Zulin Aziz Pernah Jadi Mangsa Dera Amah, Kepala Dihantuk Ke Dinding, Dipukul Pakai Penyapu & Tidur Bilik Air

Share

Siapa sangka rupanya Zulin Aziz,28 yang merupakan Penyampai Radio di Suria Pagi ini pernah menjadi mangsa dera amah sewaktu beliau masih kecil. Pengalaman tragis kepala dihantuk ke dinding, dipukul pakai penyapu dan disuruh tidur didalam bilik air antara kenangan pahit yang pernah dilalui oleh Zulin sendiri.

Zulin berkongsi kisah tersebut menerusi akaun Twitternya kerana terkesan dengan berita mengenai seorang amah yang menjadi mangsa dera majikannya yang menjadi viral baru-baru ini.

Kata Zulin, walaupun kejadian itu berlaku ketika dia masih kecil namun dia tidak dapat melupakan kejadian ngeri itu.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Zulin mendedahkan kepalanya pernah dihantuk ke dinding, dipukul dengan menggunakan penyapu dan tidur dalam bilik air.

Berikut antara perkongsian beliau;

“Kejamnya majikan dera amah ni, macam firaun. Besar sangat ke salah dia sampai macam tu kau pukul. Manalah hati dia masa itu.

“Dulu masa kecik-kecik aku mangsa dera. Didera amah sampai satu hari jiran sebelah rumah mengadu kat arwah abah. Bayangkan kepala aku dihantuk-hantuk kat dinding. Kena pukul pakai penyapu, tidur dalam bilik air. Aku masih ingat lagi. Tapi arwah abah cuma halau dia keluar dari rumah.

“Aku mengadu sorang pun tak percaya. sebab bibik kemain baik depan dorang. Jiran aku indian, selalu nampak dan dengar aku kena bantai. Terima kasih jiran, walau wajah kau tak aku ingat, tapi aku nak terima kasih sangat.

“Bila ingat balik ya Allah. Takutnya keadaan aku waktu itu. Mak, ayah sibuk kerja. Oustation ke sana ke mari. Hish tak nak ingatlah. Tutup cerita. Allah,” tulisnya.

Kesimpulannya, mak ayah walau macam mana sibuk bekerja pun, mohon pantau-pantau lah juga keadaan anak yang ditinggalkan bersama pembantu rumah.Lebih-lebih lagi anak yang masih kecil, masih tak pandai untuk mengadu.Jangan percaya sepenuhnya pada pembantu rumah, simpan sedikit rasa sangsi pada mereka.Banyakkan berdoa, semoga perkara-perkara begini dielakkan dalam keluarga kita.

Semoga bermanfaat!

Foto: Twitter @iamzulinaziz / Instaram @zulinaziz

Published by
Suhaidah Abd Wahab