Kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia di sebuah sungai, berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Laungan ‘Allahuakbar’ dan tangisan hiba memecah kesunyian malam di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, susulan penemuan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Zayn Rayyan hilang sejak semalam
Tubuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui penduduk danggarkan lebih 200 meter daripada lokasi yang dilaporkan hilang sekitar pukul 10 malam tadi. Suasana hiba menyelubungi penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini sebaik sahaja jasad kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui.
Lebih memilukan apabila bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali.
Ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
Penduduk di kawasan kejiranan tersebut masih lagi menunggu proses membawa keluar mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui di sebatang sungai berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Ads
Memetik Kosmo Online, penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman yang melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut.
Terdahulu ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.
Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anaknya itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.
Ads
“Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuknya naik ke rumah kerana saya perlu memasak serta menyiapkannya untuk dihantar ke rumah pengasuh.
“Ketika menaiki tangga, saya memegang barang basah yang baru dibeli dan beg sekolah sementara Zayn menuruti saya dari belakang.
“Namun selepas beberapa langkah saya memanggil namanya, dia tidak menjawab dan apabila saya toleh lihat dia sudah tiada,” katanya.
Ads
Faizol Najib merupakan individu yang menemui kanak-kanak autisme, yang hilang sejak semalam.
Menurutnya, dia tidak menyangka akan menemui kanak-kanak istimewa itu dalam keadaan tidak lagi bernyawa dan hanya mengikut gerak hati untuk mencari di kawasan anak sungai dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, walaupun kawasan itu sudah digeledah Unit Anjing Pengesan (K9), semalam.
Katanya, dia sebelum itu sepatutnya bersama empat lagi penduduk setempat untuk melakukan pencarian rumah ke rumah bersama pasukan polis.
“Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat dia lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut dan akan memaklumkan fakta kejadian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meskipun usia masih muda, namun pasangan remaja ini mempunyai alasan yang tersendiri, memohon pendaftaran perkahwinan. Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.
Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini. Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.
Usia Minimum Berkahwin
Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.
“Pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini (semalam) terpaksa dibatalkan.
“Tapi jangan risau mereka tetap boleh berkahwin.
“Mengikut peraturan, 10 hari selepas membuat permohonan kepada pejabat agama barulah mereka boleh bernikah.
“Ini baru masuk hari kelima. Diminta bakal suami bersabar ya,” kata jurucakap Jabatan Agama Bantaeng, Mahdi Bakri semalam.
Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.
Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Alhamdulillah berita yang baru dikongsikan oleh penyanyi, pengacara dan pelakon Alif Satar,30 sebentar tadi, bahawa ujian saringan terhadap isteri, Shadila Halid,35 dan anak-anak selebriti tersebut, Alisha Anugerah,5 dan Ariana Mecca,3 dan Muhammad ‘Ali, 1 negatif dan bebas daripada jangkitan Covid-19.Namun demikian, mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan tetap kuaratin di rumah selama 14 hari.
“Allah SWT makbulkan doa kalian semua.. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid19 dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu.”
Terima Kasih Atas Segala Doa & Kata Semangat
Alif juga mengucapkan terima kasih diatas segala doa, kata-kata semangat yang diterima untuk terus kuat melawan berjuang melawan ‘covid-19’ ini. Malah turut berterima kasih pada barisan petugas hadapan yang bertungkus lumus menjaga negara dari situasi ini.
“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui instagram dan whatsapp, Alif baca dan disini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan -tuan dan puan- puan sekalian.
“Thank you for all that you’ve done for my family and I, I pray that Allah swt will grant the prayers for you and your family as well. InsyaAllah.”
“Alif sendiri sebagai pesakit covid19, alif cukup memahami apa yang sedang oleh pesakit dan juga bekas pesakit covid19 dari segi mental.. No one asked to be sick, and trust me I don’t even wish this upon my worst enemy.”
“Jadi alif memohon agar semua teruskan berdoa buat semua yang terkesan dengan Covid19 agar terus kuat untuk kembali sembuh dan semoga wabak ini pergi meninggalkan kita secepat mungkin..
“Terima kasih frontliners yang bertungkus lumus membantu dan menjaga situasi covid19 di negara kita. I am witnessing this first hand, they are the truly superheroes. What they are doing are truly remarkable. THANK YOU.”
Pada Ahad, penyanyi yang popular dengan lagu “I Want You to Love Me” itu memaklumkan dia dijangkiti COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di Melaka. Malah, ibu, ayah dan adik Alif juga disahkan Positif dijangkiti Covid-19.
Rasa cinta pada negara dan tanah air boleh dizahirkan dengan pelbagai cara. Atas sebab ini, seorang ibu di Indonesia ternyata cukup kreatif telah menamakan empat daripada enam nama anak-anaknya dengan Indo, Nesia, Tanna, Air. Lebih istimewa apabila nama-nama ini digabungkan ia menjadi “Indonesia Tanah Air”.
Demi Cinta Pada Negara
Empat adik-beradik di Indonesia mengundang perhatian netizen selepas mendedahkan mereka diberi nama Indo, Nesia, Tanna dan Air oleh ibu mereka, lapor portal berita Okezone semalam.
Berdasarkan hantaran tular di Twitter, salah seorang daripada mereka memberitahu, nama tersebut diberikan oleh si ibu demi cinta pada negara.
“Ibu yang memberikan nama-nama kami disebabkan rasa cintanya kepada negara.
“Kalau nama kami digabung, ia menjadi Indo-Nesia-Tanna-Air (Indonesia Tanah Air),” demikian menurut keterangan video tersebut.
Mempunyai Nama Lain
Namun, nama keempat-empat mereka bukan sekadar terdiri daripada satu perkataan kerana ia turut mempunyai nama lain.
Berdasarkan klip video berlainan yang disiarkan di laman TikTok, Nesia ialah anak ketiga yang memiliki nama sebenar Nesia Rosalina.
Ia diikuti dengan Tanna yang bernama Tanna Dewi Shanti, anak kelima pula dinamakan Indo Apriansyah serta si bongsu bernama Airna Fitria Bonia.
Keunikan nama empat beradik itu mendapat perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Nama yang sangat berjiwa nasionalisme dan berkuasa,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Jiwa nasionalis saya sudah bangkit. Nama anak saya nanti adalah Mega dan Wati (bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri),” kata netizen lain.
Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Siti Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan...