Ketika dihubungi Mingguan Wanita, Zahnita Wilson yang mesra disapa Zahni berkata dia dapat mengambil dua anak perempuannya, Zasharayna Ghouse, 14, dan Zahlia, 7 tahun di rumah diduduki suaminya semalam.
Mengakui adanya “drama” dari pihak suami di peringkat awal kedatangan mereka namun dengan bantuan polis dan peguamnya, Nur Ashikin Rahim dari Tetuan Kin & Co, dua anaknya telah diserahkan kepada Zahnita.
Jelas bekas peragawati ini, dia menzahirkan rasa leganya kerana anak-anak sudah bersamanya. “Sebelum ini anak kedua sering bermesej bilakah saya mahu datang mengambil mereka selepas saya keluar dari rumah dua minggu lalu. Saya hanya bawa Zayyan, 4 tahun sebelum ini.
“Alhamdulillah, akhirnya anak-anak ada bersama saya kini. Jujurnya tak mudah melalui perjuangan ini tapi saya tahu, saya kena mara ke depan. Tak perlu lagi saya menoleh ke belakang,” katanya menjelaskan, dirinya sendiri perlu membuat ujian air kencing semalam seperti diminta oleh pihak polis dan alhamdulillah, keputusan ujian adalah negetif.
Dalam pada itu, Zahnita berkata, walau memperoleh hak penjagaan sementara terhadap Zahrafeena Ghouse,17 tahun yang juga anak sulungnya namun jelasnya buat masa ini Zahrafeena memilih untuk tinggal di rumah lama.
“Saya percaya dirinya matang dalam membuat keputusan. Dia seorang anak yang cemerlang selain dirinya adalah Ketua Pengawas di sekolahnya. Memandangkan tahun ini dirinya bakal duduki SPM, saya doakan anak saya berjaya.
“Buat masa saya mahu tumpu pada bisnes pie demi membesarkan mereka,” katanya yang mengakui tidak mudah keluar dari cengkaman ini namun dia terus nekad dan tak akan berpatah balik ke belakang.
“Doakan saya. Hari ini pun saya bawa anak-anak pergi beli baju mereka. Semalam anak-anak keluar rumah dengan baju pijamas saja. Tak apalah, asal mereka ada depan mata saya, itu sudah cukup membahagiakan hati saya,” katanya yang menzahirkan rasa leganya.
Dalam pada itu, peguam Nur Ashikin Ramli memaklumkan, kes pendengaran semula kes penjagaan ini akan diadakan pada 3 Januari 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.
Masa yang sama, jelasnya Abdul Zackery Ghouse masih memiliki kebenaran untuk melawat anak-anak dua kali sebulan dan ia perlu dibuat tempat terbuka.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Zahnita tolak tawaran RM150k jadi wajah Jakel. Mahu tumpu bisnes pie
Zahnita Wilson Siar Mata Lebam Kena Tumbuk, Bekas Top Model Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga
Zahnita Nekad Fail Cerai “Emosi Saya Tidak Begitu Stabil Dengan Semua Ujian Ini”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE