Memang ada benarnya, zaman sekarang ni bukan hanya bergantung pada duit tunai yang ada ditangan untuk beli barang. Ramai yang memilih pembelian tanpa tunai ‘cashless’ yang hanya perlu ‘scan’ kod bagi membuat pembayaran secara perbankan online.
Pesanan buat peniaga, print dan letak lah siap-siap kod ‘QR Pay’ dekat gerai atau kedai ia bagi memudahkan lagi orang membeli jualan kita. Selain elak pelbagai penyebaran virus berbahaya, malah tak perlu risau kalau tiada duit kecil.
Baca perkongsian daripada Kassim Selamatini sebagai rujukan;
Buat bakal-bakal peniaga Bazaar Ramadhan, saya harap semua boleh letak Qr Pay sekali dekat gerai.
Percayalah, sebenarnya ramai customer anda yang nak membeli jualan anda. Tapi disebabkan tak bawak cash yang mencukupi, kitorang pun batalkan niat.
Mingguan Wanita: Menarik idea ni. Buat para peniaga boleh letakkan ‘QR Pay’ kod sebagai alternatif untuk pembayaran. Pasti lebih memudahkan dan dapat menarik minat pembeli, apabila ada alternatif sebegini.
Ibu anak enam ini berkongsi cara susun dan simpan barang dapur termasuk bahan basah. Selama 16 tahun praktikkan tip ini dan hasilnya mudahkan kegunaan ahli keluarganya.
Cikgu Nida berkongsi cara. Sila hadamkan perkongsian ini ya mak-mak.
Dah 16 Tahun Mokcik Jatuh Cinta Cara Ni
Haaa..
Cerita jatuh cinta lagilah.
Bukan pada masakan tapi untuk memudahkan percintaan mokcik masak-memasak.
Kesnya masa tu mokcik kena berkursus di Terengganu 3 bulan. Tinggalkan suami bersama 6 orang anak; yang ketika itu Abanglong baru darjah 4.
Dahlah 5 daripadanya anak jantan. Masuk bapaknya 6 hero dalam hidup mokcik.
Waktu tu seminggu sekali balik, mokcik masak stok lauk utama untuk seminggu terus. Buat sejuk beku. Encik Sommi hanya panaskan, dan tambah lauk sampingan saja. Tapi bila dengar cerita suami yang beliau kadang kerja- kerja menyiapkan bahan masak agak mengambil masa di samping tugas di tempat kerja dan menguruskan 6 anak masih kecil, mokcik simpati.
Maklum nak ambik bibik tak mampu.
Nak cari madu kang melayang lesung batu.
Ehhh….
Hinggalah kemudiannya, seorang rakan, doktor perubatan berkongsi bagaimana beliau memudahkan urusan sehariannya. Sebenarnya sama macam mokcik, beliau ingin memudahkan urusan si suami yang juga seorang guru; dek kesibukan tugasnya yang tak kenal masa.
Ambil Masa Sehari, Penuhkan & Gantikan Stok
Maka itulah cara mokcik sampai sekarang dah 16 tahun jatuh cinta,dan mestilah terus setia. Mokcik, kan?
Biasanya mokcik ambik satu hari yakni hari minggu untuk memenuhkan peti atau mengganti stok. Tidak perlulah setiap minggu melainkan kau hari-hari masak macam nak menyambut menantu atau madu.. Ehhh…
Mokcik dah asingkan bahagian bahan mentah tersebut untuk sekali masak mengikut menu kesukaan isi rumah. Dari sebesar-besar, hingga sekecil-kecil seperti bahagian tulang ayam untuk dimasukkan dalam sup sayur atau mi dan bihun goreng.
Hat paling besar tu janganlah korang masukkan sekor kambing hatta ayam belanda sekalipun ya!
Defrost Dulu Bila Nak Masak
Bila nak masak, boleh di ‘defrost’ kan dulu atau ada je yang boleh terus masuk je dalam periuk dessinni disssana korang tu…haaa .
Boleh juga sejukbekukan daun kari,daun sup,daun kesum atau seangkatan dengannya untuk sekali masak. Asalkan bukan hati kau yang beku malas memasakkk….
Ohhh..ada yang pertikai, konon stok tak fresh?
Mungkin yang pertikai tu abam nelayan yang pi ke laut tangkap ikan sendiri,atau suri dan surarumah yang tunggu kat jeti dan pasar.
Maafkanlah depa.
Sambil tunggu ikan baru sampai dari laut sambil tengok menu masak apa hari ini atau puaka mana yang memasak tuuu ..
Hahaha….mokcik mulut puaka pulak!
Walhal ironinya, tanpa sedar sebenarnya kita banyak beli dan makan barang basah yang entah berapa lama disejukbekukan. Teknologi kian memudahkan; justeru pilihan di tangan kita.
Yang pasti pilihan mokcik, bukan awak..haha ..
So tak perlulah klise sangat bagi komen menpertikaikan atau mempersoalkan. Kita tambah baikkan ikut cara kita,kan.
Cara Begini Mudahkan Pengurusan Di Dapur
Cara mokcik untuk memudahkan pengurusan di dapur, ketika waktu sibuk bekerja dan punya anak ramai. Yang sesuai dengan situasi mokcik kini ialah mengemas menyiapkan apa-apa patut sementara tengah sihat.
Hargai masa sihatmu sebelum masa sakitmu.
Jika bermanfaat, alhamdulillah.
Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.
Itu peribahasa orang lama.
Soal pengurusan masa dalam kehidupan.
Berpepatah agar kita menghargai masa.
Kalau korang taknak tanam padi atau jagung, pi je kedai beli.
Ehhhh lagi…haha….
Juga untuk memudahkan isi rumah yang lain mencari apabila perlu. Maklum anak-anak jantan mokcik yang dah besar panjang sekarang, suka memasak terutama tengah malam buta. Bela puaka ke apa depa ni.
So tak payah cari dengan mulut. Kalau tak depa akan dapat berteh goreng dari mulut mak depa.
Hahaha …
Kita buat dia kan.
Kita je tau macamana nak mudahkan diri kita.
Pengurusan hidup kita. Terserah cara kita. Mungkin kalian ada cara yang lebih super dan sistematik. Mana yang baik ambik. Tapi baik pada kita,belum tentu sesuai untuk orang pula.
Itu sifir asas.
Selebihnya jaga hati.
Jaga keluarga kita lagi utama.
Nak-nak waktu PKP ni.
Labelkan Siap-siap
Mokcik tak keluar pi pasar dah tapi siap tempah bekalan atas talian.Siapkan. Labelkan.
Juga takkan suruh encik sommi atau anak ke pasar mencari bahan mentah dan bahan basah pada masa-masa begini.
Pandemik ini menakutkan.
Kita dah tak tahu arah datang. Dah sporadik.
Kita pun tak tahu adakah kita ini pembawa atau mangsa.
Bacaan dah melangkaui unjuran.
Duduk je kat rumah.
Semua benda di hujung jari.
Tak perlu merisikokan diri, apatah orang lain.
Kalau malas, tempah jela. Biar stok dalam peti tu jadi mumia atau puaka!
” Mi, ni apesal label daging tetel. Tapi orang bukak tengok dalam ada udang galah!”
Hahaha ..
Itu biasa jugak berlaku bila angin malas mokcik datang!
Hahh..
Awak masaklah udang tu.
Gitu je mokcik bagi jawapan bela diri.
Hahaha….
#bilacikgunidamasak
~ bukan apa, bila,di mana dan bagaimana tetapi mengapa
#kitajagakita
#kitajagahatikita
Tip 16 Tahun Susun Barang Dapur Ikut Panduan Bergambar
Tapi sekarang dah kena upgrade juga. Kena boh tarikh. Nanti mokcik dok ingat benda tu ada lagi. Padahal benda tu baru beli. Benda tu ada berapa kali masak dah.
( Baca : mokcik pelupa nau sekarang)
Untuk ikan atau bahan mentah yang bersaiz besar, boleh isikan dalam plastik ( zipper bag). Banyak yang dijual siap sekali ada tempat tulis nama dan tarikh.
Biasanya mokcik susun ikut keutamaan menu yang lebih kerap dimasak.
Mokcik gunakan warna bekas berbeza untuk jenis bahan basah yakni aneka makanan laut, ikan,ayam atau daging bagi memudahkan pencarian.
Yang pasti mokcik takkan cari anak mokcik menyorok dalam ni.
Serai, daun kesum, daun bawang dan seumpamanya pun mokcik susun ikut sekali masak.
Balutkan saja dalam tisu dapur ikut sukatan dikehendaki dan bubuh dalam bekas kedap udara.
Cili, lemon dan seumpamanya jika perlu dibasuh sebelum disimpan, pastikan dalam keadaan kering sebelum dimasukkan dalam peti.
Aneka sos mokcik beli yang paket dan boh dalam botol dua hengget je. Maklum anak ramai dan bela puaka atau saka tah berapa ekor sorang..hahaha ..
Hat ni saja mokcik tayang apa ada kat rak tepi peti ni.
Kang korang tanya plak kan?
Oh ya.. walau anak-anak kadang perasan depa tekak omputih, tapi mokcik tekak melayu tetap makan budu.
Selalunya urusan melipat baju memang renyah berbanding membasuh dan menyidainya. Kena tunggu ada ‘mood’ dan ada masa yang sesuai, barulah nak ‘menghadapnya’ lipat satu persatu.Namun sebenarnya kalau tau teknik yang betul, sesi melipat baju ni tak ambil masa yang lama pun. Sehelai baju boleh siap lipat dalam masa 5 saat je. Malah cukup pantas, kemas dan teratur.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Fasha Sandha,36 ada kongsikan video teknik lipat baju pantas hanya dengan 4 langkah mudah dengan para follower kesayangannya.
Thank you Cik Len for sharing, Alhamdulillah, time mco ni dah cekap melipat baju dengan pantas, dulu terkial-kial kita, lipat baju. Alhamdulillah, now boleh lipat 1 baju dalam masa 5 saat. Bukan hanya pantas, tapi kemas dan teratur. Hihi. Saja nak share ngan followers kesayangan, happy pulak rasanya selamat mencuba Kesayanganku.
Cara-Caranya:
1. Letak baju pada permukaan rata.
2. Ambil bahagian atas dan tengah.
3. Kemudian ambil bahagian belakang.
4. Dan lipat pada bahagian lengan baju.
Fasha Sandha memang rajin berkongsi aktiviti harian di dalam instagramnya untuk para followersnya. Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini iaitu Putra Rayfal Ramli,8 dan Putri Raysha Jemaima,7 dan Aisha Amaira,1 juga rajin memasak pelbagai resipi untuk ahli keluarga tersayang.
Mingguan Wanita : Nampak mudah, bila ikut teknik lipat baju seperti yang Fasha Sandha kongsikan ini. Memang pantas, kemas dan nampak teratur. Mak-mak boleh cuba nanti.
Daun selom adalah antara ulam-ulaman yang menjadi kesukaan ramai. Rasanya segar dan banyak pula khasiatnya yang tersendiri. Selain dijadikan ulaman, sedap juga dibuat kerabu, urap, daun hiasan untuk laksa.
Rupanya mudah je nak tanam daun selom ini di rumah. Yang pastinya organik, segar dan bebas dari racun serangga. Bila dah tanam sendiri, nak guna pun mudah tinggal petik je. Kena guna kaedah tanam batangnya yang berakar secara melintang, tak perlu tunggu lama 2-3 minggu dah boleh tuai hasil.
Ikut kaedah tanaman yang betul seperti yang dikongsikan oleh Puan Nur Aida Md Zainuddinini barulah daunnya jadi gemuk-gemuk dan segar!
CARA MUDAH TANAM DAUN SELOM
1.Batang dipotong ikut ruas selom. Rendam dalam air. Ruas itu nanti akan keluar akar.
2.Lebih kurang 5-7 hari direndam, akan keluar akar melalui batang selom (pastikan selalu tukar air rendaman).
3.Tanam batang yang berakar ini secara melintang.
4.Tutup dengan tanah dan siramkan. Pastikan tanah sentiasa lembap.
5.Tanam selom ini mudah dan tak perlu tunggu masa lama. 2-3 minggu dah boleh tuai hasilnya.
Gemuk-gemuk daun selom dan sangat segar!
Berikut pula antara khasiat Daun Selom yang dikongsikan oleh Puan Suzy Honey;
Sedapnya daun selom ni. Orang zaman dahulu memang suka makan dengan ulam yang ini.Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica ini terkenal kat hampir seluruh kawasan Asia termasuk di Malaysia. Kita boleh jumpa di kawasan tanah lembap seperti paya dan tepi sungai.
Khasiat ulam ini bermanfaat seperti:
1. Air rebusan daun selom boleh diminum sebagai penawar demam panas, demam kuning, sembelit serta melawaskan kencing.
2. Insomnia atau masalah sukar untuk tidur ini mungkin berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati. Petua zaman dahulu mengesyorkan untuk kerap minum secawan jus daun selom ini kerana ia dapat membantu kita untuk dapat kualiti tidur lebih baik.
3. Kalau kalian jenis masuk hutan macam akak, memang kena amalkan daun selom ni. Ia bagus untuk meredakan bisul dan gigitan haiwan. Daun dan batangnya dapat mengurangkan masalah bisul dan gigitan ular atau kala jengking.
Caranya cuma, tumbuk lumat daun dan batangnya. Kemudian tampalkan ke tempat yang sakit.
4. Biji selom berkhasiat dan dapat membantu menstabilkan peredaran darah. Buah selom ini juga membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Banyaknya khasiat daun selom ini jika dijadikan ulaman harian. Ada baiknya kita tanam sendiri di rumah ikut cara tanaman yang dikongsikan.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...