Zulfarhan melecur 80 peratus, doktor ini kongsi formula anggaran luas permukaan tubuh manusia. Keputusan kes dera dan bunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan telah pun diumumkan.
Zulfarhan Melecur 80 Peratus, Doktor Ini Kongsi Formula Anggaran Luas Permukaan Tubuh Manusia
Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Bagaimana kematian boleh berlaku akibat kesan kelecuran yang berlaku? Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi ilmu tentang formula anggaran luas permukaan tubuh manusia. Kelecuran akibat ditekap seterika wap panas yang dialami Kadet Zulfarhan ialah sebanyak 80%.
Dalam perkongsian tersebut, formula yang digunakan adalah Rule of 9 dan Rule of palm. Jom ikuti perkongsiannya.
Tahu tak bagaimana doktor anggar luas permukaan tubuh manusia?
Dalam bidang perubatan, untuk menganggar jumlah permukaan kelecuran, antara formula yang petugas perubatan gunakan adalah “The Rule of 9” dan “Rule of Palm”.
Rule of 9
Konsepnya adalah: luas permukaan anggota tubuh dibahagikan kepada peratusan berikut: *rujuk gambar untuk mudah faham.
Kepala = 9% (4.5% depan + 4.5% belakang)
Badan depan = 18% (dada 9% + perut 9%)
Badan belakang = 18% (atas 9% + bawah 9%)
Tangan = 9% (4.5% depan + 4.5% belakang)
Kaki = 18% (9% depan + 9% belakang)
Kelengkang (termasuk kemaluan) = 1%
Rule of Palm
Konsepnya adalah: luas permukaan tapak tangan (termasuk bahagian jari) adalah 1% dari permukaan keseluruhan tubuh.
Luas tapak tangan manusia berbeza-beza, jadi luas tapak tangan pesakit itu sendiri yang perlu digunakan untuk ukur saiz kelecuran pada tubuhnya.
Penutup: Apa yang dilakukan oleh pesalah adalah kejam dan tidak berperikemanusian.
Hukuman yang diputuskan mahkamah hari ini adalah amaran dan peringatan kepada semua.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca artikel lain juga: Kronologi Kes Menyayat Hati, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan, 6 Pelaku Ke Tali Gantung
Izara Aishah Selar Pembuli Arwah Zulfarhan,Banyak Duit Tapi Bod*h, Syirik Hilang Maruah
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI