Zizi Kirana pilih kekal berhijab, sememangnya penyanyi ini begitu manis apabila mengenakan hijab. Artis kelahiran Sabah ini telah berhijab sejak Ramadan lalu pada awalnya hanya dilakukan bagi menghormati bulan mulia. Namun kini, Zizi telah memilih untuk kekal bertudung.
Zizi Kirana Pilih Kekal Berhijab
Pemilik nama sebenar Nur Fazelah @Zizie Mad Tahil, 36 ini sangat bersyukur apabila niatnya untuk berhijrah diiringi dengan doa dan kata-kata indah dari peminat.
“Alhamdulillah ramai yang mendoakan dan saya rasa bersyukur sangat dengan diri saya hari ini.
“Sebenarnya dari dulu saya tidak selesa untuk berkongsi secara terbuka tentang hal berhijab ini kerana pada saya, jika tiba masa saya memilih untukberhijab penuh, saya akan lakukan sahaja tanpa perlu memberitahu sesiapapun,” luah Zizi seperti mana dipetik menerusi SinarPLus.
Gembirakan Hati Ibu
Zizi juga menerangkan paling gembira perubahan dirinya, ialah ibu kesayangan.
“Ibu paling gembira dan senang hati dengan perubahan ini. Memang dari dulu dia suruh pakai tudung, tetapi tidak pernah memaksa apatah lagi mengherdik saya untuk tujuan itu.
“Apa yang dia lakukan adalah nasihat, nasihat dan nasihat. Alhamdulillah lama-kelamaan nasihat itu masuk ke dalam hati saya,” terang Zizi secara jujur.
Ads
Kerap Dapat Undangan Program Keagamaan
Zizi juga akui kini kerap mendapat undangan menjayakan program keagamaan di televisyen terutamanya untuk sesi mengaji al-Quran.
“Semuanya di luar jangkaan dan saya percaya itu adalah rezeki yang diaturkan Allah untuk saya sepanjang pandemik ini.
“Biarpun tidak ada persembahan pentas, tetapi hampir setiap minggu menerima undangan menjayakan pelbagai program keagamaan, terutamanya untuk belajar mengaji dengan Tarannum dan sebagainya.
“Bila terlibat dengan program-program begini, semakin ramailah ustaz dan ustazah yang saya kenal dan sekali gus membuka ruang lain pada saya untuk terus memperbaiki diri,” katanya yang juga sering melakukan aktiviti keagamaan menerusi Instagram Live.
Akui Zizi dia tidak merancang untuk mengadakan program seperti mengaji dengan Tarannum, semuanya dilakukan atas permintaan pengikut di Instagram.
“Selalunya saya tak rancang pun nak buat sesi berkenaan. Ia berlaku secara spontan apabila ada pengikut yang tiba-tiba minta buat selawat, qasidah atau pun Tarannum al-Quran.
Ads
“Saya tak buat seorang, tetapi dengan bantuan rakan-rakan ustaz atau ustazah. Kalau ikutkan hati, memang tak berani nak buat sebab segan kalau salah. Namun niat saya hanya satu, nak kongsi ilmu dan sama-sama belajar dengan pengikut IG saya.
“Tak sangka pula ramai yang berminat dan ikut IG live itu. Malah ada sanggup tunggu sampai habis sesi tersebut yang kadang-kala berlarutan hingga dua jam,” ujarnya yang berasa begitu tenang selepas memilih untuk kekal berhijab.
Sumber: SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Zizi Kirana
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh malang tidak berbau. Tidur dalam keadaan mulut terbuka juga boleh mengundang bahaya, binatang mahupu serangga masuk ke dalam mulut.
Pelik lagi mengerikan tapi itu yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita di Levashi, Rusia selepas seekor ular berukuran 1.2 meter panjang memasuki ke dalam mulut wanita semasa sedang tidur.
Memetik laporan dari Daily Mail, ular itu masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur, di rumahnya pada Isnin.
Dibius
Wanita itu rasa tidak selesa serta tidak sihat, dan telah dihantar ke hospital. Doktor memberikan wanita itu bius untuk membolehkan doktor mengeluarkan ular daripada mulutnya menerusi tiub yang dimasukkan ke tekaknya.
Menerusi rakaman satu klip video yang viral, cukup mengerikan apabila seorang doktor mengeluarkannya dengan menarik ular tersebut dari dari saluran kerongkong dan tekak wanita tersebut. Beberapa pekerja di wad pembedahan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.
Keadaan wanita itu juga stabil selepas ular berkenaan berjaya dikeluarkan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ular tersebut masih hidup atau telah mati ketika dikeluarkan.
MW: Ngerinya baca cerita sebegini. Bahaya tidur dengan mulut terbuka.Jika tak dimasuki binatang berbahaya pun, kemungkinan dimasuki serangga itu pasti ada. Paling penting utamakan kebersihan dan keselamatan di ruang bilik tidur, sebelum kita nak melelapkan mata.
Dua tiga hari ini berlegar isu berkaitan laptop dan anak-anak B40. Membesar dari kalangan keluarga B40 ini tidak semudah yang dibayangkan.
Bermacam ujian perlu anak-anak ini tempuh terutama berkaitan kewangan. Lagi pula diuji dengan PKP yang mungkin membuatkan ibu ayah hilang pekerjaan.
Mana mampunya mahu membeli laptop untuk kegunaan pembelajaran online. Pensyarah ini, Dr Khair Razlan Othman juga punya kisah dengan pelajarnya.
Amat menarik kisahnya untuk diteladani. Kerana, berkat usaha dan kesungguhan pensyarah memberikan bantuan dan galakan, anak didiknya yang terdiri dari kalangan B40 ini hampir mendapat keputusan yang cemerlang.
Kisah Laptop Dan Budak B40
Saya ada cerita tentang laptop dan budak B40.
Satu sem tu, ada satu subjek ramai fail. Lecturernya kabo bebudak tu tak hantar kerja.. Dah la bagi extension pun tak hantar.. Sebagai lecturer yang baik hati, memang pantang betul dengar budak perangai camni.
Cumanya ada sorang tu. Sedih pulak bila dengar alasannya.. Dia kata dia takde laptop! Fuhh..
Next sem, diorang repeat subjek. Akulah pulak yang kena ajar. First thing in the morning yang aku buat, aku cari budak takde laptop tu. Subjek microprocessor kot.. Tada laptop nak lulus camna..
Mod investigasi on, kena pastikan juga ada laptop.. Aku tak nak dia bazir duit mak ayah but then fail lagi…
Aku sembang dengan budak ni. Struggle of PKP is real (Gambar 2).
Kesian weih.. Aku suruh masuk kampus sebab boleh guna komputer kat lab. Dia takde duit nak bayar hostel.. Aku usahakan call Direktor Kampus nak minta duk hostel free.
And as Pengerusi Masjid, proposal bantuan laptop ready. Misi laptop on. Jihad menuntut ilmu. Apa guna masjid ada duit tapi takleh bantu.
Cuma kebetulan pulak masa tu budak sekolah dah masuk sekolah sat, takdalah PDPR sekejap.. Dapatlah dia pinjam laptop sepupu dia. So, as dah ada laptop aku pun approve registration dia. Selagi ikhlas nak belajar. I’ll do my best!
Budak bagus. Adab ada. 14 minggu lah aku tazkirahkan. Kena pastikan dia and da gang tak repeat paper..
Guess what?
Dia nyaris dapat A woi.. Ke A- ek.. Aku pun dah lupa… Sebagai pendidik, tiada apa yang kita inginkan melain kejayaan anak murid dan doa mereka.
Walau aku ajar microprocessor. Ajar bahasa robot. Tapi aku still seorang manusia. Punya empati yang membezakan hakikat seorang insan dengan robot.
Semoga Allah SWT beri aku dan korang semua kekuatan dan empati untuk memanusiakan manusia.
Salam Juang!
Mingguan Wanita :Bertuah pelajar-pelajar ini kerana direzekikan berjumpa pendidik yang besar jiwanya. Sedia membantu pelajar dan benar-benar mahu lihat pelajarnya berjaya di masa hadapan.
Baik suri rumah ke wanita kerjaya, kalau dah nama mak-mak memang tak dapat lari dari kalut ribut urus anak-anak dan rumah tangga. Lucu cerita penyampai radio, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah ini, bila mana terpakai seluar terbalik.
Ketika nak keluar ke satu lokasi, dan Cik Piah tersangkut di dalam kesesakan lalulintas itulah dia kongsikan yang dia dah pakai seluar terbalik. Yang lucunya, sebelumnya Cik Piah dah pernah pakai baju terbalik.
Haa.. macam tu sekali kan tahap kekalutan bila mak-mak fikir banyak benda.
Dan dalam posting yang berbeza di instagramnya, Cik Piah jelaskan sebab kejadian itu dengan lebih lanjut.
Tulisnya,
“Kadang terpikir kenapalah boleh pakai baju terbalik, seluar terbalik. Gais korang kena paham, urat mak-mak banyak putus. Lepas tu mak-mak ni banyak kerja yang dibuat.
“Sebab tu jadi camni. Banyak benda yang dia pikir sampai pakai seluar pun terbalik. Tapi Cik Piah tetap confident je tadi. Walaupun seluar terbalik, ada aku kisah. Yang penting aku pakai seluar.”
Cik Piah Makin Berseri-seri Dan Langsing
Lucu betul Cik Piah ini. Sebenarnya bukan Cik Piah sorang lalui pakai baju ke seluar terbalik ni. Ramai lagi dekat luar sana dah alaminya.
Tudung terbalik pun pernah. Lagi parah.. stoking sebelah warna lain, sebelah lagi warna lain. Jangan tak tau.. pernah tercipta dalam sejarah tau pasal stoking warna lain-lain ni.
Tentunya, sebab nak cepat. Dan tak perasan.
Konfiden tu yang penting.
Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan nampaknya semakin berseri-seri dan langsing. Rupanya selain rajin berzumba, Cik Piah amalkan suplemen kesihatan. Paling utama tentulah menjaga dua orang anak lelakinya yang comel tu, Adam Malique dan Nuh Aryyan.
Cik Piah mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Abd Wahab sekitar Mei 2016.