Zulin Aziz Nikah 20 Februari, Tunang Akui “Dialah Wanita Yang Saya Mahu Sehidup Semati”

Share

Zulin Aziz nikah 20 Februari, tahniah diucapkan buat Zulin Aziz yang baru saja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan.

Selepas dua tahun berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta termasuk sebagai rakan kongsi perniagaan, Zulin Aziz dan Farhan Norzaini mengikat tali pertunangan.

Seperti mana yang dilaporkan, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan dan telah memilih tarikh 28 Januari selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.

Zulin Aziz Nikah 20 Februari

Pada majlis pertunangan semalam,

Zulin turut menerima dua bentuk cincin iaitu merisik dan bertunang daripada tunangnya.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci,” luah Zulin.

Merungkai tentang diri tunangannya, Zulin percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” sambung Zulin.

Menarik Di Sini : Zulin Aziz Bimbang Dijangkiti Covid-19, 4 Hari Kuarantin Hilang Deria Bau

Zulin Aziz Dikesan Ada Cyst, Harap Ia Mengecut & Tak Perlu Jalani Pembedahan Dalam Masa 6 Bulan

Zulin Miliki Hati Yang Tulus & Ikhlas – Farhan

Farhan pula memberitahu dia memilih Zulin dek kerana wanita ini merupakan seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.

“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.

“Disitu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kata Farhan.

Pasangan ini menetapkan untuk berkahwin pada 20 Februari ini. Mereka sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya cantik selain tidak mahu bertunang lama-lama dan mempercepatkan benda baik.

Mingguan Wanita: Tahniah Zulin, wah tak sabar nak tunggu Zulin naik pelamin.

Sumber Foto : Ihsan Kahnz Photograffiti/ Jimmy Kamarudin

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh