Ziela Jalil Akui Sudah Bernikah, Isteri Kedua “Saya Anggap Ia Adalah Takdir Dan Jodoh”

Share

Datuk Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil mengakui dia kini sudah berkahwin dan merupakan isteri kedua.

Penerbit Pena Cretive ini juga menyatakan apa yang dilalui itu adalah takdir hidupnya yang sudah ditentukan Allah SWT.

Ziela Jalil Akui Sudah Bernikah

Sebelum ini heboh ciapan di laman Twitter oleh seorang wanita yang mendakwa dan mendedahkan Ziela sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua.

Menerusi portal online Harian Metro, Ziela tampil menjelaskan perkara sebenar. Malah beliau juga memaklumkan tidak mahu isu itu dibangkitkan pihak lain yang dianggap sengaja untuk mengaibkan dirinya.

Gambar yang dikongsi di Harian Metro.

“Ya, saya sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar. Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dengan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.

Berkenalan Hanya Lima Minggu

“Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.

“Saya anggap ia adalah takdir dan jodoh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya. Mungkin ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meninggal dunia,” kongsinya.

“Allah Hadirkan Takdir Lain Untuk Saya”

Difahamkan juga Ziela mengakhiri zaman jandanya selepas 11 tahun arwah suaminya, Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Megat Junid bin Megat Ayub meninggal dunia.

“Sepanjang 11 tahun arwah suami meninggal, memang tidak pernah terbuka hati atau ada perasaan untuk berkahwin lagi.

“Sebenarnya, saya selalu cakap pada orang tak nak, takkan dan tidak mungkin berkahwin lagi. Tiga ayat ini akhirnya saya telan balik sebab Allah yang menggenggam dan membolak-balikkan hati saya.

“Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya”

“Jadi, pada saat saya terlalu cintakan arwah, ternyata Allah berkehendak lain. Allah hadirkan takdir lain untuk saya.

“Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya. Begitu juga cinta lain daripada orang lain iaitu suami kini akan ada di sisi lain dalam hati saya.

“Jadi, apabila berlakunya perkahwinan ini, ia bukan perancangan saya. Kalau tidak, masakan saya tunggu selepas 11 tahun arwah meninggal dunia baru nak kahwin. Bukan bidang kuasa saya mengenai jodoh. Apatah lagi semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat,” ungkapnya.

Baca Disini Juga:

Ibu Ziela Jalil Meninggal Dunia, “Assalamualaikum Nek, Semoga Husnul Khotimah Buatmu” Dr. Puteri Julia

‘Umur 12 Tahun Dr Puteri Julia Dah Khatam Al Quran 3 Kali’, Bertuah Ziela Jalil Punya Anak Membahagiakan

Bila Ada Rezeki, Impian Ziela Jalil Buatkan Mak Bilik Cantik Tak Kesampaian

Perlu Jaga Hati Banyak Pihak

Ziela juga baru sekarang terbuka hati untuk berkongsi tentang perkahwinannya dek kerana banyak hati yang perlu dijaga.

“Saya bukan jenis yang suka uar-uarkan sesuatu perkara terutama isu sebegini. Saya tidak bercakap mengenai perkara ini bagi menghormati keluarga suami iaitu isteri dan anak-anaknya.

“Tapi, apabila anaknya membuat ciapan di Twitter membabitkan saya dan hubungan ini, bagi saya dia tidak ada hak untuk buat kenyataan bagi pihak saya. Saya juga ada privasi tersendiri.

“Kalau betul mereka nak perkara ini didedahkan, biar daripada mulut saya sendiri. Bukan daripada mereka dan dengan cara sebegini,” kongsinya lagi.

Sumber : Harian Metro
Sumber Foto: Instagram Ziela Jalil

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh