Zaman Menunjuk, Tak Perlu Teruja Kongsi Demi PUJIAN, Hidup Biasa-Biasa & Bersyukur
Rasanya sekali sekala tak salah untuk berkongsi kegembiraan tapi kalau asyik nak tunjuk yang hebat-hebat, macam ada makna je, nak minta pujian ke? Pandangan orang tak sama.
Bila ada media sosial, semua perkara nak beritahu dan tunjuk. Teruja kongsi kegembiraan bersama anak-anak dan keluarga. Tak kurang juga tunjuk barangan yang dimiliki, hadiah dari suami dan kawan-kawan.
Tak salah pun teruja kongsi apa yang kita ada tapi takutnya bila orang yang melihat ‘meluat’ dan merasakan seakan menunjuk-nunjuk pula.
Sedihnya bila orang mula merasakan seolah-olah nak menunjuk apa yang dia ada dan teruja kongsi demi mendapat pujian. Kadang-kadang inilah boleh menyebabkan ‘penyakit ain’.
Perkongsian daripada Busseroa Abd Jalil ada benarnya. Tak perlu teruja kongsi sesuatu demi untuk dapat pujian. Sebaliknya, berkongsilah sesuatu yang boleh memberi manfaat, semangat dan sebagainya pada orang lain.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Terpaksa Menunjuk-Nunjuk Untuk Meningkatkan Keyakinan Diri Adalah PENYAKIT!
Berpada-Pada Up Gambar, Ramai Memuji Tapi Ada Membenci, Takut Terkena Penyakit ‘Ain
Info Lebih Menarik DI SINI
Zaman Menunjuk
Sekarang kita berada dalam zaman semua nak tunjuk yang hebat dan gempak baru dianggap sukses dan bermakna.
Kehidupan biasa-biasa orang sudah tidak pandang. Seolah-olah kehidupan biasa-biasa itu suatu nikmat yang langsung tidak patut disyukuri.
Misalnya kita lebih teruja untuk berkongsi pengalam melancong ke Brunei berbanding cerita tentang kita cicah pelam muda di bawah pokok dengan adik-beradik di hadapan rumah mak ayah petang semalam.
Kadangkala hadiah istimewa yang kita terima sekali-sekala bertalu-talu kita kongsikan di fb. Tak salah untuk meraikan detik gembira itu sebagai kenang-kenangan.
Tetapi hadiah biasa-biasa yang Allah hantar jarang kita sambut dengan hati yang berbunga-bunga.
Misalnya jika cincin emas yang suami belikan, sepuluh kali tangan suami kita cium tanda terima kasih dalam sengihan lebar hingga ke telinga.
Tetapi saban hari tatkala suami pulang membawa pisang goreng, kuih-muih dan sebagainya kita sambut acuh tidak acuh sahaja.
“Letak jer atas meja tu. Kopi sejuk pagi tadi pun ada lagi tu!”
Begitulah dinginnya sambutan kita kerana ‘hadiah’ yang dibawa itu tidak ada yang istimewa.
Kata ustazah, jika hanya yang istimewa sahaja kita buru maka nikmat Allah yang kecil-kecil lain akan hilang sedikit demi sedikit.
Jom sama-sama kita ubah. Kita cuba kikis rasa nak update sesuatu yang gempak demi secalit pujian.
Sebaliknya kita tanam tekad untuk berkongsi di media sosial demi secebis semangat, pengetahuan, keharmonian dan kekuatan.
Mingguan Wanita : Ada juga mak-mak yang rajin share aktiviti sehariannya. Banyak masa betul. Oppsss!
Sumber: Busseroa Abd Jalil
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita