Zizi Kirana pernah mengandung luar rahim. Rupa-rupanya penyanyi dan pelakon Zizi Kirana pernah mengandung namun mengalami keguguran.
Penyanyi yang berasal dari Sabah itu yang mendirikan rumahtangga bersama pelakon Yusuf Bahrin pada 19 September 2021 telah berkongsi tentang kandungan tersebut.
Pasangan yang berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia itu menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia memberitau dirinya pernah mengalami keguguran sekitar akhir tahun 2021.
Pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil turut menyatakan kandungannya tidak dapat diselamatkan kerana berada di luar rahim.
“Saya mengalami keguguran pada awal Disember 2021. Ketika itu, saya tak tahu pun sedang hamil dan sibuk dengan kerja.
“Pada mulanya, badan rasa sakit-sakit, kemudian saya teringin epal fuji merah. Bila Yusuf (suami) beli epal lain saya tak nak. Tapi layankan saja.
“Ada masa rasa tak nak makan hidangan berkuah, sampaikan tak nak tengok. Bila rasa begitu, saya jadi pelik. Jadi saya pun cuba buat ujian kehamilan, ada dua garis. Terkejutlah kami.
“Apabila buat temu janji di klinik, hari esoknya terus ada darah keluar dan sakit perut sampai menggigil. Bila ke hospital, doktor periksa ada pendarahan dan janin tak boleh diselamatkan sebab kandungan luar rahim,” kongsi Zizi seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Penyanyi itu juga turut berkongsi ketika kejadian dirinya terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan sebanyak dua kali akibat pendarahan terlalu banyak.
“Dua kali saya masuk bilik pembedahan dan kena bius sebab terlalu banyak pendarahan. Saya memang tak sedar.
“Apa yang saya ingat sebelum masuk bilik bedah Yusuf cakap ‘Sayang kena hidup tau… saya tunggu kat luar’.
“Saya bersyukur Yusuf selalu tenangkan saya dan beri semangat. Katanya Allah yang beri rezeki dan kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa bersyukur,” ungkapnya.
Walaupun berlaku keguguran namun Zizi menyatakan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil.
Menarik Disini: Zizi Kirana Pilih Kekal Berhijab “Ibu Paling Gembira, Senang Hati. Memang Dari Dulu Suruh Pakai Tudung”
Zizi Menyanyi Selagi Dapat Izin Suami, Imej Berhijab “Tahu Batasan, Kurangkan Aksi Tarian Lincah”
Mingguan Wanita : Semoga ada rezeki lain buat pasangan ini untuk mendapat zuriat.
Sumber : Harian Metro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.