Berita

Ziana Zain Kuat Tempuhi Dugaan Demi Anak-Anak “Berdoa, Percaya Allah Pegang Rezeki Kita”

Share

Ziana Zain kuat tempuhi dugaan demi anak-anak. Berstatus ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi perlu membesarkan empat orang anak sendirian.

Walau nampak sentiasa ceria namun sebenarnya penyanyi terkenal Ziana Zain akui dia perlu kuat berdepan dengan dugaan hidup demi anak-anak tersayang.

Seperti mana dipetik menerusi perkongsian Ziana menerusi temu bual dalam program Borak Selebriti stesen radio Sinar FM yang dikendalikan oleh Dina Nadzir dan Falyq Hikyle, cabaran paling besar dalam hidup sewaktu wabak Covid 19 melanda dunia.

Ziana Zain Kuat Tempuhi Dugaan Demi Anak-Anak

Sememangnya sewaktu wabak Covid 19 yang melanda dunia tiga tahun lalu Ziana turut berdepan dengan kesukaran membesarkan empat anaknya apatah lagi negara ketika itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain sebab dek kerana mengimbau saat genting ketika itu di mana dirinya terpaksa menggunakan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan.

“Ia bermula selepas saya bercerai sehingga tiga ke empat tahun kemudian.

“Ketika itu tiada kerja dan terpaksa guna duit simpanan memandangkan tiada tawaran disebabkan Covid 19.

“Kalau saya anak dua mungkin tiada masalah tetapi dalam keluarga kami ada lima orang,” luah Ziana.

Sakit Hingga Terpaksa Buat Pemeriksaan Di IJN

Kongsi Ziana lagi, pada waktu itu juga kesihatannya terjejas apabila mula mengalami masalah sakit perut disebabkan gastrik dan gerd.

“Sebelum ini saya tahan diri tak makan demi peminat. Itu pengorbanan yang perlu saya lakukan. Ketika PKP saya makan sampai dapat gastrik dan gerd.

“Saya rasa sakit sehingga terpaksa pergi buat pemeriksaan di Institut Jantung Negara sebab menyangka ada masalah jantung tetapi doktor maklumkan saya mengalami gastrik yang teruk,” sambungnya.

Tidak Putus Doa Agar Dikurniakan Rezeki

Ziana juga tidak pernah putus doa dan percaya Allah pegang rezeki kita.

“Saya hanya berserah kepada Allah. Saya berdoa dan percaya Allah pegang rezeki kita.

“Cuma kita tidak tahu ia datang cepat atau lambat,” ceritanya.

Baca Disini : Bergelar Ibu Tunggal, Namun Ziana Zain Tetap Ajar Anak Wajib Hormati Bapa Mereka

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

 

Published by
Norhayati Suboh