadir setelah 20 tahun mendirikan rumah tangga – “Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu.” Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.
Zuriat Pertama Hadir Setelah 20 Tahun Mendirikan Rumah Tangga – “Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu.”
Kesabaran dan kecekalan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun ke-20 usia perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan melalui rawatan In Vitro Fertilization (IVF) di sebuah klinik kesuburan swasta.
Perkongsian menggembirakan ini dimuat naik menerusi satu video pendek di akaun TikTok milik Pakar Fertiliti dan Ginekologi, Dr Salleha Khalid. Norasniah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana impian yang dinantikan sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Syawal kali ini amat istimewa buat mereka kerana dapat menyambut hari lebaran bersama permata hati yang dinanti bertahun lamanya.
@drsallehakhalidWelcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu. Tahniah kpd Puan Nor Asniah dan En Syed Shamsul di atas kehadiran little princess 👸. Mohon doakan kami di Sophea dan rakan2 TTC yg lain. Keep it up ttc 💪🏻♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC
“Syukur Alhamdulillah, tahun 2024 saya dan suami menjalani rawatan IVF. Ini merupakan tahun ke-19 kami berusaha mendapatkan zuriat. Dan akhirnya, pada 16 Januari 2025, lahirlah puteri kami yang sangat dinanti-nantikan, Sharifah Amanda Raudhah,” katanya dalam nada sebak.
Norasniah turut berkongsi bahawa dia sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini. Namun, dia ingin menyampaikan pesan kepada pasangan lain yang sedang berjuang untuk mendapatkan anak agar tidak berputus asa.
Katanya, rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah dan akan datang pada waktu yang paling sesuai. Walaupun perjalanan mereka memakan masa dua dekad, dia percaya inilah detik paling tepat untuk menerima anugerah ini.
Pada usia 43 tahun, Norasniah masih merasa seolah-olah bermimpi dengan kehadiran si kecil yang kini berada dalam pelukannya. Hanya mereka yang melalui pengalaman yang sama mampu memahami perasaan tersebut. Dia juga menzahirkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang sentiasa setia menemani sepanjang tempoh mencabar itu.

Sumber: TikTok Dr Salleha Khalid
Baca artikel lain juga: “Walaupun Masih Tidak Diberikan Rezeki Anak, Tetapi Allah Bagi Hubungan Rumah Tangga Yang Tenang” Siti Elizad
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI