“Masa nak bayar teksi tadi baru perasan purse tak ada dalam beg. Zulin tertinggal kat seat tu. Dalam tu ada kad pengenalan, kad bank dan wang tunai. Apa nasib aku kat Korea ni. Bantuin saya please apa kena buat ni 😭 katanya yang berkongsi ujian dihadapinya itu.
Atas nasihat pengikut-pengikutnya termasuk menyuruh membuat laporan di bahagian Lost & Found, Zulin dan suami menuju semula ke lapangan terbang. Namun harapannya agak menghampakan kerana bahagian tersebut telah ditutup selain terpaksa membayar tambang teksi yang agak mahal dua kali ganda kembali ke hotel kerana sudah tengah malam.
Selain telah membuat laporan ke Air Asia, jelas pelakon ini adiknya yang bekerja di Air Asia turut membantunya membuat laporan di ibu pejabat Air Asia di Kuala Lumpur. Bagaimanapun masih belum menerima sebarang berita buat masa ini.
“Buat masa sekarang belum ada khabar berita, tak apa janji kita usaha kan,” katanya lagi.Dalam pada itu, Zulin memberitahu dia sempat menyekat kad miliknya sebaik sahaja menyedari dompet berkenaan hilang.Namun wang tunainya tidak diketahui nasib berikutan dompetnya yang belum ditemui itu. Dalam Risau Tetap Nikmati Percutian Di Korea
“Tak apalah mungkin Allah nak gantikan dengan rezeki lebih baik,” luahnya.
Dalam pada itu, dirinya dilihat menikmati percutiannya malah sambil bergurau dirinya memaklumkan suamilah yang perlu mengeluarkan semua perbelanjaan semasa bercuti di Korea ini.
Moga dipermudahkan urusan dirinya dan dompetnya ditemui kembali.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.