
Ramai melahirkan simpati terhadap kemelut yang melanda Zahnita Wilson, figura yang pernah menghiasi dunia seni dan peragaan tanah air ini apabila kes rumah tangganya menjadi perhatian umum.
Nantikan Temubual Eksklusif SEMBANG WANITA XTRA BERSAMA ZAHNITA WILSON DI YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Meskipun masih dalam keadaan trauma, Zahnita kini memilih jalan berbeza dalam hidupnya. Setelah melalui pelbagai pengalaman hidup, Zahnita mengambil langkah berani untuk membina hidup baharu untuk mengembangkan lagi bisnes pai Zahnita Humble Pie yang diusahakannya itu.
Ternyata, keputusan itu membuahkan hasil apabila bisnes pai yang diusahakannya semakin mendapat perhatian dan tempahan yang memberangsangkan daripada orang ramai.
Menerusi hantaran dalam Instagramnya, dia sedang menyiapkan tempahan 3,000 pai.
“3,000 biji pai sedang dalam pembikinan. Kini saya mempunyai mesin pengadun industri seberat 9 kilogram.
“Kalian semua telah melonjakkan jumlah pesanan. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Dalam usahanya untuk memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan ini, Zahnita mengejutkan ramai apabila menolak tawaran menjadi model kempen Hari Raya Jakel, walaupun tawaran tersebut dikatakan mencecah angka enam digit.
Keputusan Zahnita menolak tawaran menjadi model Hari Raya Jakel bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, bagi Zahnita, memberi fokus kepada perniagaan yang sedang berkembang lebih penting pada masa ini.
“Saya sangat berbesar hati dengan tawaran itu, tetapi masa saya kini terhad. Bisnes ini memerlukan komitmen penuh, dan saya mahu memastikan ia berjaya sebelum memikirkan hal lain,” jelasnya yang ditemui secara eksklusif oleh krew Mingguan Wanita di kediamannya hari ini.
Tambah Zahnita lagi, dia tidak akan kembali ke dunia modelling lagi dan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan pai yang semakin mendapat sambutan di kalangan pengemarnya.
Mengimbas langkah pertamanya dalam perniagaan pai, Zahnita mengakui ia bermula sebagai hobi yang akhirnya berkembang menjadi sumber pendapatan. Dengan jenama yang dikenali sebagai , Zahnita Humble Pie menawarkan beberapa jenis pai dengan resepi istimewa yang dirumus sendiri.
“Memasak adalah terapi buat saya. Bisnes ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk berkreativiti, tetapi juga cara untuk menjana pendapatan yang stabil. Melihat reaksi pelanggan yang menikmati pai saya memberi kepuasan yang tak tergambar,” katanya.
Mencari Kestabilan Hidup Baharu
Bagi Zahnita, perniagaan pai ini adalah simbol kebangkitan dirinya selepas melalui pelbagai cabaran dalam hidup. Dia mahu membina sesuatu yang boleh memberikan kestabilan kepada dirinya dan anak-anak.
“Setiap orang berhak untuk memulakan hidup baharu, tidak kira apa yang telah berlaku. Bagi saya, hidup adalah tentang membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan,” tambah Zahnita.
Dengan sokongan padu daripada pelanggan dan peminat, Zahnita yakin perniagaannya akan terus berkembang.

“Saya juga berharap usaha ini dapat dikembangkan dan saya mahu membuat 1 Juta Pai untuk dihantar ke Palestin suatu hari nanti. Itu adalah cita-cita dan harapan saya dalam bisnes ini.
“Doakan saya terus berjaya dalam perjalanan baharu ini. Saya percaya, rezeki akan datang jika kita ikhlas dalam usaha,” katanya penuh harapan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kesiannya Lepas Garu Kulit Melecet Hingga Rapuh & Membengkak. Allah Saja Tahu Deritanya” Mawarni

Hati ibu mana yang tidak sedih jika anak yang disayangi menderita kesakitan. Apatah lagi itulah satu-satunya permata hati yang dianugerahkan ilahi. Kasihan sungguh tatkala melihat anaknya menggaru-garu, kulit pedih keterlaluan hingga berdarah. Lebih teruk lagi apabila air bisa yang keluar dari kulit yang digaru.
Itu antara perkara dan pengalaman biasa yang dihadapi oleh kanak-kanak yang bernama Tia Al-Batrisya Muhamad Alhafiz, 7. Ibu kepada kanak-kanak ini, Mawarni Abd Manaf atau lebih mesra dengan panggilan Mimi menambah hanya mereka yang mengalami masalah sebegini faham akan situasi yang dialami.

“Ramai orang ingat ekzema setakat gatal-gatal saja. Hanya yang merasai tahu perasaan ini. Sukar nak berhenti menggaru. Malah, cabaran utama pesakit ekzema ialah mengadu sangat pedih apabila terkena air ketika mandi. Begitulah juga yang dihadapi Tia, paling kesian bila selepas menggaru kulit Tia melecet hingga rapuh dan mula membengkak. MasyaAllah hanya Yang Maha Esa saja yang tahu deritanya Tia. Bila dari muka hingga kaki bengkak dek kerana kesan kulit gatal yang digaru. Bukan itu saja malah rambutnya gugur dan keningnya hilang,” terang Mimi yang rasa cukup gelisah bila keadaan sedemikian dialami anak kesayangannya dan suami, Muhamad Alhafiz Zakaria.
Tia Disahkan Hidap Severe Eczema
Mimi juga menerangkan anaknya disahkan menghidap Severe Eczema iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki alami kegatalan.
“Tia mula menghidap ekzema ketika umurnya empat tahun. Penyakit ini mula menyerang selepas hari raya. Permulaannya kulit Tia jadi kering dan hitam. Dari situ saya dan suami ke klinik-klinik pakar untuk merawat Tia. Tapi keadaan dia semakin lama semakin teruk. Pada masa yang sama kami ke Pakar Kulit HUKM dan kemudiannya selepas lima bulan doktor pakar membuat surat rujukan untuk Tia dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur kerana kondisinya yang semakin teruk.
“Semakin hari keadaan Tia semakin teruk dan tidak terkawal sehinggalah kulit dia tak boleh nak pegang. Melecet pedih, 24 jam gatal-gatal dan dia menggaru. Bila masa mandi dia menjerit-jerit kesakitan.
“Malam tak boleh tidur. Berpeluk saja dengan dia 24 jam. Kemudian dia terus ditahan di HKL selama sembilan hari. Kemudian bermacam-macam jenis ubat yang diberikan kepada Tia. Sehari lapan jenis ubat yang Tia makan. Berjumpa doktor dari selang tiga hari, turun ke seminggu sekali, dua minggu sekali, tiga minggu sekali, sebulan sekali selama setahun lebih. Keadaan terkawal sebab penggunaan steroid dan ubat hospital. Dari ubat makan sampai ubat sapu. Bila berhenti makan ubat, flare balik kulit Tia.
“Sehingga satu ketika sewaktu berusia enam tahun, Tia sudah pandai luahkan perasaan dan dia tak mahu makan ubat lagi. Sebabnya bila dia makan ubat dia akan rasa lemah, letih dan tak boleh bermain-main. Dia rasa tak seronok dan dari situ saya mula mencari alternative lain. Alhamdulillah perlahan-lahan penyakit Tia berkurangan,” ungkap Mimi.
Cabaran Bila Mula Sekolah Rendah

Tahun 2019 Tia mula bersekolah rendah, bulan pertama memang penuh cabaran, Minggu pertama Mimi menjelaskan semuanya berjalan dengan lancar
.
“Minggu kedua Tia mula menangis-nangis, tergaru-garu sehingga cikgu sekolah hubungi saya kerana badan Tia dah berdarah-darah. Kadang tu masuk pukul 7.30 kemudian jam 8.30 sekolah dah hubungi saya untuk ambil Tia. Bulan kedua bersekolah saya tunggu Tia di kantin dan dia akan bersekolah setakat mana dia mampu bertahan.
“Selama tiga bulan lebih merana semasa sekolah akhirnya sekarang Tia pulih dan syukur kerana dia sudah tidak gatal-gatal teruk seperti dulu. Walaupun semakin pulih namun saya masih menjaga pemakanan Tia dan dia juga berpantang daripada mengambil beberapa makanan yang boleh membuatkan kulit Tia kembali gatal. Penyakit Tia bukan disebabkan faktor keturunan atau makanan. Doktor suspek dari sistem imun Tia sendiri,” jawab Mimi.
Demi menjaga anak kesayangannya, Mimi juga terpaksa berhenti kerja dek kerana keadaan Tia yang teruk pada tahun 2017. Namun pengorbanan itu sangat berbaloi kerana dia berasa puas dapat menjaga dan bersama-sama dengan Tia tatkala anaknya memerlukan ibu di sisi. Selain itu Mimi juga sangat bersyukur kerana keluarga memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka sekeluarga sepanjang Tia menderita penyakit yang dihidapi.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelik Tapi Benar, Kaum Lelaki Sanggup Warnakan Kuku Elak Jadi Mangsa ‘Hantu Janda’!

Isi Kandungan
ToggleMacam pelik, tapi benar itulah kepercayaan mistik yang berlaku di sebuah kampung di Thailand baru-baru ini.Remaja dan lelaki muda di kampung tersebut sanggup bertindak mewarnakan kuku masing-masing dengan warna merah selepas kampung mereka kononnya diserang oleh ‘hantu janda’. Ia dipercayai sebagai satu usaha untuk kelihatan seperti ‘perempuan’ bagi mengelakkan ‘hantu janda’ yang mensasarkan kaum lelaki untuk menjadi ‘korban’.
5 Kematian Misteri
Penduduk kampung Pu Hong, kawasan luar bandar wilayah Kalasin, Thailand trauma selepas lima penduduk, dua lelaki dan tiga wanita meninggal dunia dalam tempoh tiga minggu.
Dua lelaki pertama yang meninggal dunia adalah daripada keluarga yang sama, yang mana laporan menyatakan mereka tiba-tiba pengsan dan mati tanpa menyebut punca kematian secara khusus.
Kematian kelima adalah seorang gadis berusia 16 tahun yang terbabit dalam kemalangan motosikal. Butiran untuk dua kematian lain belum didedahkan kepada media.
Percaya Kerja ‘Dua Hantu’
Menurut Timbalan Datuk Bandar, Pongpipat Pukrongtoong, orang ramai tidak percaya ia adalah satu kebetulan sebaliknya menyalahkan semangat atau roh jahat di sebalik kecelakaan yang berlaku di kampung mereka.
Ahli psikik Bussadee Malasee, 60, memberitahu pemberita bahawa dia yakin apa yang berlaku adalah ‘kerja dua hantu’ iaitu ‘roh janda yang dahaga’ dan satu lagi adalah ‘pop’.
Difahamkan, pop adalah sejenis hantu Thai yang berkeliaran merasuk manusia dan makan benda-benda kotor di rumah mereka.
Malasee menjelaskan bahawa ‘hantu janda’ itu mahu mengambil nyawa kaum lelaki dan pop merasuk orang tua dan lemah di kampungnya sebelum ‘memakannya’ dari dalam.
Pasang Papan Tanda
Jadi, penduduk kampung telah memasang beberapa papan tanda di atas pagar mereka dengan tujuan untuk menipu ‘hantu janda’ tersebut.
Pada papan tanda itu ditulis: “Tak ada lelaki tinggal di sini.”

Atas sebab ini, ramai lelaki telah mewarnakan kuku mereka untuk menyamar sebagai wanita dan sebagai cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ‘hantu janda’, lapor Amarin TV.
Seorang penduduk kampung, Kitti Saosri, 72, berkata penduduk tempatan telah pergi ke kuil untuk mendapatkan perlindungan selepas siri kematian dan ramai yang tidak meninggalkan rumah mereka pada waktu malam.
Macam-macam hal, tak sangka ada ‘hantu janda’ didunia ni.Kematian tersebut mungkin hanya satu kebetulan, namun terpulang kepada yang mempercayai kepercayaan mistik ni.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aroma Masakan Jadi Lebih Menyelerakan Dengan Pes Tuhau, Resipi Rare Anda Wajib Cuba!

Isi Kandungan
ToggleDi Semenanjung, pokok tuhau dipanggil tepus. Istilah umumnya tepus gajah, tepung kesing dan sebagainya. Tapi dari banyak-banyak jenis tu, tuhau saja yang boleh dimakan sama ada direbus, jadikan jeruk atau pes.
Masakan dari pokok tuhau ini popular di Sabah. Memang mudah di dapati di sana. Harganya juga jauh lebih murah. Nama saintifik pokok tuhau ini Etlingera coccinea dalam keluarga Zingiberaceae.
Kalau tiba musim perayaan bekalan tuhau ini pasti akan berkurangan. Tuan Jusery Jausin berkongsi resipi dan panduan penyediaan pes tuhau ini. Uniknya pes tuhau ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan. Dan ia akan membangkitkan aroma masakan jadi lebih menyelerakan.
Bahan-bahan
15 batang umbut tuhau
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu serbuk rempah 4 sekawan ((bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
Garam secukupnya

Minyak masak secukupnya
Cara Membuat
- Cuci bersih umbut tuhau dan potong ½ inci untuk mudah hancurkan selepas dikisar. Ketepikan.
- Kupas bawang merah dan bawang putih. Belah dua.
- Serai, halia dan lengkuas potong kecil-kecil.
- Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar kecuali garam hingga hancur. Tambah air sedikit untuk mudah hancur.
- Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan pestuhau tadi ke dalam periuk dan masak sampai naik minyak. Tambah garam dan sentiasa digaul agar tak melekit.
- Sejukkan dan masukkan ke dalam kontena bertutup/ bekas bertutup.
Panduan Selepas Di Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan dalam peti sejuk. Ia akan bertahan sehingga 8 bulan.
Pes tuhau sesuai digunakan untuk campuran pelbagai jenis masakan:
- Masak rendang ayam tuhau/daging rendang tuhau – guna bahan-bahan rendang yang biasa dan campurkan 3 sudu besar pes tuhau. Masak seperti biasa.
- Nasi tuhau – masak bawag merah, bawang putih, halia, 2 biji tomato dan lobak merah dan campurkan 2 sudu besar pes tuhau. Goreng hingga garing dan masukkan dalam nasi yang ditanak.
- Sayur tumis kacang panjang – tambah 1 sudu pes tuhau bersama bahan-bahan seperti bawang dan lain-lain.
- Makaroni goreng – tambah 2 sudu besar pes tuhau ke dalam bahan-bahan tumis sebelum makaroni dicampurkna ke dalam pes.
“Saya cadangkan buat hidangan nasi tuhau berempah dan ayam rendang tuhau atau daging rendang tuhau.”
Sumber/Foto: Jusery Jausin via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI