Zahnita menangis dapat bersama anak-anak kembali, “perjuangan ini tak mudah tapi saya nekad…”. Bekas model dan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson yang mendapat hak hadanah empat anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah bersyukur disatukan bersama dua anak perempuannya semalam.

Ketika dihubungi Mingguan Wanita, Zahnita Wilson yang mesra disapa Zahni berkata dia dapat mengambil dua anak perempuannya,  Zasharayna Ghouse, 14, dan Zahlia, 7 tahun di rumah diduduki suaminya semalam.

Zahnita Menangis Dapat Bersama Anak-Anak Kembali

Mengakui adanya “drama” dari pihak suami di peringkat awal kedatangan mereka namun dengan bantuan polis dan peguamnya, Nur Ashikin Rahim dari Tetuan  Kin & Co, dua anaknya telah diserahkan kepada Zahnita.

Jelas bekas peragawati ini, dia menzahirkan rasa leganya kerana anak-anak sudah bersamanya. “Sebelum ini anak kedua sering bermesej bilakah saya mahu datang mengambil mereka selepas saya keluar dari rumah dua minggu lalu. Saya hanya bawa Zayyan, 4 tahun sebelum ini.

“Anak Kedua Sering Mesej Rindu Mommy…”

“Alhamdulillah, akhirnya anak-anak ada bersama saya kini. Jujurnya tak mudah melalui perjuangan ini tapi saya tahu, saya kena mara ke depan. Tak perlu lagi saya menoleh ke belakang,” katanya menjelaskan, dirinya sendiri perlu membuat ujian air kencing semalam seperti diminta oleh pihak polis dan alhamdulillah, keputusan ujian adalah negetif.

Dalam pada itu, Zahnita berkata, walau memperoleh hak penjagaan sementara terhadap Zahrafeena Ghouse,17 tahun yang juga anak sulungnya namun jelasnya buat masa ini Zahrafeena memilih untuk tinggal di rumah lama.

Ads

“Saya percaya dirinya matang dalam membuat keputusan. Dia seorang anak yang cemerlang selain dirinya adalah Ketua Pengawas di sekolahnya. Memandangkan tahun ini dirinya bakal duduki SPM, saya doakan anak saya berjaya.

“Buat masa saya mahu tumpu pada bisnes pie demi membesarkan mereka,” katanya yang mengakui tidak mudah keluar dari cengkaman ini namun dia terus nekad dan tak akan berpatah balik ke belakang.

“Doakan saya. Hari ini pun saya bawa anak-anak pergi beli baju mereka. Semalam anak-anak keluar rumah dengan baju pijamas saja. Tak apalah, asal mereka ada depan mata saya, itu sudah cukup membahagiakan hati saya,” katanya yang menzahirkan rasa leganya.

Ads

Dalam pada itu, peguam Nur Ashikin Ramli memaklumkan, kes pendengaran semula kes penjagaan ini akan diadakan pada 3 Januari 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.

Masa yang sama, jelasnya Abdul Zackery Ghouse masih memiliki kebenaran untuk melawat anak-anak  dua kali sebulan  dan ia perlu dibuat tempat terbuka.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Zahnita tolak tawaran RM150k jadi wajah Jakel. Mahu tumpu bisnes pie

Ads

Zahnita Wilson Siar Mata Lebam Kena Tumbuk, Bekas Top Model Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga

Zahnita Nekad Fail Cerai “Emosi Saya Tidak Begitu Stabil Dengan Semua Ujian Ini”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI