Wabak Covid-19 sedang melanda negara kita, bahkan juga seluruh dunia. Menjadi kebiasaan manusia biasa, apabila diuji dengan sebarang jenis musibah manusia khususnya muslim akan jadi lebih mesra dengan Sang Pencipta – Allah SWT. Ikuti perkongsian daripada Oleh: Ustaz Zahiruddin Zabidi  fb:https://www.facebook.com/ZahiruddinZabidi

Wabak Ini Ujian Allah Untuk Kembali Pada-Nya

Semua orang sedang kerisauan dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara. Apakah Allah SWT akan menyindir kita macam sebahagian ahli keluarga, kawan-kawan, majikan apabila kita pergi kepada-Nya ketika kita ada masalah macam sekarang?

TIDAK! Tidak sama sekali. Justeru, kita lihat banyak sebenarnya doa-doa dan zikir yang termuat dalam al-Quran dan hadis sahih berkaitan dengan ujian, bala, bencana, wabak dan seumpama.

Usaha Dan Ibadah

Allah SWT yang menimpakan ujian ini krpada kita dan Allah SWT juga yang menyuruh kita kembali kepada-Nya dengan usaha dan ibadah yang sesuai dengan apa yang sudah digarispandukan melalui al-Quran dan al-Sunnah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Zikir Dan Doa Terbaik Diamalkan Sepanjang Musibah Wabak Covid -19

Amalkan Doa Ummu Salamah

Antara yang bagus dan utama untuk kita amalkan adalah Doa Ummu Salamah, ia adalah doa yang diajarkan kepada Ummu Salamah oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika beliau diuji dengan musibah kematian suaminya, Abu Salamah.

Ads

Doa tersebut berbunyi:

اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Ya Allah Engkaulah Tuhanku, ganjarilah aku atas musibah yang menimpaku ini dan gantikannya dengan yang lebih daripada itu.” (HR Muslim)

Berkat mengamalkan doa ini, Ummu Salamah kemudian mendapat suami yang lebih baik daripada suaminya yang terdahulu iaitu Rasulullah s.a.w sendiri.

Ads

Baca Doa Ini Tiap Pagi Allah Jaga Sampai Petang

Antara doa perlindungan yang wajar jadi amalan harian kita sebanyak mungkin dalam situasi apapun, apatah lagi pada musim wabak Covid-19 ini.

Ini adalah kerana keumuman sifat doa tersebut dan khasiatnya yang sahih daripada sabda Rasulullah s.a.w sendiri:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلا فِي الْسَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak akan berlaku sebarang mudarat apapun atas namanya di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (HR Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Ads

Doa ini menurut Rasulullah s.a.w, jika dibaca tiga kali pada waktu pagi, akan dijaga oleh Allah sampai waktu petang.  Manakala jika dibaca pada waktu petang, akan terjaga sampai waktu pagi.  Semoga kita terus amalkan doa ini sepanjang hidup kita selepas ini.

Doa ini ada pengkhususan sedikit sesuai dengan situasi wabak sekarang ini. Ini adalah kerana lafaz wabak disebut dengan jelas dalam doa ini. Cuba perhatikan lafaznya:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَالْبَرَصِ وَسَيِّيءِ الأَسْقَامِ

Maksudnya: “Ya Allah Engkaulah Tuhan, sesungguhnya kami mohon perlindungan-Mu daripada penyakit gila, kusta, sopak dan sebarang jenis penyakit yang menggerusnkan.” (HR al-Nasa’i)

Cadangan Tambahan Tangani Wabak Covid-19

Demikianlah beberapa cadangan doa yang ringkas dan umum daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Dalam masa yang sama, doa yang diucapkan dalam hati atau secara lafaz secara umum tidak perlu pun dalam bahasa Arab.

Sebenarnya juga, doa yang paling kuat peluang untuk mustajab adalah doa (sepanjang kita dalam solat khususnya waktu sujud dan juga rutinkan membaca al-Quran dan sudahi dengan doa-doa yang kita mahu kepada Allah SWT, insya-Allah.

https://www.mingguanwanita.my/doa-dimakbulkan-ketika-sujud-saat-istimewa-hamba-paling-dekat-dengan-penciptanya-1/

https://www.mingguanwanita.my/pesan-mak-bakal-hafizhafizah-ni-mommy-jangan-jadi-tarzan-sebaiknya-tukar-amarah-jadi-doa/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI