Datuk Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil mengakui dia kini sudah berkahwin dan merupakan isteri kedua.
Penerbit Pena Cretive ini juga menyatakan apa yang dilalui itu adalah takdir hidupnya yang sudah ditentukan Allah SWT.
Ziela Jalil Akui Sudah Bernikah
Sebelum ini heboh ciapan di laman Twitter oleh seorang wanita yang mendakwa dan mendedahkan Ziela sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua.
Menerusi portal online Harian Metro, Ziela tampil menjelaskan perkara sebenar. Malah beliau juga memaklumkan tidak mahu isu itu dibangkitkan pihak lain yang dianggap sengaja untuk mengaibkan dirinya.
“Ya, saya sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar. Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dengan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.
Berkenalan Hanya Lima Minggu
“Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.
“Saya anggap ia adalah takdir dan jodoh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya. Mungkin ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meninggal dunia,” kongsinya.
Ads
“Allah Hadirkan Takdir Lain Untuk Saya”
Difahamkan juga Ziela mengakhiri zaman jandanya selepas 11 tahun arwah suaminya, Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Megat Junid bin Megat Ayub meninggal dunia.
“Sepanjang 11 tahun arwah suami meninggal, memang tidak pernah terbuka hati atau ada perasaan untuk berkahwin lagi.
“Sebenarnya, saya selalu cakap pada orang tak nak, takkan dan tidak mungkin berkahwin lagi. Tiga ayat ini akhirnya saya telan balik sebab Allah yang menggenggam dan membolak-balikkan hati saya.
“Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya”
“Jadi, pada saat saya terlalu cintakan arwah, ternyata Allah berkehendak lain. Allah hadirkan takdir lain untuk saya.
Ads
“Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya. Begitu juga cinta lain daripada orang lain iaitu suami kini akan ada di sisi lain dalam hati saya.
“Jadi, apabila berlakunya perkahwinan ini, ia bukan perancangan saya. Kalau tidak, masakan saya tunggu selepas 11 tahun arwah meninggal dunia baru nak kahwin. Bukan bidang kuasa saya mengenai jodoh. Apatah lagi semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat,” ungkapnya.
Ziela juga baru sekarang terbuka hati untuk berkongsi tentang perkahwinannya dek kerana banyak hati yang perlu dijaga.
“Saya bukan jenis yang suka uar-uarkan sesuatu perkara terutama isu sebegini. Saya tidak bercakap mengenai perkara ini bagi menghormati keluarga suami iaitu isteri dan anak-anaknya.
“Tapi, apabila anaknya membuat ciapan di Twitter membabitkan saya dan hubungan ini, bagi saya dia tidak ada hak untuk buat kenyataan bagi pihak saya. Saya juga ada privasi tersendiri.
“Kalau betul mereka nak perkara ini didedahkan, biar daripada mulut saya sendiri. Bukan daripada mereka dan dengan cara sebegini,” kongsinya lagi.
Sumber : Harian Metro Sumber Foto: Instagram Ziela Jalil
Kematangan dalam diri bukanlah hanya dinilai semata-mata dari segi peringkat umur seseorang. Umur yang meningkat atau ‘lebih makan garam’ bukanlah tanda diri seseorang itu benar-benar matang dan bertindak tanpa mengikut emosi.Sebenarnya kematangan dalam diri seseorang boleh dilihat bagaimana kita menanganinya.
Tak suka kat sesiapa pun kita takkan post apa-apa di media sosial yang tuju kat dia, yang memerli atau menyindir dia kerana kita tahu bahawa tiada guna untuk memberitahu satu dunia tentang ‘ketidaksukaan’ kita pada insan tersebut. Ini antara kita dan dia sahaja, cukup, tak perlu melibatkan orang lain.
2. Fokus Kehidupan Sendiri
Bila kita matang,
Kita takkan stalk orang yang kita tak suka tu untuk up to date dengan apa yang dibuatnya, untuk mencari kesalahan dan kesilapannya supaya kita boleh menceritakannya pada orang lain dalam bentuk umpatan ataupun fitnah…Kita hanya fokus kepada kehidupan sendiri sahaja.
3. Lebih Banyak Berdiam Diri
Bila kita matang,
Kita lebih banyak berdiam diri apabila kita diumpat, difitnah, diperli dan disindir. Tiada guna untuk menjelaskan kepada mereka akan perkara yang sebenar kerana hakikatnya mereka tetap tidak akan boleh menerima penjelasan kita.
4. Tak Cepat Melenting
Bila kita matang,
Kita tidak akan cepat melenting dan terkesan dengan perbuatan-perbuatan mereka yang kurang senang dengan kehidupan kita kerana kita tahu yang sebenarnya kehidupan kita adalah jauh lebih baik lagi daripada mereka dan kita dah selangkah di depan mereka.
Kita adalah “role model” mereka kerana mereka selalu menjadikan kita sebagai fokus utama dalam kehidupan seharian mereka.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, kita benar-benar matang apabila dapat memenuhi semua ciri-ciri seperti yang dikongsikan ini. Tak perlu berkongsi semuanya di media sosial, banyakkan bersabar, berdiam diri, tak mudah melenting dan paling penting hanya fokus pada kehidupan sendiri.
Kuih Kaswi antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang lemak manis dan lembut, memang sedap dinikmati bila-bila masa. Jika selalu kita buat kuih Kaswi Gula Merah masukkan dalam loyang je, boleh cuba resipi Kaswi Pandan.Memang sedap dan cantik. Resipi guna sukatan cawan memang mudah, guna acuan boleh dapat 24 biji.
Ikut resipi Kaswi Pandan Cantik yang dikongsikan oleh Puan Ziela Ramliini sebagai rujukan;
Si hijau cantek ni asyik lalu lalang dekat wall FB, hari ni kena juga buat. Bukan sebab viral tpi sebab suka tengok yang cantik-cantik.
Orang selalu kata indah khabar daripada rupa, tapi hari ni nak tukarlah, “seindah rupa dan khabar.” Tak manis sangat, sedap dan kena dengan tekak. Tekstur kenyal-kenyal sebab tu ada yang bagi nama “ Kaswi Gedik” tpi ada juga yang bagi nama “Kaswi Cantik ”. Excited oo masa keluarkan dari acuan. Memang cantekk pun! Ada yang dah jatuh hati?
Kuih KASWI pandan lembut bergedik,kenyal dan cantik.
Bahan-Bahan:
1 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan )
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sb air kapur
sedikit garam
1. Acuan sapu dulu dengan sedikit minyak.
2. Isi adunan sehingga penuh acuan tu dan kukus 15 minit.
3. Dah masak angkat tunggu kuih betul-betul sejuk baru keluarkan daripada acuan.
Info Ekstra!
Resepi ni boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.
Kelapa parut kukus sekejap untuk tahan lama tak mudah basi.
Mingguan Wanita: Memang cantik, elok kenyal lembut bergedik kuih kaswi pandan ni bila ikut resipi ni. Nak buat pun mudah, ikut sukatan cawan dan guna acuan cantik ni, mesti jadi nanti.
Bagi pencinta binatang, apa sahaja sanggup dilakukan demi haiwan kesayangan. Termasuklah sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membela binatang-binatang ini.
Upah Jaga Buaya
Pelakon dan pelawak Indonesia, Denny Cagur bersedia membelanjakan 5 juta rupiah (RM1,429.72) sebagai upah menjaga buaya peliharaannya namun tiada siapa yang sanggup mengendalikan reptilia itu, lapor portal berita Tempo, semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu turut memelihara 30 ekor kura-kura, lapan kucing, tujuh ular, ikan dan burung di samping mempunyai empat pekerja untuk menguruskan haiwan kesayangannya.
“Saya ada haiwan peliharaan baharu. Kalau ada mahu menjaganya, saya akan beri gaji istimewa tambahan daripada gaji bulanan yang biasa diberikan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik isterinya di laman YouTube.
Tambahan Gaji
Pekerja yang pada mulanya teruja mendengar tambahan gaji berjumlah 5 juta rupiah itu menjerit ketakutan sehingga ada yang melompat ke atas sofa apabila Denny mengeluarkan buaya tembaga itu daripada kurungan.
Mereka turut memberi pelbagai alasan untuk tidak ditugaskan menjaga haiwan itu.
Bagaimanapun, selepas dileteri isterinya yang bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga, Denny memberitahu, dia tidak mahu memelihara haiwan itu dan hanya menyewanya untuk mengusik pekerja.
Beberapa gambar yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan buaya tembaga berusia lapan tahun itu hampir mencapai ketinggian Denny namun dia kelihatan tidak kekok mendukung dan membelai haiwan itu biarpun baru pertama kali memegangnya.
MW: Aduhai macam-macam ragam. Kalau dah sayang tu, memang sanggup keluarkan belanja besar. Namun walaupun sukakan haiwan eksotik dan bela di rumah pastikan lebih berhati-hati dengan keselamatan diri iya.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...