Pengguna akaun twitter Lesungpipit ini dedahkan uniform seragam PLKN yang masih baru malah ada yang masih dibungkus rapi dalam plastik di buang begitu saja dalam longgokan sampah di Tasik Biru Seri Kundang.
Sayang sungguh, walaupun Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dimansuhkan sekurang-kurangnya tentu ada cara yang lebih baik untuk menguruskan uniform yang tidak akan dipakai lagi ini.
Tulisnya di laman twitternya, “Guys, kalau korang nak baju atau seluar PLKN boleh datang kat sini (Tasik Biru) dorang buang banyak gila weh. Aku dengan budak-budak aku baru lepas kutip wei
.”Beliau yang sebelum ini pernah menjadi pelatih PLKN dimaklumkan oleh gurunya yang kebetulan ternampak longgokan baju yang dibuang itu. Segera memaklumkan kepadanya.
Tanpa berlengah dia dan rakan-rakan ke lokasi buangan untuk mengambil helaian-helaian yang masih cantik untuk dibawa balik.
Maklumnya lagi, ramai juga orang awam yang sudah ke lokasi berkenaan untuk mengambil uniform terbuang dan dijadikan simpanan peribadi.
“Satu pembaziran jugak la bagi aku. Zaman aku masuk PLKN dulu, paling susah nak dapat barang baru. Dapat pun barang terpakai je. Tapi ni diorang buang macam tu je. Sedih.” Tulisnya lagi.
“Aku rasa kalau baju-baju ni diorang bagi cara elok, aku boleh terima lagi lah. Tapi tulah macam ni caranya. Kami bekas pelatih PLKN sedih tengok.”
“Kalau korang nak tahu, baju celoreng dan set lengkap dia tu kami tak dibenarkan bawak balik tau. Tapi ni dia buang macam tu je.”
Dalam pada itu, ada juga yang bertanyakan tentang uniform yang masih berbaki di sana. “Yang tanya aku ada lagi ke tak, aku tak tahu weh. Maybe ada sisa baki dia jelah or maybe ada yang dah dibuka plastik and maybe dah kena hujan.”
“Ini yang ada dengan aku sekarang. Aku amek banyak tapi aku dah bagi orang
.” Terangnya dan berkongsi gambar uniform PLKN yang diambil dan masih dalam keadaan cantik dalam plastik.MW : Sepatutnya dalam keadaan rakyat diminta berjimat cermat, tidak sepatutnya pembaziran sebegini berlaku. Lagi-lagi dalam bulan Ramadan ini. Tentu lah mereka ada alasan tersendiri. Namun, apa pun alasannya, pasti ada cara lebih baik untuk menguruskannya.
Sumber/Foto : Lesungpipit